CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1602|Reply: 4

Tanya kos kubah masjid, MB Selangor sekat pengikut Twitter

[Copy link]
Post time 7-2-2016 04:28 AM | Show all posts |Read mode
Tanya kos kubah masjid, MB Selangor sekat pengikut Twitter
NASIONAL
OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI SHAH ALAM - 06 FEB 2016


Hanya kerana bertanyakan kenapa kos untuk membaik pulih kubah Masjid Negeri Shah Alam, seorang pengikut laman sosial Twitter milik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah disekat.

Pengikut itu yang enggan namanya disiarkan memberitahu, beliau mengikuti rapat setiap perkembangan pentadbiran di Selangor kerana menjadi tanggungjawabnya sebagai rakyat negeri itu untuk mengetahui apa yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Namun katanya, setelah mendapat tahu kerajaan negeri memperuntukan kira-kira RM32.4 juta hanya semata-mata membaik pulih kubah masjid itu, beliau terpanggil untuk bertanyakan kepada Mohamed Azmin kenapa memerlukan peruntukan yang besar.

"Persoalan saya itu bukan saja tidak dijawab, malah telah disekat oleh pihak yang mengurus dan mengendalikan Twitter Menteri Besar.

"Jika Mohamed Azmin buat sebagaimana yang dia janjikan ketika mula-mula mengambil alih jawatan Menteri Besar tahun lalu, beliau pasti akan memberi jawapan secara berhemah. Sebab rakyat mahu tahu," katanya mengulas komennya dalam Twitter Menteri Besar Selangor itu.

Beliau turut mempersoalkan, adakah wajar Menteri Besar Selangor bersikap seperti itu?

"Memaparkan status kononnya akan mendengar suara rakyat. Kemudian meletakkan nombor telefon bimbitnya dalam status itu memberitahu kepada rakyat, jika ada masalah di kawasan sila hubunginya di talian berkenaan.

"Saya cuba hubunginya berpuluh kali, tetapi tidak pernah sekali pun dia menjawab. Telefon bimbitnya dibiarkan berdering sehingga tamat," ujarnya.

Sementara itu, Mohamed Azmin dalam kenyataan media dua hari lalu dilaporkan berkata, projek penggantian kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melibatkan kos baik pulih RM32.4 juta itu bukan satu pembaziran.

Sebaliknya, kata Mohamed Azmin, ia dilaksanakan untuk kepentingan umat Islam di Selangor dan kerajaan telah meneliti serta menyemak terlebih dahulu semua projek di negeri itu, sebelum proses pelaksanaan dilakukan. - MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/ms/nasional/tanya-kos-kubah-masjid-mb-selangor-sekat-pengikut-twitter



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2016 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigih buat 2 post tp xde siapa nk komenkah?

Yawnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2016 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka rakyat selangor
Dolu2 elok2 ada khalid..korang gi humban dia
Skang dpt la penyangak dlm PKR
x penah aku tgk track record si azmin ni
At least khalid tu dr zaman guthrie lagi dah terbukti dia bleh buat keje
Yg plg celaka lahanat si azmin ni bila dia approve SUKE hiway ...abih jahanam limestone area kt ampang nun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2016 02:47 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 7-2-2016 11:18 AM
Padan muka rakyat selangor
Dolu2 elok2 ada khalid..korang gi humban dia
Skang dpt la penyangak dlm ...

limestone? harap ada yg kena telan bumi  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2016 02:30 AM | Show all posts
https://www.facebook.com/chegubard/posts/1296284483730401



Badrul Hisham Shaharin added 2 new photos.
3 February at 00:07 ·
Menarik jawapan MB Selangor dalam isu ganti satu kubah dengan harga RM32.4juta.
1. Kelulusan tak boleh pertikai sebab melalui dewan... ooo kalau mcm tu TPPA, GST dll yg lulus ikut dewan parlimen tak boleh pertikai lah ?
2. Perenggan kedua lulus tahun lalu, perenggan ke tiga lulus 2 tahun lalu kah kah kah jadi bila lulus sebenarnya... jgn panik sgt jawab elok2...
3. Projek ganti satu kubah dgn bazirkan RM32.4juta wang rakyat demi kepentingan umat Islam (perenggan 6)
Saya tegaskan utk satu kubah dgn nilai RM32.4juta ia membazir...
Sila klik baca kenyataan penuh saya.
***Belum selesai menjawab 'facelift' (ubah suai ringan) pintu gerbang RM9.8juta kini muncul pula projek 'baharui' kubah masjid RM32.4 juta sila klik http://chegubard.blogspot.my/201 ... elift-ubah.html?m=1 (sebar)




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.153988 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list