CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5923|Reply: 87

[Tempatan] PIBG Bantah Beli Buku Tambahan Akak2 Pertiwi Di Barisan Hadapan

[Copy link]
Post time 9-2-2016 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SEMASA VIRAL ENG
PIBG bantah beli buku tambahan
NUR FARHANA ABDUL MANAN9 Februari 2016

PIBG bantah beli buku tambahan
Ibu bapa menyatakan bantahan terhadap arahan sekolah mewajibkan pembelian buku kerja yang didakwa tidak digunakan.
SERI KEMBANGAN – “Kalau tak guna buku kerja ni kenapa pihak sekolah suruh beli, pendapatan ibu bapa bukan banyak sangat,” demikian luahan seorang bapa murid sebuah sekolah rendah di Seri Kembangan.

Rashid Abu Hassan, 43, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, arahan sekolah itu membebankan ibu bapa yang berpendapatan rendah sepertinya.

Lebih mengecewakan apabila ditanya kepada pihak sekolah, buku kerja itu perlu dibeli untuk pemantauan ibu bapa mengajar anak di rumah.


“Berapa saja gaji saya sebulan dengan nak tanggung lima anak bersekolah lagi, memang rasa terbeban bila terpaksa beli buku yang ‘tak digunakan’.

“Malah dengan taraf pelajaran saya yang tak berpendidikan tinggi mustahil nak ajar anak di rumah,” katanya dia membeli buku kerja tersebut selepas dikatakan termasuk dalam senarai wajib pembelian buku sekolah.

Rashid berkata, hatinya terdetik bertanya kepada guru kelas apabila melihat buku kerja dibeli masih dalam keadaan kosong sedangkan sudah memasuki Februari.

“Saya sangka semua buku dibeli akan digunakan pada waktu sekolah, bila tanya cikgu, mereka kata hanya untuk ulang kaji di rumah," katanya.

Ibu bapa terbeban

Suri rumah, Norhana Ibrahim, 43, meskipun hanya seorang anaknya bersekolah di situ, dia tetap berasa beban dengan pembelian buku kerja yang tidak digunakan.

Katanya, kebanyakan ibu bapa membeli buku ketika cuti sekolah dan hanya apabila sekolah dibuka barulah pihak pentadbiran mengeluarkan surat mengatakan buku kerja dibeli hanya untuk kegunaan di rumah dan tidak wajib digunakan di sekolah.

“Persoalannya, buku bukan teras macam mata pelajaran muzik dan pendidikan jasmani pun kena beli, macam mana kami ibu bapa nak ajar sedangkan kami pun tak mahir subjek tu?," soalnya.

Katanya, dia juga mempersoalkan mengapa buku tersebut wajib dibeli di sekolah sedangkan harga di kedai buku luar jauh lebih murah.

“Saya ahli kepada kedai buku di luar, boleh dapat diskaun kalau beli di sana, ni dahlah buku mahal, kita yang tak tahu mengajar subjek bukan teras pula disuruh ajar anak.

"Harap pihak berwajib dapat pantau dan ambil tindakan bersesuaian supaya isu itu tidak berulang lagi tahun depan.

“Dahlah kos sara hidup meningkat, benda-benda macam ni lagi bebankan ibu bapa. Mengenai buku ulang kaji di rumah tahulah ibu bapa nak beli buku mana berdasarkan kelemahan subjek anak masing-masing,” katanya.

Usahawan, Mohd Riza Kamarudin, 41, menggesa pihak kementerian mengambil maklum hal yang berlaku di sekolah berkenaan.

Katanya, ibu bapa kesal dengan penjualan buku kerja yang tidak gunakan dan dipraktikkan di sekolah.

“Pihak sekolah suruh ibu bapa ajar anak di rumah guna buku tu, tapi kami ada banyak alternatif lain termasuk guna buku kerja dibeli di luar yang jauh lebih murah dan berkualiti.

“Berlaku adillah kepada ibu bapa, kami bersangka baik terhadap perkara ini, mengenai hasil jualan buku kita harap ada siasatan dijalankan untuk melihat ia memberi manfaat kepada pihak mana," katanya.

Penggunaan tak optimum

Pensyarah, Norshaharizan Puteh, 41, berkata, dia kasihan melihat murid sekolah memikul buku kerja ke sekolah setiap hari sedangkan tidak digunakan.

“Budak-budak ni...kalau dia tengok kawan bawa dia pun bawa juga buku ke sekolah walaupun tak pakai, bukan saja soal kos tapi soal murid pikul beban juga.

