CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9227|Reply: 90

[Tempatan] Beza Betul Nada Anak Ex MB Dengan Current MB

[Copy link]
Post time 8-2-2016 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Anak perempuan Mukhriz berterima kasih kepada rakyat Kedah
Khairil Ashraf
ShareTweet+ 1Mail
mira

PETALING JAYA : Anak perempuan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Meera Alyanna Mukhriz menulis coretan untuk ayahnya di Instagram miliknya.

Dalam coretan di Instagramnya, Meera Alyanna atau dikenali Ally Mukhriz menyatakan adalah menyedihkan seseorang yang baik kalah tetapi dan seperti yang pernah dinyatakan oleh seseorang kepadanya, Allah SWT mempunyai perancangan untuk semua orang.

“Saya tidak akan berpura-pura bahawa saya tahu politik. Malah, saya tak tahu langsung. Tetapi apa yang saya tahu awak (Mukhriz) secara peribadi, saya tahu awak adalah seorang yang hebat.

“Sebagai anak perempuan awak, saya amat berterima kasih untuk semua yang telah awak berikan kepada saya dan saya tahu bahawa menjadi Menteri Besar Kedah merupakan satu peluang dan pengalaman,” katanya yang turut memuat naik gambarnya bersama ayahnya.


Menurut Ally, Mukhriz merupakan seorang yang berdedikasi dan telah mencurahkan hati dan jiwanya dalam pekerjaannya sebagai Menteri Besar.

“Oleh kerana awak begitu sibuk, saya menggunakan masa berharga yang saya ada (kadang-kadang hanya beberapa jam seminggu) untuk menghabiskannya bersama awak, di mana awak menggalakkan saya untuk menyemak artis tempatan Kedah atau pakaian baharu buatan tempatan.

“Belum lagi, bagaimana terujanya awak apabila menyaksikan setiap perlawan bolas sepak (go Hijau Kuning). Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengatakan awak telah melakukan yang terbaik dan saya begitu bangga dibesarkan oleh awak (dan ibu),” katanya.

Ally dalam masa yang sama turut melahirkan ucapan penghargannya kepada rakyat Kedah kerana menyambutnya sekeluarga walaupun tidak dapat mengucapkannya secara rasmi.

Pada 3 Feb lalu, Mukhriz membuat pengumuman melepaskan semua jawatan yang disandang di negeri Kedah termasuk jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah.

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan individu yang dipilih menggantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.


FreeMalaysiaToday

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia ni rumah kat mana? KL ka Kedah ayah dia duduk mana sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka hasmah daughter dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
anak dia tulis english kan..kenapa bila translate jadi 'awak' instead of 'ayah'
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 01:58 AM | Show all posts
Cucu2 tun m semua muka menjadi ye....muka melayu modenn, takdelah nmpk jenis totok2 asli.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik benar bahasa anak dia... dah  macam katun doraemon...adakah anak dia doraemon?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2016 04:38 AM | Show all posts

Anak dia tulis english  ..reporter yang translate ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Statement dari one side shj ni..mana statement belah lagi satu. Mcmna nak compare? Celah mana "beza betul nada..."

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaaa google jer dptla statement anak ahmad Bashah meroyan sambil kata rakyat kena merangkak kat padang masyar minta maaf kat ahmad bashah
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau english guna u u xpe xbunyi awkward, kalu translate ke bm bunyi kepwlikang tanpa batasang gtu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
anak2 pembela bapa .  Boleh nampak ikatan ke keluargaan masing2 . Kita pun mungkin sama . CumA cara  dua2 berbeza....
.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 8-2-2016 01:52 AM
anak dia tulis english kan..kenapa bila translate jadi 'awak' instead of 'ayah'

Dodol rasa wartawan tu translate 'you' jadi awak. Patutnya boleh je translate jadi ayah untuk menunjukka hubungan ayah anak mereka tpi mungkin wartawan bimbo xbelajar habis, cmni lah jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 menulis utk ayah ye...fathers day nanti boleh la compare dr anak zahid komedi sampaila ke anak mukriz & basah... Lawa jugak anak dia mukriz ni...anak marina camner pulak..elokla kot dna dh diperbaiki
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 8-2-2016 07:57 AM
Dodol rasa wartawan tu translate 'you' jadi awak. Patutnya boleh je translate jadi ayah untuk menu ...

tu lah pasal sbb i baca status anak mukhriz yg orang share kat fb, dia tulis english..reputz sepatut nya translate tengok keadaan jugak la kan

moning sis dodol
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 8-2-2016 08:04 AM
tu lah pasal sbb i baca status anak mukhriz yg orang share kat fb, dia tulis english..reputz sepat ...

