CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] FMM tidak mohon 1.5 juta pekerja Bangla, pelan A kerajaan BN sudah kantoi !

[Copy link]
Post time 15-2-2016 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kingnqueen replied at 15-2-2016 12:03 PM
u ingat buat bisisnes adalah perkara yg mudah,tepi jalan py kedai burger ade lesen dari pihak berk ...

Mmg lah buat bisnes bukan perkara mudah.. bila saya kata it is easy to setup business.. but most of employers hire foreign workers for 3D jobs, is the question why?.. tak patriotik ker

ask ur fren yg bukak bisnes why nak hire foreign workers? Low wages, no union, can work 365days a year, takde cuti bagai dan byk lagi..

I agree if govt to shut down all the foreign workers entry but employers tu dare ke tak amik foreign workers?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kemasukan pekerja asing adalah bedasarkan permohonan majikan majikan mohon lulus barulah keluar calling visa utk dibawa masuk bukannya masuk berderet bersepah kat msiatanpa permohonan majikan

wak jahit pun satu statement salah patutnya kata kemasukan pekerja asing adalah berdasarkan keperluan majikan dan dianggarkan 100k org pekerja asing diperlukan
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 02:25 PM | Show all posts
smlm kt tb3 ade kuar..sorang prof dr uni mne ntah ckp...

for long term..economy msia akan makin teruk sbb aliran duit kuar akan semakin tgi sbb 1.3juta ni la...diorg of course la akan antr duit kt fmly diorg kt bangla tu...

pastu i mcm terigt plak...sejarah sblm merdeka..di mana british bwk msuk org cina n india jd peladang...pastu sbb diorg kalah (tanah melayu nk merdeka time tu..TAR terpkse sign kne bg kerakyatan kpd sume cina n india...

so blh x kte bygkan...in 5 years...benda ni akan berlaku kembali..sbb 1.3juta rakyat bangla akan berkampung kt msia ..dgn lambakan yg sedia ada lg...yg indon dh bermastautin sekian lme..yg PATI lg...yg expatriate ambik skim Msia rumah ke 2 lg...

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 02:32 PM | Show all posts
budaktua replied at 14-2-2016 09:38 AM
kalau kutip yuran singgit sorang.. dah dpt rm1  jutA lbh tu...

tu kalau rm1. chuols hingat murah ke permit saja dah 6k tahu.. majikan bayar. kalilah 1.5 juta tuhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 02:40 PM | Show all posts
armin replied at 15-2-2016 02:32 PM
tu kalau rm1. chuols hingat murah ke permit saja dah 6k tahu.. majikan bayar. kalilah 1.5 juta tuh ...

sepatutnya lebih tinggi lagi, agar majikan kena bayar lebih tinggi dan menghadapi masalah utk mendapatkan pekerja asing,
dengan itu mendorong majikan mengelakkan dari terus bergantung kepada pekerja asing.
Dengan ini..majikan akan berusaha menarik minat pekerja tempatan dengan pelbagai kemudahan dan insentif.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 02:46 PM | Show all posts
pichee replied at 15-2-2016 02:25 PM
smlm kt tb3 ade kuar..sorang prof dr uni mne ntah ckp...

for long term..economy msia akan makin t ...

Prof tersebut, kena jugak buat kajian, jika pekerja asing tiada, berapa billion pula pendapatan negara akan terjejas.
Pekerja asing yg datang pun, diberi permit untuk tempohmasa tertentu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2016 02:48 PM | Show all posts
pichee replied at 15-2-2016 02:25 PM
smlm kt tb3 ade kuar..sorang prof dr uni mne ntah ckp...

for long term..economy msia akan makin t ...