“Ada murid disuruh bawa buku kerja tetapi kemudian diletakkan di belakang kelas dan ada juga yang langsung tidak digunakan,” katanya.

Tidak dinafikan ada guru kelas menggunakan buku kerja meski bukan daripada keseluruhan yang dibeli namun pihak berkenaan perlu prihatin kepada murid.

“Kesian anak-anak yang bawa buku kerja semua mata pelajaran setiap hari, haraplah ada pihak yang pantau hal-hal sebegini,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Syaiful Hazreen Hasan Nodin berkata, kira-kira 50 ibu bapa berkumpul melahirkan rasa tidak puas hati berhubung isu pembelian buku kerja yang tidak digunakan.

Katanya, adalah mustahil ibu bapa mengajar murid menggunakan sistem pendidikan terkini yang mengguna pakai sistem Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) sedangkan pihaknya diberitahu, guru juga baru dihantar kursus mengenainya.

Selain harga yang mahal berbanding kedai di luar, keadaan itu meningkatkan kos perbelanjaan ibu bapa.

"PIBG akan menulis surat kepada kementerian untuk menuntut pembelaan bagi ibu bapa yang terbeban.

“Kementerian perlu turun ke sekolah dan lihat apa sebenarnya yang berlaku, saya rasa kementerian tak tahu wujud isu ini di sekolah.

“Saya percaya jika ia tidak dibendung akan bebankan rakyat,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2016 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/selangor-kl/pibg-bantah-beli-buku-tambahan-1.483232
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik je niat sekolah tu.. tp mgkn masa xkena.. mak bapak baru berhabisan duit masa buka skolah tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 12:42 PM | Show all posts
bab pelajaran anak2 berkira sangat...
haishla...
kalu anak tu rajin nak salin xper jugak...
bab salin je 1 jam..5 soalan je pon...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 12:44 PM | Show all posts
melabur MLM sanggup,
tapi utk pendidikan...

isunya buku kerja yg xdiguna..
bincang dgn pibg setel masalah ini dgn meminta guru2 menggunakannya secara optimum..
baru bulan 2 dah komplen,, biasanya buku2 tambahan ni digunakan dekat dgn peperiksaan selepas sukatan pelajaran habis diajar .. masa ni mmg ckg pulun habiskan silibus..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dlm gambo melayu plak tu yg ramai mcm mane la nk maju,beli buku pon berkire.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2016 01:16 PM | Show all posts
masa aku sekolah dulu beli buku tulis kosong tu je..

pastu bila dah masuk kelas, baru mula beli buku2 rujukan yang dipakai sahaja..

xde pulak sekolah paksa memaksa beli buku2 yang lain tu melainkan buku yang memang betul2 pakai masa kelas..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 9-2-2016 12:44 PM
melabur MLM sanggup,
tapi utk pendidikan...


Tq dgn pencerahan yg diberi.saya pun b4 ni dok ingat buku2 tambahan tu takde keperluan utk dibeli.kiranya buku2 tu semua digunakan bila dh hbs silibus la.so ada la kegunaan buku2 tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2016 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 9-2-2016 12:42 PM
bab pelajaran anak2 berkira sangat...
haishla...
kalu anak tu rajin nak salin xper jugak...

Adess..salin 5 soklan pun amik masa satu jam..hbs tu cmne cikgu nak mengajar...huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dewimalam78 at 9-2-2016 01:52 PM

Asben ai keja lecturer pun komplen pelbagai jenis buku kena beli. Bila tgk wife dia temankan anak dia buat homework smpi tgh malam..satu subjek smpi ada 2/3buku termasuk teks book..dia geleng pala.
Kami pun komplen jg psl pelbagai jenis buku kena beli. Bila ujung thn sort balik buku2 sekolah anak2...byk je yg kosong.
Kesian dgn budak2 skrg. Ms diorg abis kat sekolah pagi, sek ptg, tuisyen, buat homeowrk, mengaji etc. Smpikan ai nak anta anak ai kelas robotic, arts or riding pun serba salah bila anak2 komplen.
Kami xnak la anak2 tu jd kutu buku, skema dok hadap buku n kejar result jahh. Kami nak anak2 tu multi talented lahh kononnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 01:34 PM | Show all posts
kalau ade buku teks yg mengandungi elemen bau2 taik babi suruh pangkah umno...memang la ibubapa mengamuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 01:37 PM | Show all posts
dewimalam78 replied at 9-2-2016 01:31 PM
Asben ai lecturer engineering pun komplen pelbagai jenis buku kena beli. Bila tgk wife dia temankan  ...

jangan lupa hantar anak belajar swimming.. bg i skill tu yang paling penting untuk budak2.. boleh pakai sampai dewasa.. boleh elak kemalangan lemas.. kt tempat i ni semua chinese parents yg antar utk class.. parents melayu mcm x sedar kepentingan swimming untuk anak2 drg..

