CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2807|Reply: 6

[Tempatan] {8}Amoi seksi termenung di atap rumah takut ditikam!

[Copy link]
Post time 12-2-2016 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 12-2-2016 05:26 PM

Wanita termenung atas atap diselamat

February 12, 2016, Friday

BINTULU: Seorang wanita berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu pagi semalam selepas dikhuatiri cuba membunuh diri.

Terdahulu, wanita warganegara Vietnam dikenali sebagai Tran Thi Kim, 26, terbabit dilihat duduk di atas atap pelindung sebuah premis di Bintulu Sentral, Jalan Kidurong di sini.

Berikutan bimbang dengan keselamatan wanita itu, orang awam menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu.

Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 8.37 pagi bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera Scania Fire Rescue Tender (FRT) diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Hashim Norshidi dan tiga anggota lain.

Setibanya di lokasi, anggota bomba memujuk wanita berkenaan supaya tidak bertindak di luar kawalan.

Selepas berjaya dipujuk wanita terbabit akur dan turun dari atap itu melalui jentera yang dirapatkan ke bahagian tepi atap dengan bantuan beberapa anggota bomba.

Wanita itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zailanni Amit berkata, soal siasat polis mendapati wanita terbabit bukan berniat membunuh diri, sebaliknya takut dengan kawannya juga dari Vietnam yang didakwa hendak membunuhnya.

Menurut beliau, wanita tersebut dikatakan pernah bergaduh dengan rakan lelakinya itu.

Beliau berkata, wanita itu datang bekerja di Bintulu pada Mac atau April tahun lalu pernah lari ke Miri.

“Kemudian wanita itu datang semula ke Bintulu untuk bekerja di tempat yang sama. Setakat ini, wanita itu ditahan di lokap Balai Polis Pusat Bintulu dan dipercayai masih dalam keadaan mental tidak stabil kerana bercakap sendirian,” katanya.

Menurutnya lagi, majikan wanita itu menjelaskan bahawa wanita itu pernah bekerja dengan mereka pada April tahun lalu, lari dari tempat kerja pada Ogos tetapi tidak pasti destinasi ditujuinya.

“Pada Oktober lalu wanita itu balik ke Bintulu dan bekerja semula di tempat yang sama,” jelasnya.

Katanya, wanita itu turut memberitahu gaji semasa bekerja di sini ialah RM2,000 sebulan yang dibayar setiap bulan oleh majikannya. - Sarawak news

p/s  Apara dorang nih...dah puas tikam apam, nak tikam nasik lemak pulak...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2016 05:21 PM | Show all posts


TARIK PERHATIAN: Anggota bomba Bintulu berjaya memujuk wanita terbabit turun dari atas atap pelindung sebelum diserahkan kepada polis.


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 05:26 PM | Show all posts
amboiiii abam bomba yg kat tangga tu
tangan jangan nak gawang2 sangat
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 05:29 PM | Show all posts
tangan dah gaya nak cekup tuh..aummmm
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 05:46 PM | Show all posts
ye pun ko nak selamatkan diri ke atas bumbung , pakaian tu biar senonoh...ini menyeksa dan menyukarkan bantuan disalurkan !
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah anak bomba
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2016 07:04 PM | Show all posts
biar la dah dia nk mampos..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.267654 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list