CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12841|Reply: 165

[Tempatan] Terlibat kemalangan lepas nikah bini no 2

[Copy link]
Post time 3-2-2016 02:51 PM | Show all posts |Read mode


KOTA TINGGI - Seorang lelaki yang baru melangsungkan pernikahan dengan isteri keduanya tiga minggu lalu maut selepas kereta yang dipandu dalam perjalanan ke tempat kerjanya terbabas di Kilometer 67 Jalan Johor Bahru-Mersing pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, Mohd Zubir Mohd Husin, 45 maut di tempat kejadian selepas kenderaan jenis Perodua Myvi dipandu terbabas ke dalam gaung sedalam  kira-kira empat meter.

Kemalangan terbabit disedari seorang penunggang motorsikal yang kebetulan melalui kawasan terbabit sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Difahamkan, sejak mendirikan rumah tangga dengan isteri keduanya, mangsa yang bekerja sebagai kerani kewangan sering berulang alik dari Senai ke tempat kerjanya di Kilang Sawit Tenggaroh Timur.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa yang datang dari arah Johor Bahru menghala ke Mersing hilang kawalan dan terbabas sendiri.

"Ekoran itu, kereta terbabit telah melanggar pokok di bawah tebing yang mana curam kedalaman melebihi empat meter di jalan arah bertentangan.

"Semasa kejadian keadaan cuaca hujan lebat. Kereta mangsa dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 10.40 pagi dan didapati ada pemandu meninggal dunia dalam kenderaan terbabit," katanya.

Tambahnya, hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus, jalan dua hala dan mempunyai garisan berkembar sebagai pembahagi jalan. Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 02:55 PM | Show all posts
macam deja vu pulak...

dulu ada kes lebih kurang sama yakni lepas nikah no 2, tempat pun lebih kurang sama...


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
maut..kesian kat bini muda..baru je kawen tak sampai sebulan..bini tua tau ke tak..kalau taktau double kesian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2016 02:58 PM | Show all posts
info pd lelaki di luar sana
nk kawin baru
pastikan dpt restu dan rekomen dari bini no 1
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:00 PM | Show all posts
jodoh dan ajal di tangan tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:01 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-2-2016 02:55 PM
macam deja vu pulak...

dulu ada kes lebih kurang sama yakni lepas nikah no 2, tempat pun lebih ku ...

Tulah, memang macam deja vu. Btw jauh ke senai ke tenggaroh tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2016 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah.....
ni kawen dgn hat no2 lepas jumpa kat majlis reunion sekolah ker?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:02 PM | Show all posts
MeghanK replied at 3-2-2016 02:56 PM
maut..kesian kat bini muda..baru je kawen tak sampai sebulan..bini tua tau ke tak..kalau taktau doub ...

kerani pun mampu berbini 2.... mampu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 3-2-2016 03:02 PM
kerani pun mampu berbini 2.... mampu?

tu la, baca jugak tadi tapi memikirkan dia dah arwah, taknak cakap apa la
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:03 PM | Show all posts
kota tinggi..perh
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:03 PM | Show all posts
7slash26 replied at 3-2-2016 03:01 PM
Tulah, memang macam deja vu. Btw jauh ke senai ke tenggaroh tu?

108 km tuh.... sanggup ulang2 alik.... aku yg jarak office... 30km pun dah mengeluh
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:05 PM | Show all posts
MeghanK replied at 3-2-2016 03:02 PM
tu la, baca jugak tadi tapi memikirkan dia dah arwah, taknak cakap apa la

tu la dah ajal.... cuma elaklah bermadu.... lain la ko tu nabi bleh berlaku adil.....

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat bini tuanya...laki dhlah kerani harta xtau ada ke idok.kena kongsi plak sesama balu.bertabahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 3-2-2016 03:05 PM
tu la dah ajal.... cuma elaklah bermadu.... lain la ko tu nabi bleh berlaku adil.....

mana boleh elak bermadu dino..depa kata poligami tu sunnah..duk nampak sunnah yang tu je..sunnah lain boleh pejam mata
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:13 PM | Show all posts
innalillah.....dulu hakak pernah bukak tered cerita yg lebih kurang sama....accident sekali dgn emak....kalau tak silap jate tu org ganu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 03:13 PM | Show all posts

dulu yg meninggal lepas kawin 2 pun kat eksiden kat area sana juga kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:14 PM | Show all posts
nasib baek hanya ada dua isteri.....kalau empat isteri.  
4 wanita dah jadi balu. jadi ibu  tunggal


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:16 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-2-2016 02:55 PM
macam deja vu pulak...

dulu ada kes lebih kurang sama yakni lepas nikah no 2, tempat pun lebih ku ...

btol.. kebetulan kan sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.072370 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list