Prof tersebut kena jugak buat kajian, berapa billion pula pendapatan negara terjejas jika tiada pekerja asing.
Pekerja asing jugak ada kontrak ada permit tempohmasa perlu berada di Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 02:48 PM | Show all posts
rashiman replied at 15-2-2016 02:40 PM
sepatutnya lebih tinggi lagi, agar majikan kena bayar lebih tinggi dan menghadapi masalah utk mend ...

kos mahal tapi pekerja asing sanggup ot, sanggup kerja hari cuti, jarang mc etc. berbanding dgn staff melayu, mc sebulan 20 kali. iols amik staff melayu, ada yg seminggu, ada yg sebulan je kerja. baru seminggu dah mc berkali2. menyampah betul. bangla mostly mmg rajin, kalau indon jenis kaki songlap duit. iols memang benci gila pekerja indon ni. wayang kuat. depan bos macam pijak semut tak mati. demand tu memang ada, kalau staff melayu ni, tiap2 bulan aku risau mesti dia nak berhenti bila dpt gaji. kalau staff asing ni mmg dorang akan kerja lama.

memang iols sbg majikan pun iols menyampah dgn staff melayu. kerja tak nak tapi gaji nak tinggi. huh! apa pun takdela sampai nak sejuta bangla masuk sini. menipu sangat memandangkan ekonomi negara tengah jatuh, company byk buang pekerja etc.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 03:46 PM | Show all posts
armin replied at 15-2-2016 02:48 PM
kos mahal tapi pekerja asing sanggup ot, sanggup kerja hari cuti, jarang mc etc. berbanding dgn st ...

dorang datang sini memang nak keje, tak ada sedara-mara, tak ada kenduri-kendara, tak ada keluarga, tinggal ramai-ramai di asrama.
Jadi lebih baik bekerja, buat OT, buat part-time dll. 2-3 tahun kat Malaysia, kena abiskan masa semata-mata utk mengumpulkan duit sebyk yg boleh untuk keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 04:17 PM | Show all posts
kelapaparut replied at 14-2-2016 03:14 PM
Bangla rajin jugak kat tmpt iols siap bukak kedai besi oning buat pagar, kawin indon, yg indon pul ...

psl sekolah kebangsaan tu mmg btl...sekolah kt segambut kwn aku bgtau semua anak2 indon...so org2 melayu yg stay kt situ semua pindahkan anak2 diorg kt sekolah lain...masa aku pg register sekolah anak aku ada la bbrp kerat org filipin...anak diorg pun sekolah kt situ...

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 04:26 PM | Show all posts
1.5 juta datang salahkan pembangkang
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 04:26 PM | Show all posts
Bagi BR1M dan macam-macam, siapa nak kerja?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 04:44 PM | Show all posts
mamigonzales replied at 14-2-2016 11:41 AM
1.5 juta bangla ni boleh mengundi tak PRU akan dtg nanti .... just wondering

Buat kasi boleh....keturunan..india muslim...
kalu gelap sgt...keturunan india...
mcm melayu skit..keturunan melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 04:55 PM | Show all posts
@yumeina suara rakyat sebenar dah tak ada nilai kalau macam tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 14-2-2016 05:16 PM
Tu hari cm sarawak ada madah.... Dia x nk sejarah akn mcatatkn dia  dikenali sbg cm bangla... Dan di ...


Bagus la kalau macam tu.. Jaga la srwak tu baik2, jangan jadi macam kami d sabah ni, kalau tidak d ambil langkah berjaga2..sikit masa lagi, jumlah pti akan lebih banyak dari org tempatan.. Di bandar KK tu, terutamanya kalau hari cuti umum pti la yg paling ramai berjalan2.. Bikin sakit mata..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 08:59 PM | Show all posts
tapi majoriti rakyat dan politicians kedai kopi kuat mengatakan 1.5 juta bangla ni utk bail out BN nanti ...hmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 09:03 PM | Show all posts
majoriti rakyat xnak TPPA
majoriti rakayat xnak pekerja bangla di bwa msuk lagi


sape yg bersungguh2 sgt nk bwa masuk dan sain perjanjian tu

kat sini dah nampak mainan dia

tukang sain dpt komisyen ok...
bwa bngla ni pun boleh buat modal ngundi pRU,>>
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 12:20 PM | Show all posts
Edited by cabalero at 16-2-2016 12:22 PM

cukup ka 1.5juta tu ? alang-alang bawak masuk 10 juta terus la
hahaha

depa yang beria sokong kemasukan 1.5 juta bangla itu tau ka tidak jumlah pekerja asing di malaysia sudah masuk tahap lambakan / kebanjiran?

