CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5791|Reply: 57

[Tempatan] Restoran nasi kandar Line Clear akhirnya dikosongkan

[Copy link]
Post time 12-2-2016 06:08 AM | Show all posts |Read mode
PULAU PINANG 10 Feb. – Restoran nasi kandar popular, Line Clear yang beroperasi di Jalan Penang di sini, mula dikosongkan pagi ini oleh pemilik semasanya, Abdul Hamid Seeni Parkir.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, restoran itu yang sebelum ini sentiasa meriah dengan keha­diran pelanggan tanpa mengira ma­sa, sebaliknya menjadi sunyi sepi pagi ini.

Malah rak-rak makanan dan mi­numan di premis berkenaan yang sudah beroperasi sejak 1960-an juga kosong manakala pelbagai peralatan memasak juga dibersihkan pemilik semasa.

Pengosongan restoran nasi kan­dar popular oleh Abdul Hamid itu susulan keputusan mahkamah pa­da 21 Januari lalu yang mengarahkan beliau supaya mematuhi sis­tem penggiliran menguruskan restoran berkenaan bersama tiga lagi pemilik lain.

Mereka ialah Abdul Latiff Ali Thulkarnai; Sahubarali China Mohd. Hanibah dan Pathumah Iskandar.

Sementara itu, Abdul Latiff, 55, ketika ditemui di restoran ber­kenaan melahirkan rasa lega kerana isu perebutan pengendalian restoran berkenaan yang bermula sejak 2010 akhirnya dapat diselesaikan.

Sambil menegaskan tidak mahu lagi mengenangkan episod pe­re­butan itu, Abdul Latiff yang diberi giliran sebagai pengurus restoran tersebut yang baharu berkata, tumpuan utamanya ketika ini adalah untuk meneruskan operasi restoran berkenaan seperti biasa.

“Apa yang lebih penting sekarang ialah untuk kami memberi tum­puan sepenuhnya terhadap restoran wa­ris­an turun-temurun ini.

“Kami tidak akan berkompromi dengan kualiti asal masakan lauk-pauk yang disediakan sejak gene­rasi pertama termasuk menitik-beratkan soal kebersihan premis serta persekitaran,” katanya.

Menurut Abdul Latiff, restoran berkenaan akan beroperasi semula di lokasi sama selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Ditanya mengenai tarikan baha­ru yang mungkin diperkenalkan, be­liau menjelaskan, beberapa me­nu asal yang menjadi tarikan pelanggan restoran berkenaan suatu ketika dahulu akan diperkenalkan semula.

Dalam masa sama, katanya, rempah giling asli buatan sendiri yang selama ini menjadi resipi istimewa nasi kandar Line Clear juga akan tetap dipertahankannya.

“Begitupun, nama Line Clear akan dikekalkan kerana merupakan nama asal restoran ini sejak dari dahulu lagi.

“Cuma mungkin ada sedikit perubahan pada papan tanda restoran ini nanti untuk menjadikannya le­bih menarik,” ujarnya.

Restoran berkenaan sebelum ini pernah berhadapan tindakan kemungkinan ditutup operasinya oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ekoran masalah perebutan penggiliran dalam kalangan pemiliknya.

Malah dalam menyelesaikan masalah perebutan itu, MBPP membuat keputusan supaya keempat-empat pemilik berkenaan bergilir setiap tahun menguruskan opera­sinya namun Abdul Hamid mencabar keputusan itu di mahkamah pada 2014.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 07:34 AM | Show all posts
Gaduh adik beradik ke ni

yg lain tu buka je branch memasing

cth yg kat kg baru tu berdedai umat skang

janji dah ade brand..rezki ade di mana2

yg ptg rajin berusaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 08:55 AM | Show all posts
tamak haloba punya mamak hamid...nak sgt cabar kan...padan muka...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 08:59 AM | Show all posts
4 bersaudara Rela berebut tempat yg sama dari buka branch masing masing....TOMAK or DANGKAL?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:01 AM | Show all posts
tagas replied at 12-2-2016 07:34 AM
Gaduh adik beradik ke ni

yg lain tu buka je branch memasing

mcm kayu nasi kandar tu bisnes anak beranak split jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:10 AM | Show all posts
dah try dah line clear kat kg baru. tapi aku suka pelita lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2016 09:14 AM | Show all posts
antidote replied at 12-2-2016 08:10 AM
dah try dah line clear kat kg baru. tapi aku suka pelita lagi.

baru aritu try pelita cyberjaya.. not bad.. menepati selera. xyah gi penang jejauh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:20 AM | Show all posts
ninjago replied at 12-2-2016 09:14 AM
baru aritu try pelita cyberjaya.. not bad.. menepati selera. xyah gi penang jejauh..

