CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33571|Reply: 161

Hitam mengikuti hari-hari saya

  [Copy link]
Post time 4-2-2016 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hello. Sorry saya newbie kat dalam forum ni. Haih. Saya rasa paling selamat nak luah kat sini memandangkan saya tak pernah bagitau siapa-siapa.

Saya mangsa kelakuan...sumbang mahram. Walaupun dah lama berlalu. Tapi masih menghantui. Saya langsung tak boleh terima sebarang sentuhan atau komunikasi dari lelaki luar atau keluarga sendiri. Ada sesiapa boleh tolong macam mana nak hadapi trauma ni? Jumpa kaunselor? Dah berapa banyak saya jumpa. Semua suruh rahsiakan anggap sahaja sejarah silam. Saya diamkan rahsiakan tapi makin kusut setiap masa. Kadang-kadang macam nak bunuh diri.

Nasib baik saya masih normal. Cuma mungkin ada bipolar sikit. Jadi lesbian ke ape itu tidak lah. Saya tau halal haram juga. Syukur

Family saya tak tau pasal masalah yang saya hadapi. Saya taknak ada perpecahan keluarga sebab saya.

Please do help me...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 05:55 PM | Show all posts
doa bnyak2 mnta lupa bnda tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
bob92 replied at 4-2-2016 05:55 PM
doa bnyak2 mnta lupa bnda tu...

Terima kasih atas cadangan. Tapi kalau lah semudah itu. Alangkah indahnya hidup saya ;)
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 4-2-2016 06:26 PM

Fight dik!

Life itself is a battle, don't give up! Fight for the life you've been missing for years! Fight for your FREEDOM!

Sudah sampai masanya kamu tidak perlu menderita berseorangan lagi. Akak say, it is time to reveal the truth and be free!

Ko takyah tanggung semua ni seorang dik - please, kesiankan diri kamu sebelum kamu kesiankan orang lain.

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon pd Allah swt & seNtiasa dktkn diri pd nya..mmg sy x rasa apa yg awk rasa, tp sy mampu bg kata2 semangat kt awk..klu awk mahu & mampu, awk boleh lupakan wlpn ada masa yg awk akan teringat..ingt, Allah swt xkn uji hamba-Nya kecuali dia mampu hadapi
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ku seru;

@fire_place
@clarisza
@IbuAulia

Untuk bagi semangat kat adik ni!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2016 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian tt, semoga Allah bagi kekuatan.

betul kata chazey tu, tt kena lawan. kena fikir positif, teruskan minta sokongan.

tak semua lelaki jahat, celaka betullah org yg aniaya tt ni.

aku doakan tt kuat dan berjaya dunia akhirat. amin



Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 08:14 PM | Show all posts
tt buat sunat taubat

minta pertolongan daripada ALLAH

lepas tu tgk video anthony robbins
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 10:21 PM | Show all posts
Edited by fire_place at 4-2-2016 10:51 PM

Tt..aku ada je pengalaman MCM kau,cumany aku dicabul je.knp aku xkisah bcerita psl pengalaman ku?ada Org CKP tu maruah.tp aku Cite banyak kali sbb nk bg kesedaran kat mak bapak..Jgn percaya Org sekeliling 100% termasuk adik beradik kau sendiri,ko percaya x hakikatnya ramai yg tersenyum sebelah kau TP mereka pun pernah alami peristiwa MCM kau??tp antara berani dan tak berani aje buka mulut.aku percaya gay,lesbian dll ada kisah hitam disebaliknya sbb tu aku xsalahkn diaorg 100%.

Jom kita share kisah hidup dan kutip bapa banyak dlm kehidupan kita hakikat yg kita xsangka...mak aku janda berkahwin semula dgn seorang lelaki yg warak organ ya.pandai mengaji hafal Quran,ahli surau.kisah bermula aku darjah 3, mak aku keluar dgn akak aku,tiba2 bapak tiri aku buka seluar aku.tuhan syg aku,aku xbodoh.aku jerit pergi kejar mak aku yg hampir naik bus.seterusnya nasib malang menimpa tika aku darjah 6, aku sunyi sbb kakak kesayangan aku masuk asrama.malam2 aku dengar pintu aku terbuka,sekali aku perasan ada Org masuk bertualang tindih aku,cium leher aku buat love-bite,aku tendang..kemudian pagi tu aku takut..aku buat tanya 'mak tgk leher ni ada merah apa Ntah,td malam ada Org masuk bilik Org,cium' bapak aku baru balik surau..mak aku tanya dan marah dia..dia boleh senyum shj..tambahan mak aku xkisah malah suruh aku pergi sekolah dgn bapak tiri aku..kau paham x betapa takutnya aku masa tu?