meh kita sama-sama dengarkenyataan Menteri Sumber dan Manusia mengenai lambakan pekerja asing ini kendiankita sama-sama bincang samada perlu atau tidak utk ditambahkan lagi lambakansebanyak 1.5 juta bangla

yang sedia ada pun dah melambak dan sukar dikawal lagi mau tambah itu lambak ?
apa pun meh kita baca


Kawal lambakan pekerja asing di Malaysia

10 MAC 2015

KUALA LUMPUR - Bertahun-tahun, isu kebanjiran pekerja asingserta pendatang asing tanpa izin di negara ini menjadi masalah yang tidakberkesudahan.Malaysia menjadi tumpuan rakyat daripada pelbagai negara,antaranya Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal, Filipina dan Myanmar sebagailubuk mencari rezeki di pelbagai sektor.

Meskipun pelbagai usaha agresif dijalankan pihak berkuasa termasuk penghantaran pulang ke negara asal, bilangan mereka tidak juga berkurangan, malah bertambah tahun demi tahun.

Menteri Sumber Manusia,Datuk Seri Richard Riot Jaem pada November tahun lepas mendedahkan, pekerja asing sama ada yang masuk secara sah atau haram dianggarkan berjumlah 6.7 jutaorang. Daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta orang sahaja yangmempunyai permit sah dan berdaftar dengan Jabatan Imigresen.
Menurutnya, lambakan pekerja asing gagal dibendung ekoranpermintaan tinggi tenaga kerja dalam pelbagai sektor selain sikap rakyattempatan yang terlalu memilih pekerjaan.

LAMBAKAN SERIUS
Jika angka yang didedahkanitu benar, ini bermakna jumlah warga asing di Malaysia ketika ini mengatasi populasi penduduk kaum Cina. Menurut statistik Jabatan Perangkaan, jumlah kaum etnik kedua terbesar di negara ini pada tahun ini diunjurkan berjumlah 6.64 juta orang.

Berdasarkan perangkaan jumlah pekerja asing yang bertambahitu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong baru-baru iniberkata kerajaan perlu mengawal dan memantau jumlah dan pergerakan pekerjaasing di Malaysia.   

Jabatan Imigresen menyasarkan Malaysia bebas daripada pendatang asing tanpa izin menjelang tahun2020. Persoalannya dengan jumlah kebanjiran pekerja asing yang sebegitu besar,mampukah negara mencapainya?

Adakah Malaysia memerlukan jumlah tenaga asing yang sebegitu ramai? Di beberapa tempat terutamanya di Lembah Klang, jumlah pekerja asing lebih ramai daripada penduduk setempatsehingga ada yang mewujudkan koloni masing-masing, menimbulkan keresahan rakyat.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UniversitiMalaysia Sarawak (Unimas), Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata, jumlah tersebutmemperlihatkan tahap kebergantungan negara terhadap pekerja asing amatmeruncing.

Beliau berkata, kebanjiran pendatang asing tidak seharusnya dipandang ringan kerana mereka mampu menguasai ekonomi negara sekiranya terus diberi peluang.

MULA KUASAI BIDANG PERNIAGAAN

Katanya kalau dahulu warga asing hanya bekerja di bidangseparuh mahir seperti pembinaan, perladangan dan pembuatan, kini mereka sendirimewujudkan koloni tersendiri di satu-satu lokasi, malah menjadi 'tauke'perniagaan.

"Ramai pekerja asingyang masuk sebagai buruh kasar tetapi kemudian mempunyai perniagaan sendiri dan ada yang memandu teksi... lihat sahaja kawasan Chow Kit dan Bukit Bintang, siapa yang menjadi 'tauke'?

"Sekiranya masalah kebanjiran ini tidak dikawal, graf akan terus meningkat dan tidak mustahil suatu hari nanti mereka dapat menguasai bidang perniagaan sekali gus ekonomi negara, malah akan ada rakyat kita pula bekerja di bawah mereka," katanya.

