CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2317|Reply: 2

Gaduh Lagi? 10 Tips Ini Perlu Ketika Bertengkar

[Copy link]
Post time 5-2-2016 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Pasang surut dalam perhubungan tidak dapat dielakkan dan perbezaan pendapat pernah dialami oleh mana-mana pasangan yang sudah berkahwin.

Kekecewaan dan kemarahan kadang-kadang membuatkan kita enggan memaafkan terlebih dahulu walaupun keinginan untuk berdamai itu ada.



Dalam pada masa yang sama, pasangan anda turut merasakan seperti anda. Jadi, bagaimana langkah terbaik yang perlu diambil oleh setiap pasangan ketika bertengkar?


1) Kawal emosi. Jauhkan diri seketika. Bertenang kemudian lakukan aktiviti yang menggembirakan.

2) Berdoa dan solat supaya diberi kelapangan dada dan ketenangan pemikiran.


3) Berfikir semula dalam keadaan tenang dan cari punca pertengkaran berlaku.

4) Bincang semula dengan pasangan apabila kedua-dua dah 'sejuk'.




5) Walaupun masih dalam keadaan marah, jangan sesekali membenci satu sama lain. Teruskan percintaan anda seperti sedia kala. Sentuhan tangan dan pelukan wajib dilakukan dan berdiam diri seketika.

6) Sediakan diri untuk menjadi pendengar yang setia. Berikan masa untuk mendengar setiap masalah yang dihadapi pasangan.

7) Jika anda mampu untuk menyejukkan, berilah pelukan ketenangan. Mungkin bercakap dari hati ke hati atau perlahan membuatkan pasangan bertenang dan kembali seperti biasa.

8) Mohon kemaafan dan akui kesilapan.


9) Jangan biarkan emosi anda memendam rasa kekecewaan terlalu lama. Jadikan pertengkaran tersebut sebagai suatu pengajaran.

10) Jangan cuba untuk menjauhi dan berpaling daripada pasangan anda. Ingatlah setiap bait-bait cinta atau kenangan manis bersamanya. Pasti amarah tidak akan berpanjangan. - CARI Infonet


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2016 01:54 PM | Show all posts
Aku kalau gaduh mls btekak,sbb ntah lah,dulu jenis baran pemarah sgt2..pernah sebelum kawin bwrgaduh aku pecahkan pc dia.kihkih..rantai dia bg, rentap putus baling tepi jalan biasa kot.

Tp skrg ni ntah lah..lebih suka amik cara yg bbeza.dulu mungkin xmatang,tp dh 28 tahun kalau bwrgaduh rasa mcm membazir masa.sbb aku tahu 20-30 yg kita Bebel gaduhkan.sbnrnya xjd APA,hanya akan tambah masalah.adalah baik kita bbincang.skrg biasanya gaduh kalau xpuas hati aku diam,lpstu buat peta minda knp aku marah. Lpstu letak bg dia baca.aku rasa lg bkesan Dr Bebel bperang,akhirnya satu APA xpaham.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan nk tunjuk bagus , sebenarnye drpd salah paham tu kita jadi bertengkar , bagi aku jalan mudah , just diam , sampai masa reda bawak berbincang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.560397 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list