Tingkatan satu..aku kena demam campak.aku larat bangun,aku sampai tertidur kat depan TV..tiba2 aku rasa ada Org tindih badan aku,depan dua Org adik beradik aku yg kecil..aku tendang sekuat hati.merangkak tuju ke bilik.bila akak aku dok umah,dah duduk asrama aku suka sgt.tp apa jd? Kegiatan dia xhenti.bayangkan waktu MLM tido sebelah mak aku,dia leh dtg duduk tido sebelah aku,mak aku bgerak badan masa tido,dia terus lari.buat keje sekolah terlelap..dia dtg cium aku.tiap aku sakit mak aku akan CKP bio ayah kau urut..aku melawan xnk.mak aku CKP aku biadap..TP tahu x tiap kali nk urut dia suruh mak aku buat air kopi,Lpstu dia akan urut payudara..bila aku bg tahu mak aku,mak aku akan CKP Alah awak tu yg buruk sangka.

Pernah dia mengaji lps subuh,mak aku suruh dia kejutkan kakak aku,dia dtg cium kakak aku,raba2.. Akak aku menjerit CKP babi punya Org tua,Lpstu ptg best dia berlakon ' ya Allah aku kejutkan je knp marah aku'..ada sekali mak aku CKP knp awak biadap dgn ayah tiri awak,kalau xpuas hati bg tahu lah apa.aku CKP je ' mak nak tahu knp Org biadap? Mak tahu x apa yg ayah dah buat.aku cerita segalanya..Tp apa aku dapat? Mak aku lempang aku depan Org ramai masa Tgh makan,mak aku CKP aku goda ayah tiri aku,mak aku CKP aku dan akak aku fitnah.mak aku ditegur kitaorg Bminggu,sampai ada sekali aku tengah makan nasi,dia telangkupkan pinggan atas kepala aku.

Bila dah baik..aku bertahan.aku kumpul duit belanja sekolah buat beli 3 selak pintu bilik,aku letak gunting kat bantal.aku bertahan dgn gangguan dia demi mak aku,bila aku lalu dpn bilik air,dia terima sengaja buka pintu,,so nmpk dia mandi.tp aku buat xtahu.bygkan ko Tgh makan ada Org bukan seluar dpn kau.aku xpernah tengok TV,sbb aku takut tertidur,kalau tertidur takut bapa tiri aku bukan2..aku makan dekat bilik,bilik tu umpama syurga aku..dan tu juga buatkan aku berazam kahwin awal aku nk keluar dr rumah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 10:50 PM | Show all posts
Perkara paling aku bersyukur?
Tuhan kurniakan aku akal agar tak rosakkan  diri aku.ada Org ada masalah Lpstu jalan paling senang lari rumah,jd bohsia..TP aku bertahan sbb aku xnk hadiahkan kehidupan sedemikian buat anak aku kelak

Aku ngn akak aku duduk rumah pakai baju kurung ok,aku dulu boleh dikatakan ala gadis melayu terakhir lah..bygkan sopan gitu pun Org cuba rogol.

Apa kesan pada diri aku?
- aku sampai rasa MCM aku berhalusinasi..sbb tgk dia baca Quran tiap masa,solat sunat,puasa sunat,ahli masjid,kdg2 imam..TP kenapa cuba cabul anak2..aku sampai CKP entah2 aku fitnah dia,Lpstu terjadi lg,aku nafikan terjadi lg.
- aku mudah terjaga ada bunyi.pernah kwn aku pegang kaki aku,kena tendang.masa awal kahwin pun sama.
Lg2 masa suami ada misai,mmg kena tendang..sbb MCM tkejut

Aku pernah tertekan ceritakan lah ketakutan aku pada kwn aku,kwn aku pulak Cite dia dicabul bapak kandung sendiri dgn adik dia.mak dia keje malam,bapak lemparkan nafsu kat dia.bapak dia keje pejabat agama.aku ingat nak luahkan masalah aku,TP masalah kwn aku lg teruk.

Aku secara personalitinya mudah untuk Org lain buka sbrg Cite,sbb tu aku CKP dgn suami aku ni tong sampah.sbb Org xrapat baru kenal TP berdepan dgn aku,dia nak Cite segalanya.terjadi lah satu kes ni..dimana kwn ni cakap supaya aku Jgn rapat dengan sorg lelaki ni sgt.jd aku CKP kenapa,dia mula buka cerita sbnrnya sepupu dia ni cabul dia..masa tu dia sekolah rendah,sepupu ni sek menengah.dia panggil belakang pintu,Lpstu cium,raba2, fingering lah Lpstu.dia CKP nak bg tahu mak dia TP nanti xpercaya,berlarutan hingga dia tahu sbnrnya apa yg dia alami tu namanya cabul.