Shazali berkata, kalau dahulu pekerja asing dibayar dengan gaji rendah tetapi kini mereka turut menikmati gaji minimum RM900 yang ditetapkan kerajaan.

"Negara yang rugi apabila pengaliran wang ke luar negara bertambah banyak, malah berbilion ringgit... apa untung yang kita dapat?

"Memang benar pekerja asing mempunyai sumbangan dalam memacu pembangunan dan ekonomi negara, tetapi kebanjiran warga asing mempunyai risiko tinggi. Negara perlu kurangkan kebergantungan dengan orang luar. Jika tidak, sampai bila kita perlu bergantungdengan mereka?,"
katanya.

Menurut laporan akhbar pada November 2013, Ketua PegawaiEksekutif Western Union Malaysia, Chew Mei Ling dipetik sebagai berkatasyarikat pengiriman wang bukan bank itu menyasarkan jumlahpengiriman wang oleh pekerja asing di negara ini ke negara asal melaluinyameningkat lima peratus pada 2014. Katanya pengiriman wang keluar oleh pekerjaasing pada 2013 menunjukkan trend meningkat berbanding RM21.7 bilion yangdirekodkan pada 2012.

TELITI SEMULA DASAR

Beliau berkata, kebanjiran warga asing jugamenyebabkan rakyat terpaksa bersaing dan berkongsi subsidi serta kemudahan yangdisediakan kerajaan termasuk kemudahan perubatan dan pengangkutan awam denganmereka.

"Kerajaan menyediakanprasarana tetapi kebanyakannya dinikmati oleh mereka yang bukan warganegara...hospital, jalan raya dan pengangkutan awam sesak dengan warga asing," katanya.

Katanya dasar pengambilan pekerja asingperlu diteliti semula dengan menekankan hanya sektor tertentu seperti pembinaandan perladangan sahaja yang dibenarkan menggajikan buruh asing.

"Tidak perlulah tukangcuci, pengawal keselamatan, juruwang, pelayan restoran hinggakan di kedai-kedairuncit pun kita terlalu bergantung dengan orang luar, sedangkan pekerjaan iniboleh diisi oleh orang tempatan.

"Orang tempatan puntidak perlu terlalu 'manja' dengan terlalu bergantung pada pekerja asing...seolah-olah jika tiada pembantu rumah, tukang cuci atau pelayan bangsa asing,tidak boleh hidup," katanya.

GAJIKAN ORANG TEMPATAN

Pakar ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan danPerbankan, Universiti Utara Malaysia, Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddinberkata, tidak dinafikan banyak sektor seperti industri binaan, perladangan danperkhidmatan berkemungkinan lumpuh sekiranya Malaysia tidak mempunyai tenagaburuh murah.

Natijahnya, kata beliaujumlah pekerja asing yang ada di Malaysia ketika ini, meskipun yang masuksecara sah, terlampau tinggi.

"Kita tidak perlusebegitu ramai... bukan semua sektor kita perlukan mereka bekerja... perlunyaada undang-undang menghadkan bidang pekerjaan yang boleh diceburi merekaseperti bidang pertanian dan binaan.

"Masalahnya sektorkorporat sibuk hendak menjimatkan kos, maka digajinya pekerja asing... keranabagi orang tempatan, gaji minimum RM900 itu tidak mencukupi," katanya.

Meskipun kos meningkat sekiranya menggajikan pekerjatempatan dengan kadar yang lebih tinggi, Amir Hussin berkata kesannya untukjangka masa panjang, negara tidak perlu lagi bergantung dengan pekerja asing.

"Fikirkan gaji atau imbuhan yang bagaimana dapatmenarik minat orang tempatan untuk bekerja dalam sesuatu sektor... mungkindengan memberikan elaun khas kepada mereka misalnya.

"Orang tempatan jugatidak boleh 'menjual' lesen perniagaan yang diperoleh mereka kepada pendatangasing... kalau tidak mahu meniaga, beri peluang kepada orang tempatan, bukanberi kepada warga asing... orang seperti ini sepatutnya dikenakan tindakantegas," katanya.
KAWAL LAMBAKAN

Beliau berkata Malaysiajuga seharusnya mencontohi negara-negara maju seperti Jepun, Korea, AmerikaSyarikat dan China, yang menggunakan teknologi mesin bagi menggantikan tenaga buruh asing.
   
