CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18083|Reply: 179

Bil Telefon Cecah RM15,000 , Wan Raja Dakwa Diperdaya Syarikat Telco

[Copy link]
Post time 4-2-2016 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Bil Telefon Cecah RM15,000 Wan Raja Dakwa Diperdaya Syarikat Telco

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/02/04/wan-raja-telco/

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 1:00 PM



Wan Raja dan isteri Yaya Maembong bercuti di London dan Paris pada November tahun lalu.

PETALING JAYA: Pelakon Wan Raja terkejut apabila menerima bil telefon bimbitnya bernilai RM15,000 daripada sebuah syarikat telikomunikasi kerana menggunakan perkhidmatan itu ketika bercuti di Londan dan Paris, baru-baru ini.

Wan Raja, 39, turut berasa teraniaya apabila jumlah caj yang dikenakan tidak seperti pakej ditawarkan syarikat telekomuniksi (telco) itu ketika berada di luar negara selama 10 hari iaitu pada November tahun lalu.

"Saya sangat terkejut apabila pihak telco hubungi saya memberitahu bil telefon tertunggak berjumlah RM15,000 kerana menggunakan perkhidmatan mereka ketika berada di luar negara.

"Saya rasa tertipu kerana pihak telco berkenaan pada awalnya menghantar tawaran data plan hanya RM38 sehari dan saya menggunakan selama empat hari sahaja, namun tidak sangka harga sebanyak itu," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Khamis.


Wan Raja turut meluahkan rasa terkejut di laman sosial Instagramnya baru-baru ini.

Wan Raja berkata, dia sudah bertemu dengan bahagian perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi tersebut bagi meminta penjelasan dan diskaun, namun gagal.

Sebaliknya, pihak telco berkenaan mendakwa bahawa ia berpunca daripada kesilapan memilih perkhidmatan telekomunikasi di negara yang dilawati itu.

"Saya sudah berjumpa dengan pihak telco untuk meminta maklumat terperinci apa yang mereka caj, mereka pula tetap bertegas meminta saya bayar jumlah tersebut.

"Katanya, jumlah RM15,000 tersebut sudah dipotong diskaun daripada jumlah sebenar sebanyak RM92,000.

"Ini tidak masuk akal kerana saya hanya guna data plan untuk memuat naik gambar di Instagram dan aplikasi waze sahaja sepanjang empat hari tersebut. Dan jika jumlah kredit saya sudah melebihi had, mereka wajar menyekat akaun saya daripada membiarkan ia mencecah puluhan ribu ringgit," ujarnya.


Wan Raja kini cari jalan selesaikan bayaran bil telefon tersebut.

Dalam pada itu, Wan Raja berkata, perkara tersebut menjadi lebih rumit apabila nombor telefon berkenaan didaftar atas nama ibunya yang berada di Pulau Pinang.

Dia terpaksa memberi penjelasan kepada ibunya agar tidak terkejut dengan jumlah bil tersebut.

"Saya terpaksa balik ke Pulau Pinang untuk selesaikan hal ini kerana nombor telefon ini didaftarkan atas nama ibu di Pulau Pinang dan saya kena jelaskan perkara ini kepada ibu saya kerana takut dia terkejut dengan bil berkenaan.

"Biasalah, orang tua akan terkejut tengok jumlah yang besar begitu, ibu saya pula ada sakit jatung. Jadi sebelum pihak telco hantar bil di kampung baik saya jelaskan kepadanya terlebih dahulu," ujarnya.