Aku lupa nak Cite aku dgn akak aku selamatkan adik tiri aku dr dicabul bapak kandung dia,bygkan bulan pose dia mandikan adik aku,cium2 bawah tu,adik aku Baby lg kot.lepastu dia tutup tingkap bilik,aku jerit ngn akak aku..dasar Org tua monyet,aku buat gitu nak sakitkan hati dia,supaya xd buat pape kat adik aku..TP yg aku teringat masa adik aku Baby kerap kemaluan dia berdarah,nmpk MCM luka,TP mak aku CKP biasa Baby pun ada period..TP tu aku xtahu lah..TP masa adik aku dah besar,aku nk selidik perangai dia sbb di liar sgt.jd tbuka cerita lah,adik aku CKP masa dulu ada sekali dia dalam darjah 2,3 gitu lah..bapak dia ni suruh dia usap2 kemaluan,tunjukkan kat adik aku adik aku tanya api ni,dia CKP mainan.ee..aku tiap kali imbas balik mmg rasa nk tikam je bapak tiri aku ni.mak aku dh Cite gini pun masih lg xda tindakan.

Lepastu kisah ada kwn akak aku,budak ya gebu2.. Masa tu darjah 6.. Geli betol.bapak tiri aku kalau nampak budak ni asik cakap ee..gebunya,kau tahu x tgk dgn pandangan keji..kisahnya si kawan akak aku ni pun ada bapak tiri,mak keje malam niaga.bapak tiri rogol.mengadu kat mak,mak pukul dan tak terima..Lpstu akak dia tlg bawak g resort kat balai.

Lepastu kat kg aku tu ada budak kena rogol ngn pakcik,pakcik dia CKP meh nak buat Magik.budak ni kecil 5 tahun rasanyLpstu mengadu kat mak kemaluan sakit..mak tanya knp..jawab pakcik buat Magik..mak bwk g jumpa doktor,kena rogol budak tu.

Masa sekolah menengah pun sama TP budak lelaki,kena liwat ngn atuk jiran dia..sampai sekolah polis dtg.jd mak pak yg baca phm tx knp aku CKP Jgn percaya pada sesiapa walau adik ke suami sendiri,kenalan ke sedara,.perangai baik tu peribadi,TP nafsu ni bukan semua boleh kontrol.bila air naik kepala dikira ank ke sape pun..Jgn tertipu dgn perwatakan.ank aku dr 4 tahun aku  ajar bahagian yg xleh Org sentuh,aku bg tahu kalau Org tu buat bukan2 dia ugut apa sekalipun,mesti bg tahu ibu.kdg2 ada masa lapang aku borak2 tanya pernah x Org cuba pegang sekian2.. TP cara CKP secara berseloroh,ketawa2..sampai aku ajar dia cara lawan Org walau dia kecil lg..sbb aku xpercaya sesiapa..dgn laki aku pun aku warning yg aku xtakut bunuh dia kalau dia apa2kn anak aku,sampai laki aku CKP xkn lah b nk gitu,aku bgatau je buat apa takut,aku CKP kalau.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 11:08 PM | Show all posts
Sori lah ada typo..xlarat nak betolkan..haha..aku pernah rasa nak bukak satu FB,tempat wanita mahupun mangsa serangan sexual ceritakan pengalaman,dan yg rasa rendah diri tampil ke hadapan berani bangkit.tp ntahlah..xbuat2.. Sbb xda keberanian.

Buat Tt lupakan kisah lama,xpayah pikirkan sgt.pertama dekatkan diri dengan tuhan,buang rasa rendah diri,ketakutan.tanamkan sifat yg Tt berani hadapi dan akan jaga diri Tt mahupu Anak2 Tt kelak dr manusia bangkai gini.skrg trauma aku mula berkurang,ni aku terus terang eh..ada satu masa baru kawin suami aku gomol2 aku tendang dia,,sbb aku rasa jijik n terngiang2.. TP laki aku paham.dia sampai skrg xkn ada misai.skrg bertahun2 dh xda masalah trauma dah.ingat satu je,kita ni mangsa keganasan seksual,kita gay,kita lesbian..kita berhak untuk hidup bahagia,bio Org nk CKP apa,sbb kdg2 Org Pahami apa setengah Org lalui.knp kita nk bersedih sdgkn dia sdp gembira buat2 xda apa blaku.kalau boleh mangsa ni sentiasa ingat tiap anak kecil MCM anak kita,jd Jgn malu bongsu pengalaman,agar Org lain xhadap apa yg kita terpaksa hadap,xsemua Org perasan perkara ni. Ingat tiap Org baik mcmne pun dia akan ada sisi jahat,sisi jahat pula mcm2 bahagian.cuma kita xnampak tu je.kalau jahatnya kepala bawah tu,maka gini lah jd ya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
fire_place replied at 4-2-2016 11:08 PM
Sori lah ada typo..xlarat nak betolkan..haha..aku pernah rasa nak bukak satu FB,tempat wanita mahupu ...

