CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10234|Reply: 142

[Tempatan] FMM tidak mohon 1.5 juta pekerja Bangla, pelan A kerajaan BN sudah kantoi !

[Copy link]
Post time 14-2-2016 07:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 14-2-2016 08:54 AM

SHAH ALAM 13 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia bukan untuk menutup peluang pekerjaan rakyat di negara ini sebaliknya untuk memenuhi kekosongan di sektor pekerjaan yang tidak diminati oleh rakyat tempatan.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) berkata, syarikat terutamanya di sektor perladangan, pembinaan dan sektor yang kotor, bahaya serta sukar membuat aduan menyatakan kilang-kilang mereka tidak dapat beroperasi sehingga ada yang terpaksa gulung tikar kerana kekurangan pekerja.

Menurutnya, rakyat Malaysia tidak mahu bekerja dalam sektor berkenaan dan jika ada pun tidak akan bertahan lama sehingga menyebabkan syarikat terbabit kekurangan pekerja dan perniagaan mereka merosot.

‘‘Di dalam sektor tertentu, rak­yat Malaysia tidak mahu bekerja...berapa ramai rakyat Malaysia yang mahu bekerja dalam sektor perladangan, berapa ramai yang mahu berpanas dan berhujan dalam sektor pembinaan, berapa ramai yang mahu bekerja dalam sektor kotor, sukar serta berbahaya? Tidak ada.

‘‘Keprihatinan kerajaan bukan kerana kita mahu levi, tetapi kerana memenuhi kehendak pasaran iaitu majikan-majikan yang memohon. Ini harus difahami, bukan salah kerajaan tetapi kerajaan mahu memenuhi kehendak majikan,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan skuter elektrik Mini Mad Velocifero Malaysia di Extreme Park Seksyen 13 di sini hari ini.

Selasa lalu, kerajaan Bangladesh meluluskan draf memorandum persefahaman (MoU) berhubung penghantaran sebanyak 1.5 juta rak­yatnya untuk bekerja di Malaysia dan perkara tersebut menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak mengenai lambakan pekerja asing di negara ini.

Ahmad Zahid menjelaskan, kemasukan pekerja Bangladesh itu juga tidak seharusnya dilihat dari aspek negatif sahaja, tetapi juga harus dilihat dari aspek pembangunan ekonomi dan permintaan pasaran.

‘‘Ini bukan keputusan KDN ke­rana dari segi polisi dan dasar, ia ditentukan oleh Kementerian Sumber Manusia dan saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet me­ngenai Pekerja dan Pendatang Asing, saya sensitif untuk memenuhi permintaan mereka (majikan).

‘‘Bukan kita yang hendak, bukan kerajaan yang hendak bawa, yang minta adalah majikan dan kerajaan mendengar permintaan mereka yang menyatakan syarikat mereka tidak dapat bergerak, kilang-kilang tidak dapat berjalan sebab kekura­ngan pekerja,’’ ujarnya.

Mengulas tentang dakwaan Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) yang menyatakan mereka tidak membuat permohonan membawa masuk pekerja Bangladesh, Ahmad Zahid berkata, ahli-ahli FMM sendiri yang membuat permohonan tersebut.

‘‘Memang mereka (FFM) tidak pernah mengeluarkan surat, tetapi ahli-ahli mereka mengemukakan permohonan kepada Kementerian Sumber Manusia dan juga ke Bahagian Pekerja Asing di Jabatan Imig­resen dan Bahagian Pekerja Asing Tidak Mahir di KDN.

‘‘Saya harap mereka (FFM) akan menyemak dengan ahli-ahli mereka sama ada benar ahli-ahli mereka atau majikan ini memohon terus kepada agensi kerajaan terbabit,’’ ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2016 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo x menipu bukan BN namanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
1.5 juta dgn saiz dan keadaan malaysia adalah luar biasa
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Hrmmm banyakla alasan nk benarkan
Rakyat malasla,itula,inila walhal $$$ lah alasan paling win
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kepala bana pak jahid ni. Nak tggu rumah kena rompak dgan bangla dulu ke baru nak stop pengambilan warga asing beramai2 ni??
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak abih2 babi ni menipu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2016 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri pasola dan mengencing berpisah teda
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau kutip yuran singgit sorang.. dah dpt rm1  jutA lbh tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2016 09:40 AM | Show all posts
ahli2 mereka itu adalah puak2 mereka la tu...mcm la orang tak boleh baca.. nak kencing pun hagak2 la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpayah buat permohonan.trus lulus.lubang duit punya hal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 09:54 AM | Show all posts
abangbeca replied at 14-2-2016 08:55 AM
Tak abih2 babi ni menipu...

Hahaha .... Walaupun ditipu oleh babi-babi ... tetapi rakyat Malaysia tetap memilih babi-babi itu terus memimpin Malaysia ...

Logic yang tak masuk akal .. tetapi itu terjadi hanya di Malaysia ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by EJALTI at 14-2-2016 07:21 AM
XxNotTruexX replied at 14-2-2016 01:54 AM
Hahaha .... Walaupun ditipu oleh babi-babi ... tetapi rakyat Malaysia tetap memilih babi-babi itu  ...


Indon babi terrorist sampah lahanat bangsat paling keparat.

Kehkehkehkeh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by EJALTI at 14-2-2016 07:21 AM

Untung la indon2 babi sampah lahanat, boleh la menjual apam berkerak kat bangla2..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
motivasi disebalik ini adalah $$
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 11:41 AM | Show all posts
1.5 juta bangla ni boleh mengundi tak PRU akan dtg nanti .... just wondering
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 11:44 AM | Show all posts
Kenapa ramai sangat 1.5 juta tu....kt mana nk sumbat mrk semua....ada je org melayu yg nak keje jd cleaner....jd buruh kasar....kjaan kita je yg nakkan sgt bangsa asing dtg sini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2016 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangla x larat nak kait kelapa sawit
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
40 ribu pengundi hantu bangla apa cerita.dah ghaib jadi hantu pocong terbang ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau tutup kemasukan pekerja asing ni, majikan-majikan sanggup ka
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 12:18 PM | Show all posts
bila rakyat tertekan tak selesa negara dibanjiri pendatang,
jenayah dan maksiat..

maka adakah kerajaan akan bagi alasan serupa - kami bawak masuk sebab permintaan majikan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.083220 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list