CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13740|Reply: 96

[Tempatan] 'Macam orang Melayu', Cantik, kulit putih gebu, sopan, pandai buat kerja rumah

[Copy link]
Post time 12-2-2016 08:55 AM | Show all posts |Read mode
'Macam orang Melayu'

http://www.hmetro.com.my/node/114293

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2016 @ 7:41 AM


IDA Adiba bersama keluarganya menatap  gambar kenangan bersama bekas pembantu rumah mereka dari Kemboja.

Kuala Lumpur: Cantik, berkulit putih gebu, sopan, pandai buat kerja rumah, selain faktor latar belakang agama dan budaya mirip orang Melayu menjadikan permintaan terhadap amah Kemboja ibarat pisang goreng panas dalam kalangan majikan di negara ini.

Permintaan tinggi terhadap amah Kemboja diakui  sukarelawan yang kerap berulang-alik ke negara itu untuk menjalankan kerja kebajikan selain pernah menjadi ‘ejen’ pembantu rumah tidak rasmi. Hanya mahu dikenali sebagai Wan Sabri, dia pernah terjebak secara tidak sengaja membantu beberapa kenalan rapat mendapatkan khidmat pembantu rumah Kemboja sekitar 2012, hingga menjadi buah mulut dan tersebar ke seluruh negara.

Berikutan itu, katanya, sejak Januari tahun lalu hingga kini dia dihujani pelbagai permintaan dan rayuan daripada rakyat tempatan yang meminta dia membantu mendapatkan khidmat pembantu rumah Kemboja.

“Walaupun saya tidak uruskan kemasukan warga Kemboja untuk  bekerja, telefon bimbit saya tidak henti-henti dihubungi orang ramai yang meminta bantuan mencarikan orang Kemboja sebagai pembantu rumah. Saya terima hampir 100 panggilan daripada rakyat tempatan dalam tempoh itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 08:57 AM | Show all posts
kat kemboja ada orang Melayu Champa sana....ramai je orang melayu di malaysia keturunan melayu sana sejak zaman majapahit
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Trisna baca sambil ketap bibir sampai berdarah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2016 09:01 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 12-2-2016 12:58 AM
Trisna baca sambil ketap bibir sampai berdarah

hahahahahaha.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:05 AM | Show all posts
okay...itu je beritanya?? so nak suruh org stop tepon dia mtk tlg ke atau nak promote servis?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:05 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 12-2-2016 08:58 AM
Trisna baca sambil ketap bibir sampai berdarah

..kelako la ko ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2016 09:05 AM | Show all posts
orang kemboja kat tempat hakak kebanyakan tokey kedai baju..rumah bungalow..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:06 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 12-2-2016 08:58 AM
Trisna baca sambil ketap bibir sampai berdarah

dia ingat indon je pandai masak...kemboja ni siap pakage,pandai rajin memasak,lawa..indon trisna berkerak..tahu mencaras..tapi bodo, ingat kaya rupanya semekin je..


kemboja memang berkulit cerah,nk mcm cina..n mereka rajin  berniaga.
kan ada pasar kemboja..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 09:07 AM | Show all posts
KEBIASAANNYA gadis Siam atau China doll sering kali menjadi kegilaan lelaki dari Malaysia.

Namun, keayuan gadis Champa tidak kurang tandingnya. Memiliki wajah ayu dan sentiasa menjaga aurat, gadis-gadis ini sering tersipu setiap kali menerima kehadiran orang luar terutamanya dari Malaysia.

Tetapi, bukan mudah untuk memiliki anak dara Champa kerana mereka juga mempunyai pantang larang sama seperti gadis di Malaysia.

Sungguhpun kegiatan sindiket nikah kahwin tidak seaktif seperti di Thailand atau di Lombok, gadis-gadis ini biasanya tidak sanggup untuk meninggalkan keluarga di Kemboja.

Tinjauan Sinar Harian di Kampung Ampil, daerah Champa mendapati, kira-kira 10 gadis dilamar lelaki dari Malaysia dalam tempoh setahun dan kurang lima gadis memilih lelaki Champa sebagai calon suami.

Mas kahwin

Kebiasaannya, majlis perkahwinan di daerah Champa menelan belanja sekitar AS$1,200 (RM3,900) iaitu mas kahwin AS$1,000 (RM3,300) diikuti majlis kenduri kira-kira AS$200 (RM650).

Bagi menjimatkan kos, mereka biasanya melakukan majlis perkahwinan ketika musim Aidiladha kerana mempunyai banyak bekalan daging.

Adat perkahwinan Champa, tidak mengamalkan budaya memberi atau menerima hantaran atau berkompang.

Ketika era 50-an, mas kahwinnya hanyalah sekadar sehelai baju atau tudung.

Namun, syarat nikah kahwin yang lain masih sama seperti adat Melayu iaitu memerlukan kadi, saksi dan lain-lain.

'Parti bujang'

Seminggu sebelum hari bernikah, bakal pengantin perempuan biasanya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya tiga hari bersama sahabat dan rakan-rakan. Mereka akan memakai inai dan bergurau bagi meraikan hari-hari terakhir sebelum bergelar isteri.

Pengalaman itu di lalui Nor Atikah Abdullah, 20, yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan keluarga, Musa Kasam, 25.

Menurutnya, dia hanya melihat bakal suaminya dari jauh tanpa pernah berinteraksi.

“Bakal suami adalah pilihan keluarga. Kami tidak pernah ‘dating’. Selepas setahun keluarga setuju untuk menikahkan kami,” katanya.