Berani nye awak..tabik saya dibuatnya. Baiklah saya cuba yang terbaik. Saya nak cerita pengalaman saya. Saya tak sanggup nak taip. Nanti meroyan sorang2. Tiap2 malam pukul 12 mesti terjaga dan takkan tidur sebab terbayang2 lagi peristiwa dan masih trauma. Mungkin saya begini sebab saya tak luah kan ape yang saya runsingkan. Kalau jumpa kaunselor saya gagap nak cerita. Bila bukak cerita sendiri saya jadi gagap. Gelabah. Nangis sendiri.

Pemakaian saya pakai paling hodoh kalau duduk rumah. Baju besar seluar besar. Saya tak percaya family sendiri. Saya belajar silat sebab nak selamatkan diri. Cuti sem jarang balik. Owh ya. Walaupun saya ada masalah emosi. Bila depan kawan2 muka saya paling poker. Takde perasaan. Saya takut nak senyum sebab pernah ada lelaki cuba ngorat cakap saya senyum cantik. Suara ayu. Bagi saya tu satu ancaman paling bahaya. Pernah hentak meja sebab ada lelaki cuba mengayat. Biar diorang nak cakap ape. Yang penting saya selesa jauh dari lelaki.

Saya pernah fikir masalah ni akan selesai kalau saya berkahwin. Tapi saya stress balik. Sebab..sebab..lelaki..segala sentuhan dan komunikasi saya terlalu takut. Saya beranggapan lelaki semua sama. Dalam kepala ada perkara jijik tu je. Mak saya pernah cuba nak jodohkan dengan anak kawan dia. Saya minta no fon dia. Saya kol dan saya tengking suruh dia jangan berani2 nak masuk line sebab saya benci lelaki. Ahh..tak tahu nak cerita macam mana..tapi okeh saya cuba buat nasihat2 yang saya dapat dalam thread aaya ni. Terima kasih semua. Terharu baca. Saya akan cuba.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya benci lelaki. Lelaki tak guna. Semua tak gunaaaa..sebab dorang saya jadi macam ni..saya rasa kotor..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 11:44 PM | Show all posts
First of all, am so sorry to hear that TT.Nevertheless, you are strong TT.You kena ingat tu.Bear in your mind and heart yang you are one hella strong lady.Benda2 macam ni, memang selamanya akan menghantui kita, tapi macam sis @chazey kata fight for your life that you've been missing for years!Fight your beautiful soul that had been taken away by those monsters tu.Jangan cepat berputus asa, I percaya you sangatlah kuat and tabah orangnya.Buktinya, you mampu nak ceritakan kat sini.Coming out of your shell its not easy(walaupun you are anon ja pun,still bukan mudah I percaya you nak sit down and tulis ni,aite?) Same goes to other victims, ie sis @fire_place( I really admire her strong-willed sebab dia mampu bangkit and lawan bapak tiri durjana beliau tu.I've been a SR for many years now tengok and baca kisah orang lain)Jadi, I sangat respect pada orang macam beliau and kamu.Jadi to TT, bangkitlah.Stand for your own self.I know it ain't easy especially when it comes to cases like these (incest or sumbang mahram ni) tapi you kena ingat, tiada siapa boleh keluarkan diri you daripada that dark black pit  unless it's you yourself.Orang lain boleh hulurkan bantuan tapi at the end it's yourself.Okay?And bagi I you boleh seek help from professionals.Don't worry, kat Hospital Kerajaan macam kat Hospital Selayang if I'm not mistaken hari Khamis dan Isnin kut memang ada sesi terapi bersama psychiatrist.And I believe you're a muslim, based on your reply to certain forummers tu.Try to ask forgiveness from Him and mengadu dengan Dia.Pray to Him supaya He can guide you.Minta tolong dengan Tuhan, talk to Him.Bukankah Tuhan tu Maha Mendengar dan Maha Penyayang?Surely, He will show you the way and lights cuma cepat atau lambat ja.Kepada TT, chin up!No more looking back!You are a beautiful inside and outside regardless of what you think.Okay?I doakan semuanya baik-baik saja untuk you.You deserve to be happy, TT . may God bless!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mentarimendung replied at 4-2-2016 11:26 PM
Berani nye awak..tabik saya dibuatnya. Baiklah saya cuba yang terbaik. Saya nak cerita pengalaman  ...