Mornink sis meg. Pagi2 wartawan dah kena hencap, selayaknyalah kan. Hahhaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan wartawan siakapbabi dan mydumbshit aje yg biol. Rupa-rupanya ....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 8-2-2016 08:10 AM
Mornink sis meg. Pagi2 wartawan dah kena hencap, selayaknyalah kan. Hahhaaa...

kan..reputz mesia ni memang layak kena hencap
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
tepek lah original version nye.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Original version is better.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima Kasih Kedah kerana beri peluang yang indah untuk ayah dan saya! - Alyanna Mukhriz

Dad,

I am honoured to call you my father. A person with integrity, perseverance and strong will. It's upsetting to see the good guys lose but as someone once said to me, Allah SWT has a plan for us all.  I am not going to pretend that I know politics. In fact, I know nothing at all. But as I know you personally, I know that you are a great man. As your daughter, I am very grateful for all that you have given me and I know that being Kedah MB was a great opportunity and experience for you - one you honoured greatly. You were dedicated and you poured your heart and soul in your job. Since you were so busy, I valued the time I had (sometimes only a few hours a week) that I got to spend with you where you would encourage me to check out local Kedahan artists or new locally made clothes. Not to mention, how excited you were for each football match! (Go hijau kuning!) So I would like to take this opportunity to say, you did the best you could've and I'm so very proud to be raised by you (and mummy)! And to Kedah, even though I didn't get to say my official goodbyes, thank you so much for welcoming us and thank you for being so wonderful!

Meera Alyanna Mukhriz

(Bahasa Melayu)

Ayah,

Saya amat berbesar hati untuk memanggil ayah sebagai ayah saya. Seseorang yang mempunyai integriti, ketabahan dan semangat yang amat kuat.

Ia amat menyakitkan apabila melihat orang yang begitu baik digugurkan (jawatan) tetapi ada seseorang pernah berkata kepada saya, Allah SWT mempunyai rancangan untuk kita semua. Saya tidak akan berpura-pura tahu tentang politik. Malah, saya tak tahu apa-apa pun tentangnya.

Tetapi, saya kenal (ayah saya) secara peribadi, saya tahu bahawa ayah adalah seorang yang hebat. Sebagai anak perempuan, saya amat berterima kasih untuk semua yang telah ayah berikan kepada saya dan saya tahu bahawa menjadi MB Kedah adalah satu peluang besar dan pengalaman untuk ayah, malah ayah sendiri sangat teruja.

Ayah telah berdedikasi dan ayah curahkan hati dan jiwa didalam jawatan itu. Oleh kerana ayah begitu sibuk, saya dapat mengira masa yang terluang untuk bersama ayah sangat terhad (kadang-kadang hanya beberapa jam saja seminggu) yang saya dapat untuk menghabiskan bersama dengan ayah, di mana ayah pula akan menggalakkan saya dengan memperkenalkan artis asal Kedah atau pakaian baru buatan tempatan. Belum lagi dikira, bagaimana bersemangatnya ayah untuk setiap perlawanan bola sepak! (ayuh hijau kuning!)

Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengatakan bahawa, engkaulah ayah yang terbaik. Malah saya amat berbangga kerana menjadi anak ayah (juga mummy)! Dan untuk Kedah pula, walaupun saya tidak dapat mengucapkan selamat tinggal secara rasmi, tetapi saya nak ucap terima kasih banyak kerana menerima kami dengan sambutan yang begitu indah!

Meera Alyanna Mukhriz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.168477 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list