CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11303|Reply: 113

[Tempatan] Vida Bakal Bina Hotel Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) taraf 6 Bintang

[Copy link]
Post time 3-2-2016 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Selepas Stadium & Saluran TV, Vida Bakal Bina Hotel PQPTRW Bertaraf 6 Bintang

http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2016/02/03/stadium-kafa/

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 7:00 AM

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
susanalbs@thestar.com.my



PETALING JAYA: Selepas mengubah wajah Stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu, penaja utama Kelantan Datuk Seri Hasmiza Othman kini merancang untuk membina sebuah hotel bertaraf enam bintang yang dilengkapi taman tema di negeri pantai timur itu.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata hotel yang menelan belanja RM280 juta itu bakal diberi nama Hotel Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) dan akan dibina bersebelahan stadium keramat negeri kelahirannya.

Jelas Vida, hotel setinggi 19 tingkat yang  bakal dilengkapi kemudahan sukan dan aktiviti riadah itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun, sama seperti tempoh tajaannya kepada pasukan Kelantan.

"Hotel itu dibina di tanah seluas 0.7 hektar berhampiran papan skor Stadium Sultan Muhammad IV.

Selain menyediakan kemudahan terbaik bagi pembangunan sukan di Kelantan, ia juga bakal menjadi mercu tanda baharu Kelantan," katanya kepada mStar Online.

Usahawan wanita dari Machang itu berkata, idea untuk membina hotel tersebut hadir bertepatan dengan cita-citanya untuk menjadikan Kelantan berdiri sama tinggi seperti kelab terkemuka Eropah.



"Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, jika saya sudah meletakkan harapan dan cita-cita yang tinggi terhadap sesuatu perkara, saya akan berjuang untuk merealisasikannya," katanya.

Mengulas lanjut mengenai hotel tersebut, Vida berkata, tingkat bawah akan dijadikan kompleks sukan yang akan menempatkan gelanggang tenis, pusat boling dan latihan pukulan golf.

"Jadi mereka yang datang menyaksikan perlawanan di stadium Kelantan tidak perlu bimbang kerana kemudahan tempat tinggal sudah ada di depan mata.

"Pembinaan taman tema dekat dengan hotel itu juga seiring dengan usaha untuk mewujudkan konsep kekeluargaan yang bermula dari dalam stadium," katanya.

Bagi penyokong yang enggan turun ke stadium, mereka boleh menyaksikan perlawanan secara langsung dari kafe yang disediakan di tingkat bawah hotel tersebut.

"Jadi mereka masih boleh menonton perlawanan secara langsung beramai-ramai. Menerusi konsep ini penyatuan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dapat dipupuk," katanya.

Justeru Vida memberitahu beliau akan bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darul Naim dengan ditemani arkiteknya bagi memaklumkan mengenai hasrat tersebut.Beliau berkata sebaik sahaja rancangan itu mendapat lampu hijau kerajaan negeri, hotel tersebut akan dibina dalam masa terdekat kerana pelan lakaran bagi projek berkenaan sudah sedia ada.



"Ini baharu titik permulaan saya untuk membangunkan program sukan dan industri pelancongan di negeri ini. Namun masih ada lagi yang akan saya lakukan dan berharap usaha keras saya ini mendapat sokongan rakyat Kelantan," katanya.

Selain merancang untuk membina hotel ini, Vida turut menyediakan kemudahan gimnasium yang dilengkapi kolam ais seperti yang dimiliki kelab terkemuka dunia kepada pasukan Kelantan.

Gimnasium itu dibina di tingkat tiga Wisma Vida Beauty yang terletak di Kubur Langgar, Kota Baru kerana ruang di Stadium Sultan Muhammad IV agak terhad.

Vida berkata pembinaan gimnasium itu amat penting bagi memberi keselesaan kepada pemain TRW dalam menjalani latihan kecergasan sebelum dan selepas tamat perlawanan serta sesi latihan mereka.

Terdahulu usahawan wanita itu menghadiri sesi memperkenalkan barisan pemain Kelantan sambil menyaksikan perlawanan persahabatan pasukan tajaannya menentang Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad IV, malam Selasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat Dato Vida..full of idea..smoga tercapai segala yg dirancang..
-kdg2 terpikir..ngapa krajaan kelantan xdok idea2 sebegini..kekurangan modal kah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus laa buat hotel byak star...kat sana takda hotel yg benar2 berstar.. aku gi hotel tepi sungai...tgok mcm best...masuk dalam wall paper terkopak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 09:54 AM | Show all posts
suka akak dia ni...jatuh bangun positif sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 09:58 AM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 3-2-2016 09:41 AM
Hebat Dato Vida..full of idea..smoga tercapai segala yg dirancang..
-kdg2 terpikir..ngapa krajaan k ...

bukan kerajaan negeri kelantan je, negeri lain pon same, hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
rasa patut dato vida ni jadi menteri aja..mel suka kalau orang korporat background jadi menteri.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2016 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
dah kalo 6 bintang sape je yang mampu duduk..yg dtg tgk bola tu sume pun tido dalam kete je...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah. Bakla sikit duit tuu kat saya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Goodluck datovida
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:02 AM | Show all posts
bgs gk dato vida ni...
dgn ade hotel ni menyenagkn org luar nk tgk bola...
smpi 6 star...hrp2 x mhl sgt la kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
sentap la mail jdt

bakal bina hotel 10 bintang dijohor
t
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus tok vida..
Ni wana puji
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
peynoLegend replied at 3-2-2016 10:02 AM
sentap la mail jdt

bakal bina hotel 10 bintang dijohor

Lepas ni mail jdt buat hotel
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Hotel 6 bintang design macam tu je?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:05 AM | Show all posts
ahakan..kalau 6 bintang brp pulak ratenya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:07 AM | Show all posts
melinda_kerr replied at 3-2-2016 02:02 AM
Baguslah. Bakla sikit duit tuu kat saya

ko nak duit dekk  ko kena  jadi agent qu puteh....

sebut betul2.....qu puteh  qu puteh  barulah putih...hahahaha!
alhamdulillah mujur ada pamoga!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 10:13 AM | Show all posts
yg datang tgk bola ni ramai2nya bukanlah berkemampuan sangat
buat 3 star pun dah cukup..itu baru betul nak membantu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat apelah nk bina hotel kt kelatey tu.dhlah kotor..sape je nk dok situ?atok vida kah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
eizarz replied at 3-2-2016 10:01 AM
dah kalo 6 bintang sape je yang mampu duduk..yg dtg tgk bola tu sume pun tido dalam kete je...

Jersi pun beli gred A je kot..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
MissMamamia75 replied at 3-2-2016 09:41 AM
Hebat Dato Vida..full of idea..smoga tercapai segala yg dirancang..
-kdg2 terpikir..ngapa krajaan k ...

kekangan modal disebabkan oleh kekangan otak.tgk jela cth bab pgung wayang tu..ada ke bln posa xleh bniaga..mcm mn pihak dia pikir pun aku xtau la.

aku sbg kelantannese aku melayu ofkos aku nk islam.aku sokong budaya islam yg nk diterapkan pentadbiran pas tu.tp pihak pas yg berotak tua ni ambik berat benda remeh.isu besar hak2 golongan muda.anak2 masa kini xdipedulikan...

fedup okay..pas ji menang sbb kelantan bab parti ni diwarisi..jarang anak2 murtad parti.klu tak memang lama dh gudbai.sbb memang xde apa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.061196 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list