CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4619|Reply: 49

[Tempatan] Tidak salah pakai baju Cina

[Copy link]
Post time 11-2-2016 08:16 AM | Show all posts |Read mode
SIMPATI  saya kepada Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman. Walaupun telah memohon maaf secara terbuka, beliau masih menjadi kontroversi baik dalam kalangan parti juga orang luar parti.

        Semuanya gara-gara tersilap pakai baju. Seperti yang dilaporkan media Adun Paya Jaras itu menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Monyet anjuran masyarakat Tionghoa di Wangsa Permai, Kepong.

        YB berkenaan telah memakai baju Cina yang dipercayai menyerupai Dewa Cao Guo Jiu. Beliau tidak tahu apa yang dipakai itu ada kaitan dengan dewa berkenaan, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan sesetengah orang Islam.

        Dengan ikhlas wakil rakyat berkenaan telah memohon maaf kepada seluruh umat Islam, juga kepada pucuk pimpinan parti, dan sedia menerima apa sahaja tindakan parti.

        Beliau dicemuh. Ada yang menuduh beliau menggayakan pakaian Cina hanya untuk memenangi hati pengundi bukan Melayu dalam PRU akan datang. Kenapa pakai baju Cina ketika menyambut Gong Xi Fa Cai? Ada yang sinis: Pakai baju Tokong Cina pun jangan harap dapat undi Cina!

        Kalau betul apa yang dipakai itu mirip dewa sembahyang Cina, para ulama lebih arif untuk menilai dan mentakrifkan hukum. Tetapi kalau yang dipakai itu baju Cina biasa mengikut adat, saya fikir tidak ada salahnya.

        Sama ada beliau memakai baju Cina itu untuk memikat hati pengundi Cina atau saja suka-suka sempena kedatangan Tahun Monyet, hanya beliau yang lebih tahu. Sepatah kata orang sekarang ‘sendiri mahu ingatlah!’

Cuma beliau orang politik, kalau ada kesilapan tentu sahaja orang politik lain menjadikan itu sebagai isu. Malah mungkin ada orang bukan politik pun ingin tumpang sekaki sengaja hendak menghangatkan isu.

        Almaklumlah dalam masyarakat kita apabila tercetus isu ada sahaja nasi tambah @ kaki sibuk. Kerap pula nasi tambah terlebih acah, sehingga isu yang kecil diapi-apikan menjadi besar. Telah banyak terbukti benda-benda kecil boleh menyebabkan kita berpecah.

        Berbalik kepada baju Cina, pada saya masyarakat bukan Cina – termasuk Melayu @ Islam – boleh sahaja memakainya. Malah, bukan sahaja pakaian Cina, kita juga boleh memakai pakaian India, Banggali, Portugis, Pakistan, Arab, Dayak dan lain-lain pakaian kaum.


        Bagi orang Melayu mereka boleh berpakaian dan berfesyen ikut mana-mana kaum dan budaya, selagi apa yang dipakai dan ditiru itu tidak bercanggah dengan hukum syariah. Contoh, wanita Melayu tidak sesuai memakai ceongsam, sebab pakaian tradisi Cina itu mendedahkan aurat.

        Maka, janganlah dijadikan isu Melayu pakai baju Cina, atau India pakai baju kebaya, atau Cina memakai sari India yang nampak pusat itu. Hatta jangan kisah juga sekiranya Shah Rukh Khan memakai baju Melayu lengkap samping, tanjak, capal dan keris.

        Lagi pun selama ini kita lebih banyak memakai baju orang putih. Seluar panjang, kemeja, tali leher dan jaket, kasut kulit, topi, tali pinggang, semua itu adalah pakaian mat salih.

        Kalau boleh berpakaian cara mat salih, apa salahnya pakai baju Cina? Tetapi biasalah, kita mengamalkan double standard dalam banyak hal. Kalau makan menggunakan sepit @ chopstik dikatakan kafir, tetapi jika makan bersudu dan bergarpu tidak pula dianggap kafir pada hal sudu dan garpu bukan cara Melayu!

        Secara peribadi sebagai orang Melayu totok, saya suka sekali sekiranya kita semua menggayakan pakaian tradisional Melayu setiap hari, di mana sahaja. Wanita berbaju kurung, lelaki baju Melayu lengkap.

        Tetapi kita sendiri tidak membanggakan dan memuliakan pakaian tradisional Melayu. Kita berbaju Melayu hanya pada majlis-majlis tertentu. Sesetengah jabatan menggalakkan kakitangan berbaju Melayu setiap Jumaat.

        Tetapi baju Melayu dipakai tidak lengkap. Ada yang berbaju Melayu digayakan dengan seluar biasa; baju merah, seluar hitam. Ada yang berbaju Melayu tanpa samping, tanpa songkok. Malah, ada yang baju Melayu pakai topi.