Bagi bakal pengantin lelaki pula, mereka juga mempunyai parti bujang.

Menurut jurubahasa tempatan, Rahili Abdul Karim, permainan sihir adalah perkara biasa di kalangan penduduk Champa.

“Pernah terjadi di mana pengantin lelaki gugup dan langsung tidak boleh bercakap ketika akad nikah. Ketika itu, penghulu meminta rakan-rakan pengantin membuang sihir,” katanya.

Menurutnya, perkara itu pernah terjadi di kampung ini namun sejak kesedaran Islam meningkat ia sudah tidak berlaku lagi.

Sukar didekati

Gadis Champa sememangnya murah dengan senyuman tetapi mereka sukar didekati apatah lagi untuk menerima lamaran dari lelaki dari Malaysia.

Marina Halim, 18, yang fasih berbahasa Melayu berkata, sungguh pun kini dia bekerja sebagai pembantu restoran di Kuantan, Pahang tetapi dia tidak berhasrat untuk berkahwin dengan orang luar.

“Saya ke Malaysia untuk cari rezeki dan saya tidak mahu berkahwin dengan mereka kerana tidak mahu meninggalkan ibu,” katanya.

Menurutnya, berbekalkan gaji RM1,200 sebulan, RM700 akan diberi kepada keluarganya.

“Cukup dua tahun di Malaysia dan lepas tu saya mahu pulang ke kampung,” katanya.

Vanita Said, 14, pula menyuarakan pandangan sama untuk tidak memilih suami dari Malaysia.

“Saya tidak mahu tinggalkan keluarga kerana Malaysia bukan tempat saya. Saya hanya mahu bekerja di Malaysia dan bukannya untuk berkahwin,” katanya.

Ramai janda di kampung Champa

Bagaimanapun sepanjang berada Kampung Ampil, penulis dapati  ramai wanitanya bergelar ibu tunggal seawal usia 19 tahun.

Ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah memberitahu, dia berkahwin pada pada usia 19 tahun.

“Saya diceraikan talak tiga ketika berusia 25 tahun hanya kerana saya miskin. Ibu mertua tidak suka lalu suami ceraikan,” katanya.

Difahamkan juga, ramai kalangan ibu tunggal ini tidak mempunyai pengetahuan untuk hidup berdikari.

Mereka sentiasa menjadi wanita kelas kedua dan masih berfikiran sempit.

NGO Malaysia bantu

Atas kesedaran itu, kumpulan NGO Al-Itisam Relief Program (ARP), Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berusaha memperkukuhkan ekonomi mereka menerusi program Misi Prihatin Kemboja Korban dan Akikah edisi ke-8.

Pengarah Eksekutif ARP, Mohd Shah Sapiel berkata, program pembangunan ekonomi dilakukan secara berperingkat.

“Kami memperkenalkan cara menjahit manik. Mereka berbakat, cuma tidak mempunyai modal untuk mendapatkan keperluan asas menjahit," katanya.

Menurutnya, ARP kini bercadang mewujudkan bengkel jahitan bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir.

“Selepas 20 hari, kami akan ambil hasil kerja tangan dan akan dipasarkan ke Malaysia melalui saluran sukarelawan. Keuntungan jualan itu dipulangkan semula kepada mereka,” katanya.

Ironinya, jika kena dengan cara, cukup ilmu agama tidak mustahil gadis-gadis Champa ini boleh dimiliki oleh lelaki dari Malaysia.

Mereka benar-benar menepati cita rasa lelaki yang berkehendakkan wanita yang taat pada perintah agama dan insan bergelar suami.


http://melayucham.blogspot.my/
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
azie5zoe replied at 12-2-2016 09:05 AM
orang kemboja kat tempat hakak kebanyakan tokey kedai baju..rumah bungalow..

Ahkak kat area sg. Tiram kota tinggi ke area paya jaras sg. Buloh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2016 09:09 AM | Show all posts
azie5zoe replied at 12-2-2016 01:05 AM
orang kemboja kat tempat hakak kebanyakan tokey kedai baju..rumah bungalow..

Orang kemboja kat rumah parents iol lak tokey kedai emas.....rumah banglo bagai la....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:12 AM | Show all posts
hakak area banting...kebanyakan kemboja kat sini rumah dah macam penduduk sini...kedai kain kat sini banyak depa punya..kalau yg rumah ala2 pulak..anak2 mereka pulak perangai kalah komunis...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:25 AM | Show all posts
kemboja memang cantik2. tengok nora danish and adik beradik sudah la, ada darah kemboja.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih baik pilih Kemboja dari indon
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:30 AM | Show all posts
gebu itu penting. hahaha. nk bgau mak iols
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:37 AM | Show all posts
mee champa sedap....adoi lapar plak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 09:38 AM | Show all posts
Ye ke cantik2? Entah2 berkerak je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Better Filipphine. Lg suka non Muslim sb takde lah budaya mcm Muslim mengharap nk jadi isteri kedua
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:49 AM | Show all posts
dah ramai lelaki malaysia kawin dgn perempuan kemboja..kt area parit buntaq saja dah ramai berketurunan kembojamesia sbb itulah port mereka berniaga..yg bujang terlajak x dak rupa pun depa terima..asal bekerjalah lelaki ituh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 12-2-2016 01:06 AM
dia ingat indon je pandai masak...kemboja ni siap pakage,pandai rajin memasak,lawa..indon trisna b ...

Time ninpun x bangun lagi.rajin sangat si trisna
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.426326 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list