View: 1640|Reply: 2
|
[Jenayah]
Satu Coral Blue Satu Merah Naga Satu Hitam Kain Jala
[Copy link]
|
|
17 GRO warga asing ditahan
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
12 Februari 2016
[url=]
[/url] [url=][/url]
0
Wanita warga asing ditahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Burmah malam semalam.
GEORGETOWN - Seramai 17 wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) yang sedang leka melayan pelanggan dicekup anggota Jabatan Imigresen dalam operasi malam semalam.
Penolong Pengarahnya, Abdul Rahman Hassan berkata, 10 warga China dan tujuh Vietnam berusia 20 hingga 40 tahun ditahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Burma, di sini.
Beliau berkata, 27 pegawai dan anggota bertindak pada jam 10.30 malam selepas menerima maklumat dan membuat risikan sejak seminggu lalu .
"Siasatan awal mendapati, pemilik pusat hiburan itu menggaji wanita warga asing itu sebagai GRO. Ketika serbuan, mereka cuba melarikan diri melalui laluan khas namun gagal selepas mengepungnya," katanya kepada media hari ini.
Menurutnya, mereka masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan dan bekerja di situ tanpa permit kerja.
"Kita juga merekodkan keterangan daripada lapan lelaki tempatan yang berada di premis berkenaan ketika serbuan untuk membantu siasatan tetapi kemudian dilepaskan," katanya.
Kes disiasat mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen (Langgar Syarat) 1963.
Mereka kini ditahan di Pejabat Imigresen Seberang Jaya bagi proses dokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru untuk tindakan lanjut.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/17-gro-warga-asing-ditahan-1.484541
|
|
|
|
|
|
|
|
ler, ingat kan citer pasal naga berapi biru |
|
|
|
|
|
|
|
coral blue tu..
minat colur ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|