CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5900|Reply: 30

Mekjena ralat sebab tak dapat perform, sakit tokak katanya

[Copy link]
Post time 10-2-2016 10:18 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Penyanyi Ziana Zain terkilan tidak dapat beraksi pada peringkat final program Seiras Seirama yang berlangsung pada Ahad lalu akibat mengalami sakit tekak dan demam.
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 48, berkata, dia sepatutnya berduet dengan Mas Idayu pada segmen persembahan ikon program berkenaan namun kesihatannya yang terganggu sejak dua minggu lalu membantutkan hasrat tersebut.

"Rasa ralat sangat apabila tengok rakan-rakan lain mengadakan persembahan untuk peminat dan saya hanya dapat tengok sahaja.

"Tetapi hendak buat macam mana keadaan kesihatan tidak mengizinkan dan suara saya pun tersekat-sekat dan serak akibat demam," katanya kepada mStar Online.

Pada program berkenaan peserta yang mirip dengan suara Ziana iaitu Azlina Aziz muncul sebagai juara Seiras Seirama.

Dengan kemenangan itu, peserta dari Negeri Sembilan itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.

Ziana bersama Azlina selepas menjuarai program Seiras Seirama.
Dalam pada itu, Ziana berkata, dia tidak berasa tertekan apabila suaranya hampir hilang akibat demam dan menjelaskan sudah mendapatkan rawatan di hospital.

Jelas Ziana, doktor mengesahkan keadaannya tidak membimbangkan selain ia tidak memudaratkan dan perlu mendapatkan rehat secukupnya untuk segera pulih seperti biasa.

"Asalnya demam sahaja tetapi biasalah ia membawa kepada selesema, batuk dan sakit tekak. Doktor juga beritahu tidak perlu bimbang dan perlu berehat," katanya.

Sementara itu, Ziana berkata, dia bernasib baik kerana sepanjang bulan ini dia tidak mengambil sebarang tawaran nyanyian kerana ingin memberi fokus kepada tugas sebagai juri program Maharaja Lawak Mega 2016.

"Masa minggu pertama MLM lagi ada yang sudah tegur kenapa dengan suara saya dan ketika itu saya memang tengah demam.

"Nasib baik bulan ini tidak ambil tawaran nyanyian dan berharap semua mendoakan kesihatan saya segera sembuh selepas ini," ujarnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 10:37 AM | Show all posts
Kakak!....sampai kakak buat ana macam ni!...Kak Jena..iols tetap minat akak sebab lagu2 kakak mengingatkan saya jadi Mat Kilang di Senai dari 94-2005
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 10:44 AM | Show all posts
aku peminat mekjena ni...
tapi suara dia akhir2 ni mmg sedikit hauk dah...
mungkin demam tu sbnarnya penyelamatnya...
apa cerita kalau klon lagi bagus dr penyanyi sebenar kan...hehe
sorry mekjena... ilebbiuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 10:50 AM | Show all posts
mmg dia ckp pon masa program tuh mcm kesian jek
tapi sore klon dia sebijik n power sungguh.. yg duet dgn aweera tu aku suke banget
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 11:33 AM | Show all posts
familiar sangat excuse tekak sakit tuh... kan @micha
dia dah tak power macam dulu...
nyanyi pun mcm semput, ala2 tak sampai gitu..


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya zz ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2016 11:39 AM | Show all posts
eh dah abis ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 11:41 AM | Show all posts
tp waktu tgk iview mmg teruk sore dia. ..
iolls percaya sheolls sakit tekak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 11:43 AM | Show all posts
kamu sakit tekak ke tak ke, suara tetap tak sedap...itu je yg boleh den cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 11:47 AM | Show all posts
48 dah umur beliau
pentas betul masa berlalu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 11:50 AM | Show all posts
Best ke rncgn ni??i tk pernah tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 11:57 AM | Show all posts
penyanyi melayu, bila dah masuk 40'an memang hauk la suara masing-masing.. contoh macam nek jenna, nek Jee, nek Amy Mastura..

tengok Celine Dion, relax jaa tarik suara
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 01:04 PM | Show all posts
DayangKirana replied at 10-2-2016 11:33 AM
familiar sangat excuse tekak sakit tuh... kan @micha
dia dah tak power macam dulu...
nyanyi pun ...

Itula balasan org yg suke menipu n pemalas nok.... Kan tuhan dh tarik nikmat yg diberi.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 01:07 PM | Show all posts
ziana juara utk kali ke 2 rancangan realiti tv

1. mentor
2. seiras seirama


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rania_maira at 10-2-2016 01:39 PM

Jac pun dh nk msuk ke 40an kan?? Umur sheols dlm 37@38 x silap meols.. Tp ttp jue menten acara tarik menarik sore.. smpi jue ke pitch setinggi langit dgn jayanye..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kak jena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mse program tu mmg truk suara dia..kua skit2 je
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 02:13 PM | Show all posts
rania_maira replied at 10-2-2016 01:36 PM
Jac pun dh nk msuk ke 40an kan?? Umur sheols dlm 37@38 x silap meols.. Tp ttp jue menten acara tarik ...

Actualy ziana pn ms umur2 gitu boleh tarik tggi lg..

Lepas mghmpiri fasa menopause ni jah suara dia mcm kerengga tercekik air mani
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ku peminat mek jena ni..tp lately mmg suara sheols agk kelaut..better lg nana nyanyi lagu sheols
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 02:51 PM | Show all posts
Ziana ni cantik dan kelakar la jugak, so I like her. Lagu2 nada tinggi ni kalau dah tak boleh nak nyanyi lagi pun takpe
Suara ziana pun sedap kalau nada tak tinggi. Nyanyi lah ikut kemampuan, banyak juga legend yg tukar nada bila dah berusia, tak jadi masaalah pun. Barbra Streisand pun nyanyi sekarang tak sama macam masa dia muda dulu. When u have fun on stage penonton juga akan terhibur. All the best ziana and get well soon. (Kalau ada baca forum la )
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.070732 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list