samalah. pelita menepati selera. jom lepak pelita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang tamak selalu rugi
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Last december g penang p mkn nasi kndar kt hameediyah je...lalu kt line clear tu x selera nk mkn ctu..at least hameediyah tu kedai nya cantik proper lah jugak

Tp bab rasa tu rasanya pelita lg sedap dr hameediyah
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:37 AM | Show all posts
antidote replied at 12-2-2016 09:20 AM
samalah. pelita menepati selera. jom lepak pelita

pelita tu bukan restoran Kel?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:42 AM | Show all posts
tupaiterbang replied at 12-2-2016 09:37 AM
pelita tu bukan restoran Kel?

sorang je Kel kan tupai? lagi enam org tu muslim rasanya. tak tau la. tapi nasi kandaq dia sedap tupai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:45 AM | Show all posts
antidote replied at 12-2-2016 09:42 AM
sorang je Kel kan tupai? lagi enam org tu muslim rasanya. tak tau la. tapi nasi kandaq dia sedap t ...

tulah pasal pernah try kt pelita ss2 pj..
mungkin penangan kari seribu tahun (periuk tak pernah basuh)
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:46 AM | Show all posts
tupaiterbang replied at 12-2-2016 09:45 AM
tulah pasal pernah try kt pelita ss2 pj..
mungkin penangan kari seribu tahun (periuk tak pernah b ...

yeahhh.. penangan periuk ajaib
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:48 AM | Show all posts
tagas replied at 12-2-2016 07:34 AM
Gaduh adik beradik ke ni

yg lain tu buka je branch memasing

yg dekat kg baru tu mmg mandi duit la dlm tempoh lepas 5,6 bulan lepas ni. saingan besar kari kepala ikan kg pandan ngan kpg attap. di kl ni kalo ranting kayu dilumur kuah kari pun boleh laku.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:52 AM | Show all posts
antidote replied at 12-2-2016 09:10 AM
dah try dah line clear kat kg baru. tapi aku suka pelita lagi.

apa yg dimakan jadi darah daging, wallahualam.


The Star 24/09/2012 pg 22, melaporkan bahawa pemilik Pelita Nasi Kandar, Datuk D.Ramesh performing temple ground breaking for construction. Therefore pemilik Pelita Nasi Kandar is a Hindu..... proceeds from jualan nasi kandar Pelita is for construction of hindu temple.   

Since now dah jelas.Fikir2 lah kalau nak makan di PELITA tu  




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 09:59 AM | Show all posts
aku boikot dah pelita.....

megi goreng ayam.... ayam sebesar ibujari 2 ketul...  RM7.... giler...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 10:04 AM | Show all posts
sbgai org penang,tekak aku x rasa sedap pun nasik kandaq line clear..x paham pasai pa ramai suak pe situ..nasik kandaq yg sedap kt bwh flat kg melayu ngan dean kt jelutong..sekian
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 10:05 AM | Show all posts
kucen_miang replied at 12-2-2016 09:52 AM
apa yg dimakan jadi darah daging, wallahualam.

Ada satu lagi cerita pasal Pelita ni.. up to uols la, nak caya ke tidak sebab mcm dongeng skit bunyinya.. hiks:

One time ni, Ustaz ni diajak rakannya makan ke restoren Pelita kat Ampang Point.. so Ustaz tu pegi la.. bila dah depan restoren tu, Ustaz tu tercengang tak masuk dalam, lalu rakan dia tanya 'nape, Ustaz?'

Uztaz tu jawab 'Elok ko jangan makan sini lagi la.. aku nampak satu makhluk, mcm gargoyle.. bertenggek atas signboard Pelita tu, hayun2 kan tangan suruh org masuk makan................

As ai said, terpulang la uols nak percaya ke tak.. tak wondering ke nape restoren tu ramai sgt.. banyak lagi makan sedap kat tempat lain. Ai sejak habis belajar, tak gi lagi dah mamak2 ni.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 10:16 AM | Show all posts
kucen_miang replied at 12-2-2016 09:52 AM
apa yg dimakan jadi darah daging, wallahualam.

alo adik manis...itu cerita lama la. dah dijelaskan oleh rakan kongsi ustaz samsuri.
baca ni :- http://www.mymasjid.net.my/forum ... ar---ustaz-samsuri/

if that is the case, most of the goods out there pon u tak boleh ambil. pasal apa? u tau ka sapa pemiliknya? u ambil gula hari2 tu sapa pemiliknya? robert kuok...apa dia pon tak menyumbang pada tokong jgk ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.067454 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list