CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30593|Reply: 295

Rakan Artis Masam Muka Kat Nelopak Sbb Unfollow IG?

[Copy link]
Post time 3-2-2016 09:55 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Neelofa memberitahu ada rakan-rakan artis terasa hati selepas dia bertindak keluar sebagai rakan (unfollow) individu berkenaan dalam senarai pengikut Instagram mereka.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Md Noor, 26, menyifatkan perasaan tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan dia sekadar mengeluarkan mereka di Instagram dan bukannya bermaksud untuk memutuskan persabahatan.

"Saya mula berhenti menjadi pengikut rakan-rakan termasuklah teman-teman artis sejak beberapa bulan lalu dan perkara itu membuatkan ramai yang mempersoalkan tindakan saya itu.

"Mereka merasakan sebagai kawan, menjadi kewajipan untuk mengikut mereka di Instagram. Dan jika saya unfollow mereka, ia menjadi satu isu besar.

"Ada yang sentap (terasa) dan sehingga kini tidak bercakap dengan saya gara-gara tindakan ini. Sedangkan saya masih lagi menganggap mereka kawan," katanya kepadamStar Online.

Terdahulu, Neelofa membuat keputusan untuk berhenti menjadi pengikut kepada lebih 1,000 akaun Instagram termasuklah akaun rakan-rakan dan teman selebriti.

Dan sehingga Selasa Neelofa hanya mengikut 714 akaun termasuklah mengenai berita tempatan dan dunia, gambar-gambar bayi, fesyen, hiasan dalaman dan tip-tip kecantikan.

Setakat ini Neelofa mempunyai 2.4 juta penigkut laman sosial itu.

Tambah Neelofa, sejak dia berbuat demikian, dia berasa lebih tenang selain menerima pelbagai ilmu yang bermanfaat sahaja.

"Ada sebab saya tidak mengikut rakan-rakan di Instagram. Keputusan ini dibuat sebagai usaha membiasakan diri untuk tidak berfikiran negatif terhadap apa yang kita lihat di laman sosial berkenaan.

"Contohnya, apabila kita lihat gambar rakan-rakan yang sedang bercuti atau hasil belian barang-barang, pasti terdetik dalam hati adakah mereka mahu menunjuk-nunjuk walaupun sebenarnya bukan itu niat mereka.

"Situasi seperti ini yang buatkan saya tidak suka. Kadang-kadang gambar yang mereka muat naik itu sudah menunjukkan ia bersifat negatif dan secara tidak langsung perkara itu terpalit dalam diri dan boleh serabutkan fikiran kita.

"Dengan cara ini, saya lebih tenang dan menjadi lebih positif dalam setiap perkara yang dilakukan," ujarnya.

Sementara itu, kata Neelofa, masalah terasa hati, gara-gara rakan tidak mengikut Instagram rakan lain sememangnya wujud bukan sahaja di negara ini tetapi juga seluruh dunia yang aktif menggunakan laman sosial.





Isu itu juga dianggap perlu dibawa ke depan untuk dibincangkan di dalam mana-mana program temu bual supaya masalah tersebut dapat dikurangkan.

"Laman sosial secara tidak langsung boleh menjurus kepada unsur-unsur negatif seperti isu follow dan unfollow ini. Kerana perkara seperti ini juga ia boleh membawa pergaduhan sesama rakan dan juga keluarga.

"Bagi saya isu seperti perlu diketengahkan dalam rancangan bual bicara untuk memberi fahaman kepada masyarakat bahawa laman sosial bukanlah segala-galanya dalam sebuah jalinan perhubungan. Dan jika kita unfollow seseorang, tidak bermaksud kita putus hubungan," tegasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 09:57 AM | Show all posts
dia ni mmg bermasaalah dgn rakan artis..jrg tgk dia rapat dgn mana2 retis
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:02 AM | Show all posts
entahlah.....tapi cara ko ckap tu mcam nk kate yg kengkawan yg ko unfollow tu, memberi impak negatif kt ko pulak

dah kalo kawan tu kan, buat2 tak nmpak je lah post die yg ko rase negatif tu
scroll down lelaju
kawan kot, ko unfollow memang lah dieorg sentap
tak memasal org ckap ko makin sombong sejak2 dh jutawan ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:03 AM | Show all posts
yang rakan2 retis punn nak sentapnyaa kenapa? dah nama pun retis dh tentu follower beriban-riban. Lopak unfollow tak jadik kudis der
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 kita nampak benda ni no hal tp org ada yang sentap.. Entahlaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:06 AM | Show all posts
kalau terasa tak nak terpalit dengan sikap negatif orang, tak payah le belek lama lama.. senang citer tak payah follow orang langsung.. tiru macam diva aa, tak follow sesiapa pun. haha..dia dengan hal dia sendiri je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2016 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
bab ni aku setuju..sbb frenlist aku semua jns baik2..klu jns galak aku unfren unfollow jer..sbb sm mcm neelofa..aku nk tgk benda bermanfaat jer...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:11 AM | Show all posts
mengong pulak aku rasa dia buat statement macam ni..ko tengok gambar kawan ko shopping boleh buat kepala serabut..negatifnya lopa nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Lorrr..benda kecik je pun
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:14 AM | Show all posts
er...dia pun slalu kot post pic holiday..barang2 mewah..
tp kalau dah unfollow pun takkan la nak sentap bagai?
haisshh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk gambar orang lepas tu ko pikir negatif itu masalah hati ko lopa. Tak sampai hati ooo nak unfollow member.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
jutawan unfolo, haruslah sentap
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:17 AM | Show all posts
suka kau lah lopa.....
tapi perlu ke justify dekat media?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:17 AM | Show all posts
kalau aku pun terasa kalau kawan aku kenal tetiba unfollow aku kat IG atas alasan aku beri dia bad vibe.

kalau tak kenal tak kisah je
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:18 AM | Show all posts
statement dia mcm sombongla
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun dah tak layan IG sekarang ni.
Byk yg negatif dari yg positif.

Aku layan news di fb ja.
Tenang sikit hati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 10:19 AM | Show all posts
ntah pape ahkak jutawan kita ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:20 AM | Show all posts
masing2 punya acc...ikut suka dia la nak folo or unfolo pun..
tak sume orang hard-up nak tengok apa yang orang lain sopping, or makan or do everyday..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Lantak la..dia pun dah separa retis sekarang.
Betul la follow unfollow tu hak sendirik tapi takyah la bgtaw reason..kutttt?
Sentap ati mak nakkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:24 AM | Show all posts
wateverlah lopak..selamanya xkan follow uols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.075336 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list