CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rhyno

Model melayu wakili Malaysia dalam Asia's Next Top Model

[Copy link]
Post time 1-3-2016 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
qronaldo7 replied at 1-3-2016 07:52 AM
alamak. bru bace pg ni. xleh nk layan kt opis

Layan malam kang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2016 10:40 AM | Show all posts

hahaha. harus. donlod siap2
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 10:41 AM | Show all posts
Cuols2 jgn komen over sgt sbb uols x kenal die nih..yg ckp antm apetah lagi asia ntm ni x leh pegi jauh, yessss tapi some of them made it..macam shiena tuh..contract ngan storm model london tu sepatutnyer 3 bulan jer n depends pade laku mane dieorg ni lepas tu utk teruskan contract tp shena bertahan hingga arini, masuk tahun ke 4..iols rase die heybatt..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 10:44 AM | Show all posts
Edited by anakencana at 1-3-2016 10:49 AM

Atikah Karim. Curlasttt ok!

Agency- Major Milan & Profile London
Height- 176 cm
Bust- 79 cm
Waist- 59 cm
Hips- 89 cm
Hair- Black
Eyes- Brown





http://forums.thefashionspot.com/f52/atikah-karim-264133.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 10:50 AM | Show all posts
babycake replied at 28-2-2016 05:19 PM
aku lagi suka atikah karim as a model, and confirm tuti dengan atikah lagi lawo dari aku...sis terim ...

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 10:54 AM | Show all posts
atikah karim cover GLAM bulan ni nyer..cun uols..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2016 10:55 AM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 28-2-2016 12:42 AM
Aq ni xde la minat Tuti tapi utk org Malaysia yg ckp die x lawa.... patutla model Malaysia ni lawa s ...




Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 10:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2016 10:57 AM | Show all posts
kalau nak rupa eksotik..kenapa tak pilih ayu OIAM ja?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 10:58 AM | Show all posts
Edited by anakencana at 1-3-2016 11:01 AM

Liku-liku susuk pentas peragaan - Tuti
**Bakat Tuti sebagai model dicungkil oleh seorang pelajar fotografi di Universiti Teknologi Mara, Segamat, Johor tiga tahun lalu.



Kunjungan  Nuraini Mohd. Noor, 22, ke perpustakaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor tiga tahun lalu telah mengubah setiap inci kehidupannya hari ini. Tubuh tinggi lampai, rangka badan bak model profesional dan wajah unik milik wanita tersebut telah menangkap pandangan seorang pelajar fotografi ketika itu.

Nuraini atau nama komersialnya, Tuti, bersetuju beraksi di hadapan lensa kamera pelajar fotografi tersebut. Berdasarkan bakat semula jadi Tuti, fotonya ditunjukkan kepada beberapa pereka fesyen tempatan. Dari situ bermulanya dunia model anak kelahiran Kedah itu.

Sesi fotografi profesional pertamanya adalah untuk sebuah majalah tempatan. Menyarung busana Hazwani Osman untuk sesi tersebut, nama Tuti kemudian mula disebut-sebut sebagai model Melayu wanita yang bakal menguasai pentas fesyen negara.

"Pada awalnya memang ibu bapa menentang, tambahan pula saya merupakan anak tunggal. Namun lama-kelamaan setelah melihat keupayaan saya dalam bidang ini, mereka mula menerima dengan hati terbuka.

"Bapa juga dalam diam-diam membeli setiap majalah yang ada wajah saya," kongsinya disulami tawa kecil.

Memilih profesion model sepenuh masa bukan merupakan impian Tuti. Graduan Diploma Pengurusan Maklumat UiTM itu mendambakan kerjaya sebagai setiausaha, pegawai perhubungan awam atau pramugari. Namun rencana hidupnya yang berubah diterima dengan bulat, malah dia bangga dapat mencuba sesuatu di luar jangkaan.

"Saya lebih terarah kepada model pentas peragaan dan secara jujur, ia lebih mencabar. Setiap langkah perlu yakin dan kita harus memberi impak kepada audiens. Apabila berjalan di atas pentas, pandangan perlu difokuskan kepada satu titik agar tumpuan itu tidak lari.

"Pernah sekali saya hampir tergelak sebab ternampak rakan-rakan memanggil saya. Tapi kita perlu kembali sedar bahawa pergerakan kita sedang diperhatikan orang," katanya.

Tuti menambah, "Saya pernah terjatuh atas pentas ketika raptai penuh. Saya juga pernah terpelecok pada acara sebenar gara-gara saiz kasut yang kecil.

Selaku wajah baharu dalam dunia peragaan, seharusnya Tuti dan rakan seangkatannya mencorak kerjaya mereka berpandukan agensi. Ia kedengaran lebih terurus dan memudahkan pergerakan mereka dalam setiap tawaran kerja.

Namun demikian, Tuti lebih senang bergerak sendiri tanpa pimpinan mana-mana agensi model tanah air. Baginya, pilihan peribadi itu memberi kebebasan penuh kepadanya mengurus jadual harian.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 11:00 AM | Show all posts
Edited by anakencana at 1-3-2016 11:01 AM

..sambungan



Keputusan sama turut dipilih seorang lagi model baharu yang sedang meningkat naik, Dayang Nur Atikah Karim, 20. Menurut anak jati Kota Kinabalu, Sabah itu, jika kerjaya diuruskan agensi, seseorang model perlu mematuhi kontrak dan tidak boleh menolak kerja-kerja yang kurang digemari.