Tambah Wan Raja, dia kini masih mencari jalan untuk menyelesaikan perkara tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika terbukti menjadi mangsa pihak telco berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 04:06 PM | Show all posts
telco mana ni? teruknya bil ...kalau aku pun mati sakit jantung tgk bil mcmtu
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 04:08 PM | Show all posts
nk explain kt mak kene bergegas balik kg,x boleh telefon kah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 04:10 PM | Show all posts
perkara biasa tu...
ni mst celcom... kalo betul guna rate rm38 tu, the next cycle bill ilang la rm15000 tu... tggl yg charge betul...
tp mmg menyusahkan... n ramai yg kene
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 04:10 PM | Show all posts
kenapa tak register nama sendiri? ada kena blacklist ker ngan telco memana ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 04:12 PM | Show all posts
aku pernah kene...mase tu g singapore je...sehari celcom caj 800...pakai gps je pon....lepas tu tobat dah, setiap kali g obersi beli simkad local je...dah la internet berdesup laju..murah plak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2016 04:15 PM | Show all posts
perhhh..15k dr 92k...giler bapak
jenuh nk membyr
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 04:17 PM | Show all posts
giler betui rate dorang charged
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
gile ah telco mnipu cam ni kbnykn telco2 sedut duit pngguna mlalui plbgai cara, kdg2 jelas n kdg2 tnpa disedari, hampehh

btw, ggih u upload pic prcutian u utk siaran lgsung kt ig ek
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy pun ade kene ms g indonesia, tu br 3 hari kt sane kene rm1600..sbb ms g thai utk 5 days, jd automatic roaming tp tak de pun kena caj mcm ni.sy hya meletakkan silap tu pd dr sy je.
Lps kjadian tu,touched down je beli sim kad n top up dl ke negara yg kite pegi. mmg jimat n boleh control bil sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg gigih sgt nk online time oversea tu dah kenapa? Bkn x blh blk msia br upload segala gmbr kalau rasa2 x mampu nk byr bil .. standard la mahal kt oversea .. sms pun dh beringgit2 apatah lg ko on data 24jam .. aku dulu keje telco tau la mcm mana .. bkn overcharge ke hapa tp sbb partner ngn telco oversea kan .. ada la rate masing2 .. nk wat siaran lgsg time bercuti tu ko wifi je ngn hotel ko stay .. x yah byr apa2 pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Giler ah. Patut ada limit and akan kena barred. X kuasa membayar dek kesilapan telco :
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 04:28 PM | Show all posts
Uishhhh menakotkan ah Smpai 15k.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 04:28 PM | Show all posts
1st - bil telefon register atas nama mak? Why mak? Why bukan nama sendiri? Bawah umur ke?

2nd - gigih nak buat live update bercuti kat luar negara kenapa? Ala-ala PPRT pula gaya

3rd - Selayaknya diperdaya.

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rania_maira at 4-2-2016 04:32 PM

Sy kalu pi obersea msti beli simcard baru dr negara hak sy pi tu.. sbb tkut bnda2 cmnila.. caj2 tsmbunyi yg berbahaya n x masuk akal.. rm15k?? Perghh, bertabahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 04:32 PM | Show all posts
zetty1978 replied at 4-2-2016 04:25 PM
Yg gigih sgt nk online time oversea tu dah kenapa? Bkn x blh blk msia br upload segala gmbr kalau ra ...

tp bkn ke kena ade limit.... klau dlm negeri cecah 80% limit pun ado sms....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 04:35 PM | Show all posts
zetty1978 replied at 4-2-2016 04:25 PM
Yg gigih sgt nk online time oversea tu dah kenapa? Bkn x blh blk msia br upload segala gmbr kalau ra ...

kdg2 bukan la nk upload gamba ke hape...kalau aku internet sgt penting bile g oversea sbb nk cari info or guna waze or gps...atau nk tau time public transport sume...nk haplod2 gambo tunggu balik mesia jah...itu la gune tenet kat obersi di samping nk berhubung ngan family
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 04:39 PM | Show all posts
Telco pun nak cari huntongg lebih ni...kn dlm bil ada tulis limit pgunaan...awat x sekat line WR ni bila dia dah over limit...??

Iols dulu bil lambat bayo..amt x sampai 100 pn dh kena sekat...siap reminder minta setel bil tu...inikan dah gna blebihan...telco diamkan aje...nampak x ada unsur2...profit & loss kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 04:41 PM | Show all posts
tgk gaya mesej nih.. maxis
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 04:44 PM | Show all posts
telco antar sms dgn shortform cmtu ye?

teruknya terkena... kesian dia..
rugi kena cmtu...

mesti sakit hati dan sedih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.081406 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list