"Bila negara itu hendak 'cut cost', mereka tidak menambah tenaga buruh asing, tetapi menggunakan teknologi... industri binaan di Korea, Jepun dan China menggunakan teknologipasang siap yang mampu disiapkan dengan pantas tanpa  perlu menggunakan tenaga buruh yang terlalu ramai," katanya.

Amir Hussin berkata, Malaysia masih boleh mengawal kemasukandan lambakan pendatang asing sedia ada dan pada masa sama melakukan kajianmendalam bagi mengesan punca yang menyumbang kepada masalah itu.

"Apakah punca kebanjiran itu? Adakah kelemahanpenguatkuasaan maritim? Penguatkuasaan imigresen ataupun sebab kita betul-betulperlukan pekerja asing ini?," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar satu badan bebas ataujawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji dan menyelesai masalah buruh asingdengan lebih berkesan.

"Pendatang haram yang ditangkap dan dihantar balik kenegara mereka, esok-esok datang lagi, jadi sampai bila pun masalah ini tidakselesai, maka kita perlu ada mekanisme yang mampan dalam membetulkan keadaan ini.

"Kita sudah saksikan bila ada perbadanan khas dandiberi kuasa yang cukup, ia boleh bertindak, seperti mana SuruhanjayaPencegahan Rasuah yang kita lihat
operasinya semakin berkesan," katanya. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/re ... i-malaysia-1.367135

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 12:42 PM | Show all posts
blm masuk lg dh sesak sana sini nmpk bangla...dh masuk kalu...mampos laaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 10:29 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 18-2-2016 10:30 AM
cmf_blanco replied at 15-2-2016 05:39 PM
Bagus la kalau macam tu.. Jaga la srwak tu baik2, jangan jadi macam kami d sabah ni, kalau tidak ...


KUCHING: The state Labour Department will not process any application to bring in Bangladeshi workers into the state in line with the state government’s latest policy.

State Labour Department director Datu August Buma said:
“Since the state government finds them unsuitable, and thus not in favour of engaging them, we will not process any application to allow them to work in Sarawak.

“We will only start processing such applications if the government changes its policy on this issue.”
August told The Borneo Post that since Sarawak had full authority over immigration, Bangladeshi workers would not be able to enter Sarawak without the consent of the state.

August was responding to the recent issue that Malaysia would be bringing in 1.5 million Bangladeshi workers over the next three years for employment in the country.

This followed the approval of the Bangladesh cabinet in February of a draft deal for `G2G (government to government) Plus’, where Bangladeshi workers would be sent to Malaysia under governmental arrangements.

The MoU for the deal is expected to be signed within a month after the cabinet approval.

While before they used to be engaged mainly in plantation, the deal would have these workers engaged in the manufacturing and construction sectors.
After the announcement of the Bangladeshi cabinet and the confirmation by Deputy Prime Minister Datuk Seri Zahid Ahmad Hamidi, many quarters and groups raised concerns about the decision.

According to the Sarawak Labour Department’s database, as of yesterday, there are 148 valid licences to engage Bangladeshi workers. These licences were issued under Section 119 of Sarawak Labour Ordinance.

“Of these 148 licences, 120 of them are for the manufacturing sector, 26 in construction sector, and one each for mining and quarrying.
“The last two licences (for mining and quarrying) were issued several years back, and they are still valid.”

He clarified there was no limit to the number of foreign workers that can be employed under one licence.

To get a licence to engage foreign workers, the applicants must first apply for “approval in principle”, which August called “AP”

In applying for AP, the employers would have to state the number of foreign workers needed, their nationalities, and the industries they were expected to be engaged in.

With the approval of AP, the employer can then submit their applications for foreign worker licences. The licences issued will contain details such as names, passport numbers, countries of origin and employment period of the foreign workers.

Read more: http://www.theborneopost.com/2016/02/18/no-to-bangladeshi-workers/#ixzz40TzN8wJe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.315072 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list