CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24065|Reply: 228

Lara Alana Bakal Ada Program TV Sendiri

[Copy link]
Post time 8-3-2016 12:05 PM | Show all posts |Read mode



Lara Alana Bakal Ada Program TV Sendiri




Dengan jumlah pengikut lebih 1.5 juta di Instagram sahaja, boleh kami katakan yang Lara Alanakini merupakan selebriti kecil yang sering mendapat perhatian ramai setiap kali gambarnya dimuat naik ke laman sosial.

Tidak hairanlah dengan populariti tersebut, anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha al-Yahya ini khabarnya bakal muncul dengan program realiti TV beliau sendiri tidak lama lagi — makin seronok peminat melihat telatah si kecil ini di televisyen kelak.

“Kami mendapat tawaran untuk membuat sebuah program TV dengan konsep ke-ibubapaan. Bagaimanapun masih tidak tahu sama ada berbentuk realiti atau tidak memandangkan masih dalam proses perbincangan,” ujar Awal Ashaari kepada Utusan Malaysia hari ini.
“Bukan mahu melabel kami sebagai ibu bapa yang terbaik, namun diberi peluang untuk berkongsi cara kami membesarkan Lara Alana, tentunya ini adalah satu kegembiraan. Kami sangat teruja kerana dapat berkongsi dan menyumbang kepada mereka yang sentiasa mahu tahu bagaimana kehidupan kami sekeluarga”

Pasangan ini turut mendedahkan yang mereka banyak menerima e-mail daripada peminat yang mahu mereka kongsikan tips atau cara menjaga anak kecil seperti Lara Alana dan merasakan sebuah program TV untuk berkongsi perkara tersebut adalah sesuatu yang tepat.

“Saya tidak melihat ada salahnya jika kami berkongsi perkara yang kami lalui untuk ibu bapa di luar sana,” tambahnya lagi. (rtky/m)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2016 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Meluat tgk muka awal tu..nampak mcm beriya sgt tonjolkan anak. Camnelah kehidupan si lara ni time membesar...semua benda sheols buat kene record.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:07 PM | Show all posts
what ever la awalina oiii....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak x minat sgt dgn lara
Kalo ecah tu akak minat le nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:15 PM | Show all posts
sudah-sudah lah.... aku dah naik bosan.... dia orang ni tak bosan ke????
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:18 PM | Show all posts
ok je... imma big fans of lara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2016 12:21 PM | Show all posts
LARA memg comel n aktif ,tp perlu ke buat smua tu...dhla lam ig asyk buat video aje..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:22 PM | Show all posts
Sekali skala blh la lyn video lara,lama2 bosan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2016 12:23 PM | Show all posts
ok jer untuk parent yg gila glamour. mula2 season 1. lepas tu kemaruk lg naik ke season 2. nasib kau lah lara. nanti kalau lmbt membaca ke apa confirm dihencap dan dikomen manusia2. sanggup ke nak baca atau dgr ? manusia ni tk semua nya hati nk komen yg baik2 kann. ada kalanya nak hencap jugak. jgn nanti si parent asyik nk sentap sajork.. kalau anak tu normal alhamdulillah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
I am a big fan of lara too. Tak sabo nak tengok lara.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:25 PM | Show all posts
aku tgk awal yg lelebih psl lara ni. istagram lara pon mcm awal je yg handle.
tp please la kesian anak kau nak membesar kot.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:26 PM | Show all posts
Ewww..perlu ke? Mak bapak pun gila glamor! Kesian budak ni x de masa privasi. Semuaaaa nak kena rakam



Ai tertunggu kalau2 Che Ta pun nak buat realiti TV utk ecah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
lara comel akan masuk tv. suka suka! best nih! parents jaga dia elok2 eh.... let her grow up grounded
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
semua org tak perasan ke lara alana ni cam budak syndrome? Ke aku sorang perasan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:39 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 8-3-2016 12:07 PM
Meluat tgk muka awal tu..nampak mcm beriya sgt tonjolkan anak. Camnelah kehidupan si lara ni time me ...

Kannnn kakasepit, desperate giler 'jual' anak....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:41 PM | Show all posts
ala-ala truman show.. kasihannya anak mereka..
anyway, yg dok mintak tips tu, mak bapak korang jaga korang macam anak kambing kah sampai tak iktiraf usaha mak bapak sendiri besarkan korang sampai jadi orang?
perlu ke tanya orang yg anaknya baru satu dan umur pun baru berapa je..
yang mana kat rumah ada orang gaji nanny untuk uruskan budak tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2016 12:42 PM | Show all posts
Dlm ig, penuh dgn video, gambo budak ni jea...lps si laraalana(padahal bapaknya yg giler perhatian) post, awalashaari pulak, pastu schaalyahya lak....benda sama

yg duk puji, bijaknyaaa, comelnyaaa, cutenyaaa....x boring ke?

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:51 PM | Show all posts
ala2 konsep
superman return? oh my baby? dad, where are you going?


harus bile besar kalau tak brape nk menjadi orang (mengikut acuan lobai2 islam)
dihencap saja
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lara ni lmbt bercakap. Harap2 sihat aje hendaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:55 PM | Show all posts
kalau nak buat program berunsur keibu bapaan.... Awal n Sha perlu berfikiran terbuka... include kan sekali soal jawab... tips dan tunjuk ajar dari pakar2 kanak2.. pakar motivasi dan so on. barula ada benefit buat program. bukan semata2 tunjuk anak ko lari mencecet pakai costume tikus comel tu. hehe

kiranye mcm.. tunjukkan video Lara buat sesuatu aktiviti... mcm aritu... ada video si Lara buat terjun tiruk atas sofa dengan garfu ke hape kat tangan. bahaya oooo... kang tercucuk tak ke naya... so cuba buat... pakar komen video tu... explain the do's n don'ts. Kiranye both parents Lara still in the learning process to be a good parents... dan dibimbing oleh pakar yang terlibat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.078521 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list