Pimpinan agensi

"Saya selesa tanpa agensi. Namun menguruskan diri sendiri jauh lebih sukar daripada yang digambarkan. Segala keputusan perlu dipertimbangkan dengan bijak kerana tiada siapa yang membimbing anda.

"Soal bayaran, waktu dan setiap perkara berkaitan kerja terletak atas bahu sendiri. Sama ada bergerak secara sendiri atau dipimpin agensi, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri," ujarnya yang mula bergelar model seawal usia 16 tahun.

Menyifatkan dunia peragaan tanah air sebagai cabang yang penuh cabaran, Atikah nekad mengharungi setiap persaingan, khususnya daripada model-model antarabangsa.

Sebagai model berbangsa Melayu, rasa was-was pasaran terhadap kerjayanya adalah normal. Bagi kebanyakan orang, kelompok model sebegitu mustahil menjejak hierarki tertinggi lapangan peragaan, disebabkan kekangan agama dan budaya.

Persaingan

Jelas Atikah: "Siapa pun anda dalam dunia model, tidak kira warna kulit atau bangsa, setiapnya mempunyai kelebihan dan personaliti tersendiri.

"Saya akui persaingan daripada wajah luar negara memang tidak dapat dielakkan tetapi saya sering mengingatkan diri sendiri, sabar sekiranya mahu kekal lama dalam industri. Jika ada rezeki ia tidak ke mana dan peluang kedua itu sentiasa terbuka."

Selain berdepan persaingan daripada model antarabangsa yang berpusat di Malaysia, model-model tempatan juga melihat pasaran profesion itu kian mendukacitakan. Kekeliruan masyarakat mengenal pasti antara model profesional dan bakat (talent) secara tidak langsung menjatuhkan nilai seorang model.

Menurut Juan, bayaran paling murah yang diterima model sepenuh masa ketika ini ialah sebanyak RM150 dan paling tinggi mencecah RM1,000 bagi satu sesi peragaan atau fotografi.

"Seharusnya seorang model dibayar atas nama model, bukan sebagai bakat. Nilai individu seperti kami telah menurun ekoran wujudnya segelintir individu yang mengaku diri mereka model profesional sedangkan mereka hanyalah bakat untuk fotografi dan iklan televisyen," katanya dengan penuh kesal.

Begitu juga pandangan yang dilontarkan Tuti, periuk nasi model sepenuh masa terletak pada tawaran kerja untuk pentas peragaan dan sesi fotografi.

Namun keberadaan bakat yang lazimnya mengejar populariti telah mengganggu kelancaran mata pencarian utama mereka.

"Mereka sanggup melakukan kerja tanpa bayaran asalkan mereka dikenali ramai,"ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
anakencana replied at 1-3-2016 10:44 AM
Atikah Karim. Curlasttt ok!

Agency- Major Milan & Profile London

Adoilah pinggang 23 je tu, nangis
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 01:19 PM | Show all posts
anakencana replied at 1-3-2016 10:44 AM
Atikah Karim. Curlasttt ok!

Agency- Major Milan & Profile London

ai tgk atikah ni cam lawa...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 01:35 PM | Show all posts
kembangbunga replied at 28-2-2016 09:26 PM
Hahahahaahah tkejut ke uols? Raja Alicia Raja Amin. Nama dlm ic terang2 muslim la uols.. Tattoo me ...

AliciaAmin ooo bapak dia yg ade kes cederakan isteri tahun lepas

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 01:58 PM | Show all posts
fuyoooo..alicia tu selamba shoot nude jerrr
tp takde pon dlm ig dia pic mak
mmg sporting btol ayah dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiseyyyy ASNTM ni stat rabu 9pm
Cake boss new season pun rabu 9pm
Harus le meols kongker remote dan duk depan tv di malam rabu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2016 02:48 PM | Show all posts
aqilalala replied at 1-3-2016 09:41 AM
deanna tu ex school mate i..tak sangka dia jadik model ..
dulu sekolah cam biasa je..dia cam gela ...

mesti uolls skolah BBGS kan?
dia kekwat tak masa dulu2?

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 03:38 PM | Show all posts
kauado? replied at 1-3-2016 10:41 AM
Cuols2 jgn komen over sgt sbb uols x kenal die nih..yg ckp antm apetah lagi asia ntm ni x leh pegi j ...

sheena itu memang muka commercial model pun..memang la sheols tak ayu cantek tapi muka dia itu standard model2 oriental di negara kokesen
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 03:42 PM | Show all posts
lionsleepin replied at 29-2-2016 12:05 PM
Somalian girls are so beautiful. Facial Bone structure most somalis perfect.
Bole tengok sini

...

selain itu ummah ethiopia pun cantek,, facial feature serupa somali lah.. jenis nigga hidung mancung halus gitu.. mereka bukan stok hidung kembang
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 03:46 PM | Show all posts
RinIna replied at 28-2-2016 06:58 PM
Sanggup pulak org melayu ni nnt kene bogel bikini bagai.. Huh!!

habis itu sis ingat kehidupan seharian sheols selama ini pun dok pakai tudung kepam ke??
so apa yang peghak sangat macam tak pernah tengok melayu tak pakai tudung bagai??

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.143263 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list