Sbb tu mak bapak kena peka bila anak xsuka bergaul bercampur,ada perubahan pada emosi kena peka..bukan alah biasalah remaja.hakikatnya mak bapak xtahu pun.ingat xsemua anak nk cerita,dan tanya diri kita skrg..' Adakah aku ni boleh jd sahabat dan org kepercayaan anak?

Mmg mangsa gangguan seksual ni akan rasa sentiasa xselamat ketakutan,rendah diri.semua aku jumpa gitu.yg xmalu tu ha last2 jd bosia.mcm kwn aku mak dia selalu bising ckp anak xpandai bergaul,itu ini..tp lupanya xsdar anak rendah diri..sbb pernah kena cabul.rasa terasing.

Masa aku belajar dulu aku mmg jln bawak payung sbgai senjata pukul org,pernah sekali kem motivasi fasilitator ni cuba takutkan aku,aku pukul dia dgn botol 100plus yg beso tu,mmg sampai terbaring dia.tp kesan paling buruk aku pernah kena cabul dlm bus.lelaki ni raba aku,aku nangis2,lpstu aku pindah tempat duduk depan sambil nangis2..dlm hati nk bgtahu pemandu bus,tp aku takut aku dikatakan fitnah,takut pulak jd salah aku..sbbnya dulu lah.ckp ada kbebasan bsuara,tp dibgtahu kena marah balik.jd kesan dia aku xpercaya dgn org sekwliling blh selamatkan aku

Erm..tt kena ngt lah xsemua lelaki jahat.Yg jahat segelintir je kot.tp kita kena sentiasa berwaspada.bg peluang diri kita kenal dgn ramai lelaki,bergaul dr situ trauma kita akan mula hilang.jgn bunuh kehidupan,masa dpn kita sbb kelakuan org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy salah sorg mangsa pedo. Sy berani bukak cite sbb takde siapa kenal sy kat sini.

Sepanjang jadi mangsa pedo, lebih lima org lelaki termasuk one of my bro dah rogol sy. Sy taktau knp sy dijadikan sasaran.

Setiap kali ingat, sy berusaha utk lupakan semula tp kesan fizikal takkan boleh berubah asal semula, dara yg dah dirobek tak boleh dipulihkan seperti sediakala.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2016 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg sy buat utk jadikan hidup ni normal dan tak jahanam kan diri lebih teruk, ialah cuba redhakan semua yg dah lepas. REDHAKAN TAKDIR YANG DAH BERLAKU.

Tu keyword penting supaya kita tak terdera dgn masa lalu yg penuh noda hitam dek lelaki2 jahanam yg bertuhankan nafsu.. :
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy pernah rasa diri hina, nothing dah yg ada utk suami nnt. Tp sy tahu Allah tu Maha Pengasih. Jadi sy dekatkan diri dgn agama. Moga agama mampu selamatkan sy dr dendam yg bagai lava ni.

Sy tak akan maafkan mereka dunia akhirat jikalau suami sy nnt tak boleh menerima sy dlm keadaan ini. Yg takde dara utk dipersembahkan pd malam pertama nnt.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 01:35 AM | Show all posts
senagnya suh redha,budak2 perlu diajar suh cakap jika perlakuan2 mencurigakan report terus ke polis. kalau diamkan budak2 tanpa pembelaan dah besar jadi murtad benci islam
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
mentarimendung replied at 4-2-2016 11:29 PM
Saya benci lelaki. Lelaki tak guna. Semua tak gunaaaa..sebab dorang saya jadi macam ni..saya rasa ko ...

You have to know you're not alone.

Ada ramai di luar sana yang diuji seperti kamu tapi mereka teruskan hidup dengan segala kudrat yang mereka ada dan tidak berputus asa terhadap diri sendiri.

Semoga kamu mendapat kekuatan dari orang2 yang kamu tak kenal dalam forum ni tapi mungkin merekalah yang dipakai oleh Allah untuk membantu kamu mencari kekuatan diri melawan trauma dan syaitan yang kamu bendung sendiri selama bertahun2.

Bless you sister. May you find inner peace though it may take a while for you to know what it truly means.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.169110 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list