CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10464|Reply: 57

Viral.. Budak Perempuan Memperlekeh Lelaki Kerja Kilang!

[Copy link]
Post time 16-2-2016 12:39 PM | Show all posts |Read mode



Oleh : TS LOo






Sebelum ini, ada 'viral' yang tersebar luas di laman sosial berhubung isu seorang ‘cikgu’ wanita yang memperlekeh kaum adam yang tidak bergaji besar dan kini terdapat pula seorang perempuan yang menghina lelaki yang berkerja di sektor kilang.


Sewajarnya menyedari laman sosial itu merupakan medan untuk apa saja isu boleh dijadikan ‘viral’ atau terkenal, masih lagi mahu mengeluarkan kenyataan panas yang mampu mengungkit kemarahan kaum lelaki khususnya.






Dengan menggunakan nama samaran ‘Awan Dania’ di laman sosialnya, netizen tersebut menyifatkan lelaki yang bekerja di kilang merupakan golongan kelas terendah atau 'low class'.




Dia turut mendakwa hanya golongan terencat sahaja yang kerja di kilang dan tidak layak untuk dirinya.




Agaknya individu berkenaan tidak tahu menahu atau tak terfikir langsung lelaki-lelaki yang kerja dalam semua jenis kilang itu terdapat juga yang berjawatan pengurusan yang berpendapatan tinggi seperti manager, supervisor, ketua bahagian dan banyak lagi jawatan-jawatan tinggi.




Agaknya anggapan perempuan tersebut mereka yang kerja di kilang hanya terdiri daripada pekerja 'kolar biru' yang bertugas di bahagian produksi atau 'production line'.


Sesungguhnya itu, golongan terbabit sebenarnya amat penting dalam usaha memastikan pengeluaran sesebuah kilang sentiasa di tahap yang maksimum.




Jangan sesekali memperlekeh punca rezeki atau menghina pangkat darjat seseorang tak kisahlah lelaki mahupun perempuan, akhirnya nanti kita semua sama sahaja dibalut dengan kain kapan dan tanam di lubang kubur yang kedalamannya 7 kaki dan lebarnya 3 kaki.




Harus diingat, dalam dunia ini tiada pekerjaan yang dianggap kelas tinggi atau kelas rendah mahupun sederhana, semua pekerjaan sewajarnya dijalankan dengan cara yang halal agar pendapatan yang diperolehi boleh membawa berkat buat seseorang itu termausk ahli keluarganya. - CARI Infonet




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2016 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
org yg kje kilang tu kdg2 lg bnyk gaji dri hg
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat bapak dia Bill Gates ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 dia mintak kerja kilang tak dapat....sesedap hati  je hina orang
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pala hotak diee,mudah2an ko bjodohan ng mat gian dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 01:06 PM | Show all posts
kesian nya..bbnu kot ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2016 01:17 PM | Show all posts
kat tempat aku pekerja kilang lgi byk buat duit dengan OT. lgi mahal gji dr executive
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 01:30 PM | Show all posts
amboi amboi asam boiiii... sesedap rasa jek mengata. kalo pun tak berkenan dengan mamat yg nak tackle ko tu, kejadahnye ko viralkan bagi sume org keje kilang sentap plak? puiiihhhh!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2016 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Org2 yg ckp mcm ni akhirnya akan dapat apa yg mereka benci
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 01:52 PM | Show all posts
Ape ponya poen la budak ni...mampos ko tak berlaki la dik oii..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 02:08 PM | Show all posts
habis ko dik... jadi andartu la seumur hidop....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 02:14 PM | Show all posts
Penyataannya macam dia itu terlalu bagus untuk dijadikan teman hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 02:26 PM | Show all posts
tadak akai betul ayat depa tu, mana2 kerja yg halal adalah kerja yg murni, penyumbang pada masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 02:33 PM | Show all posts
belagak ko dik..esok lusa tulat tupin yg ko hena tu lah yang jadi teman sebantal nanti...itu tak apa lagi..silap2 orang yang jual orang pulok jadi laki hang nanti...itu kalau laku..silap2 tak laku langsung..bebawak ngucap bila nak menghina..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Metality sama dgn zahid komedi thus wajib impot banglas
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 03:20 PM | Show all posts
Spesies jakun pprt terencat akal macam itu mana pernah tau proses rumit serta kemahiran tinggi yang diperlukan kilang jenis canggih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2016 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bebeng replied at 16-2-2016 12:56 PM
Pala hotak diee,mudah2an ko bjodohan ng mat gian dekkk

Saya amin-kan kata-kata awak ni... Aaamin.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dik, akak kenal sorang makcik ni. Laki bini keja kilang dik, akak dpt rasa mereka bukan pemilik kilang, mereka cuma operator je dik. Skrg dah pencen dan tak kerja dah dik. Depa beli rumah baru, rumah banglo dik. Makcik tu jiran akak dik (bukan bertujuan nak habaq rumah akak pun banglo dik ) tapi nak habaq kata...depa wlpn operator kilang tapi mereka setaman dan sekawasan dengan doktor2 dan businesman2 lain tau.

Awak plak skrg kat mana dik? Tinggi sgt mendongak ni....lempang nak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia sdh mendapat firasat bahawa jodohnya adalah dikalangan  1.5 juta Abg Bangla tu.Sb tu dia berani menghina bdk tmptan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 04:03 PM | Show all posts
amboi mulut xde insurans..keje kilang pown keje halal jugak la dik oii...awan dania konon berangan nak jadi pramugari ke dik macam cite awan dania tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.081992 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list