View: 1393|Reply: 10
|
[Dunia]
Di China, nenek selamba biarkan cucu kencing dalam gerabak keretapi
[Copy link]
|
|
SHANGHAI - CHINA. Seorang wanita dilaporkan bukan sahaja sengaja membiarkan kanak-kanak yang dibawa bersamanya membuang air dalam keretapi bawah tanah di bandar itu.
Malahan wanita itu yang dipercayai nenek kepada kanak-kanak itu turut memberi dorongan untuk kepada kanak-kanak tersebut untuk melakukan perbuatan tersebut.
Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, tindakan wanita itu yang mendorong kanak-kanak terbabit membuang air kecil dalam gerabak keretapi mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati pengguna pengangkutan awam itu.
Kelakuan wanita dan kanak-kanak itu sempat dirakam oleh pengguna awam lain dan ia dimuatnaik ke dalam aplikasi sosial terkenal di China, Weibo.
Rata-ratanya mengkritik tindakan wanita itu dan menyifatkan ia sebagai suatu bentuk gangguan terhadap orang awam yang turut menggunakan kemudahan tersebut.
“Saya rasa pada masa hadapan, individu yang terlibat atau bertanggungjawab terhadap insiden seperti ini perlu dilarang menggunakan kenderaan atau pengangkutan awam selama setahun,” kata seorang pengguna Weibo.
Seorang lagi pengguna aplikasi yang sama berpendapat, wanita dan kanak-kanak itu merupakan rakyat migrasi dan tidak tahu peraturan pengangkutan awam.
“Ini tahap di mana kita perlu fikir bahawa generasi akan datang akan berkelakuan lebih teruk daripada ini (merujuk insiden berkenaan). Kita perlu beri tunjuk ajar dan pengaran terhadap individu seperti ini,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat migrasi? Dtg dr mana kalau bukan asalnya dr mainland...yg cucu berak depan kedai burberry kt london tu pun set2 mereka juga... |
|
|
|
|
|
|
|
bila la PRC ni nak bertamadun..pemikiran dorang ni memang tak berkembang ke atau tak belajar |
|
|
|
|
|
|
|
jewjik sungguh ummah cainis mutant nim..
tak kesahlah budak or tua nak mampos tapi kalo merecik kena ahkak,
be prepare dgn tendangan shadowless kasut tumit tinggi prada ahkak |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat aku kt bangkok dulu. Masa Dekat hotel selamba badak je jantan india mainland meludah atas lantai marble hotel tu..masa tu kitaorg baru keluar sama dari lif. Masuk kt restaurant utk breakfast, dengar indian2 lain dok 'good morning boss' kat dia. |
|
|
|
|
|
|
|
berita biasa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dah biasa sesangat |
|
|
|
|
|
|
|
jamban paling best utk PRC dirantau ini adalah Singapork, berak merata-rata, bersih sangat katanya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|