        Pada saya kalau hendak dijadikan isu bukan orang Melayu pakai baju Cina atau baju India. Isu yang lebih besar dan patut diambil perhatian ialah orang Islam, termasuk gadis dan wanita, menggayakan fesyen yang terbuka atas bawah, depan belakang.

        Orang kita mendedahkan betis, paha, lengan, ketiak dan dada sama seperti mempamerkan buah betik dan mangga siam di pasar lambak atau pasar malam. Itulah isunya!

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/abdul-jalil-ali/tidak-salah-pakai-baju-cina-1.483850
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2016 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak salah pun nak pakai baju cina ke, baju india ke, baju portugis ke.. Tapi bukan la sampai pakai baju menyerupai dewa ke, sami ke, jesus ke.. Cash la untuk pemimpin PAS itu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 08:28 AM | Show all posts
inilah org melayu...

benda cam ni yg jadi isu..

hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 08:30 AM | Show all posts
mana bajunya???
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 08:46 AM | Show all posts
rupa mana baju nya
pelik sgt ke baju nya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam ada kan gambarnya?
Lengkap siap janggut pelesu gitew
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2016 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni la org melayu, benda macam ni pun nak sentap.. Otak letak kat lutut..

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 08:55 AM | Show all posts

aku besa je pakai baju Cheongsum time raya cina
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2016 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Takat pakai baju tu ok
Tp dia pakai costume dewa tu yg isunya.
Pakaila costume shaolin kungfu ke apa ke, siapa pun x berbunyi
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau boleh berpakaian cara mat salih, apa salahnya pakai baju Cina? Tetapi biasalah, kita mengamalkan double standard dalam banyak hal. Kalau makan menggunakan sepit @ chopstik dikatakan kafir, tetapi jika makan bersudu dan bergarpu tidak pula dianggap kafir pada hal sudu dan garpu bukan cara Melayu!

X pernah pula dengar mkn guna dikafirkan.
Pandangan peribadi penulis agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 09:44 AM | Show all posts
theotherfriend replied at 11-2-2016 11:39 AM
Kalau boleh berpakaian cara mat salih, apa salahnya pakai baju Cina? Tetapi biasalah, kita mengamalk ...



OMG.. sape punye keje ni ckp cenggitu? aku slalu guna chopstik bila makan mee..

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
At least dia menutup aurat, dan niat di hati bukan nak menyembah dewa ke ape just sekadar menyambut cny je bkongsi rasa bsama masyarakat cina,iols rs xsalah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Lina66 replied at 11-2-2016 09:44 AM
OMG.. sape punye keje ni ckp cenggitu? aku slalu guna chopstik bila makan mee..

Encik Jalil Ali penulis artikel tu.
Mungkin 29 thn dulu ada org kata gitu..
Now i x pernah dgr pun.
I even hv chopsticks at home. Doesnt make me less muslim
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupon aku xsetuju dgan pas, tpi dlm hal ni takde salah pon nak pakai baju cina. Babi rasis mana yg dok mencemuh pelbagai tu? Sikit2 paranoid dgan cina. Dasar meleis caprut pprt, baik balik yendon je la kalau nak duduk dgan puak2 meleis. Bongok betul
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 11:04 AM | Show all posts

ni bajunya...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 11:09 AM | Show all posts
isu melayu semenanjung. patutlah saleh keruak bilang 2020 gagal itu wawasan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2016 11:10 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 11-2-2016 09:56 AM
Walaupon aku xsetuju dgan pas, tpi dlm hal ni takde salah pon nak pakai baju cina. Babi rasis mana y ...

tp kan..dalam hal ini pacik tersebut mmg agak sedikit over dalam berpakaian..less is more okeh
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 11:10 AM | Show all posts
theotherfriend replied at 11-2-2016 09:49 AM
Encik Jalil Ali penulis artikel tu.
Mungkin 29 thn dulu ada org kata gitu..
Now i x pernah dgr p ...

u less melayu sebab guna chopstick
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 11:13 AM | Show all posts
Lina66 replied at 11-2-2016 09:44 AM
OMG.. sape punye keje ni ckp cenggitu? aku slalu guna chopstik bila makan mee..

spesis perasan lebih islam dr org lain gitu la.... sunnah nabi taknak ikut katanya...... agak2 la nak bodoh pun mkn mee sup nak ngan tgn...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 11:13 AM | Show all posts
Themilo replied at 11-2-2016 08:23 AM
Tak salah pun nak pakai baju cina ke, baju india ke, baju portugis ke.. Tapi bukan la sampai pakai b ...

cash? dewa pas sudah 'bersihkan' ini yb lah. tiada dosa. cuma missunderstanding. cash returned
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.085309 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list