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi kesian pd parents yg kurang kemampuan.
Ai sgt memahami sb kezen ai peniaga jalanan. Sibuk laki bini cari duit, muda lagi..semata2 nak bagi kehidupan yg selesa dan keperluan sekolah anak2 diorg terjaga. Blom lg belanja makan anak2 diorg tgh membesar. Mmg agak terkilan. Blom lg kos nak pi anta tuisyen.
Cuba uols belek buku math thn 5, ai ni kena study dulu bef temankan anak buat homework.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 01:42 PM | Show all posts
mak_wa95 replied at 9-2-2016 12:44 PM
melabur MLM sanggup,
tapi utk pendidikan...

takdak maknanye pulun silibus sampai abes mak wa...anak2 i dulu tak pernah abih pun silibus sebab cikgu2 depa dok pulun pass baton masuk spital branak

ada satu tahun tuh kelas sains anak i tukaq cikgu sampai 3 kali sebab dok pass baton masuk wad bersalin

buku2 kosong tuh still i simpan tau walaupun anak2 i dah besaq panjang
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_inquisitor replied at 9-2-2016 01:37 PM
jangan lupa hantar anak belajar swimming.. bg i skill tu yang paling penting untuk budak2.. boleh  ...

Thanks for advise. Dolu2 ada jg antar lesson swimming. Sthn dua ni stop pulak. Kena sambung balik ni.

Ai n asben bukan berkira sgt psl education anak2. Tp biarla sst yg kita byr tu berguna dan berbaloi mcm buku latihan extra sekolah tu.  
Ikutkan stp anak2 tu kami ada planning sendiri ikut minat memasing. Semua tu pakai duit. Tp sayangnya masa yg ada diabiskan utk keperluan sekolah.

Mcne pulak org2 yg kurg kemampuan? Lg kesian depa2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kenarihitam replied at 9-2-2016 01:22 PM
Adess..salin 5 soklan pun amik masa satu jam..hbs tu cmne cikgu nak mengajar...huhuhuhu

Yes dik kenari... bahagian salin ja mau berjam2..bilanya nak ngajar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2016 01:52 PM | Show all posts
kenarihitam replied at 9-2-2016 01:20 PM
Tq dgn pencerahan yg diberi.saya pun b4 ni dok ingat buku2 tambahan tu takde keperluan utk dibeli. ...

kalau berdasarkan sekolah menengah la..
kami2 yg terlibat dgn pt3 ni..
bln jun/julai mmg habiskan silibus..
pas2 mula la latihtubi, guna la buku2 ni..
kalau xbeli buku tambahan ni, buang masa la utk menyalin soalan
biasanya buku2 ni sebuah bwh drpd rm8..kalau ckg beli dpt murah drpd harga yg tercatat dibelakang buku,
biasanya habis pt3, boleh lagi dibuat latihan2 pbs pulak..

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dewimalam78 replied at 9-2-2016 01:45 PM
Thanks for advise. Dolu2 ada jg antar lesson swimming. Sthn dua ni stop pulak. Kena sambung balik  ...

Dalam dunia skrg ni tambah hidup kat kl pulak.kalu nak kata betul2 xmampu tu susah sgt nak jumpa..sbb bukan apa..bab buku sekolah xde duit.semat fon boleh ada....kalu betul xmampu cikgu blkuar duit n belikan jer kat anak murid...so try cek yg duk kata xmampu ni..anak dorg anak semat fon x?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kat skolah aku..buku tambahan utk tahap 2 saja. itu pun aku suruh budak simpan dlm kelas. kalau perlu utk ulangkaji atau hujung thn nanti baru bagi balik. win win situation. kalau budak bwk balik pun asyik lupa jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
muzik dan pend kesihatan perlu buku kerja sbb dorang xde buku aktiviti utk sek rendah. tp terpulang pada ibubapa kalau x mampu beli x payah beli..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.074989 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list