CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1955|Reply: 0

Memang Panik Jika Bayi Tersedak Susu. Belajar Tips Ini Untuk Hindari

[Copy link]
Post time 1-4-2016 06:08 PM | Show all posts |Read mode




Oleh Fyruz Hanna


Jangan ambil mudah, bayi yang kecil mungkin sahaja nampak biasa namun jika kita leka dan alpa, mungkin sahaja bayi kita sebenarnya sedang bertarung nyawa.


Seperti yang berlaku oleh ibu ini, hanya kerana terleka sekejap, bayinya bakal menghembuskan nafas terakhir.


Mujur dia sempat mengetahui sesuatu tidak kena sebelum kejadian tidak diingini berlaku.


1. Cuba tinggikan kedudukan kepala bayi di atas paras perut selepas menyusu mungkin boleh membantu sesetengah bayi. Posisi lain yang boleh membantu ialah bayi mengiring atau meniarap semasa bayi masih terjaga. Namun, posisi meniarap tidak digalakkan jika bayi tertidur kerana boleh meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut.


2. Cuba susukan bayi dalam keadaan dia seperti menegak/ berdiri (upright nursing position). Namun, pastikan perut bayi bertemu perut anda. Ia dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko bayi tersedak.


3. Jika pancutan susu terlalu laju, anda boleh mengurangkannya dengan menekan payudara secara pegangan gunting semasa menyusu bagi mengurangkan pancutan seterusnya mengelakkan bayi tersedak.


4. Elakkan daripada menekan perut bayi. Dalam masa yang sama, pakaikan bayi baju yang longgar. Jika dia memakai barut perut, longgarkan atau tanggalkannya.


5. Sasarkan penyusuan yang kerap apabila bayi menunjukkan tanda lapar. Tidak perlu menunggu sehingga bayi menangis. Hal ini kerana tangisan merupakan tanda terakhir bayi lapar. Walaupun bayi menyusu hanya sekejap, pastikan dia mendapat susu akhir yang cukup. Anda boleh amalkan teknik memerah susu yang awal keluar dulu dan simpan untuk kegunaan masa lain dan susukan bayi dengan susu akhir yang tinggi kandungan lemak. Lebih kerap penyusuan, lebih tinggi kandungan lemak di dalam susu ibu. Habiskan penyusuan di satu payu dara terlebih dahulu dan tunggu sehingga bayi melepaskan puting secara sendiri. Kadang-kadang bayi yang telah kenyang masih mencari puting dan membuat gerakan mulut seperti menghisap walaupun kelihatan tidur (bayi separa sedar). Ketika ini, ibu boleh alihkan bayi ke payudara sebelah lagi sehingga dia betul-betul terlena. Elakkan menukar bayi ke payudara sebelah lagi terlalu cepat atau kerap terutamanya sewaktu bayi masih aktif menghisap. Ketahuilah, perbuatan ini akan menyebabkan bayi mudah termuntah.


6. Bagi bayi yang cerewet, meragam atau menolak untuk disusukan, banyakkan sentuhan kulit ke kulit dan elakkan daripada memaksa. Boleh juga menyusu ketika anda berjalan dan membuai bayi di dalam kain kendongan (baby sling). Penggunaan baby sling boleh membantu bayi mengurangkan risiko muntah. Pelekapan pada puting mesti betul bagi mengelakkan bayi banyak menelan angin yang boleh menjurus kepada masalah kembung. Anda juga boleh mencuba untuk menyusukan bayi ketika bayi sedang mengantuk.


7. Kadang kala, bayi lebih tenang apabila berada di payu dara. Oleh itu, galakkan hisapan bukan nutrisi (non nutritive suckling). Lazimnya, bayi sudah kenyang tetapi amalan ini membantu mengurangkan kerengsaan perut, mempercepatkan pengosongan perut bayi dan melancarkan penghadamannya.




8. Jika bayi muntah oleh kerana mengalami kembung perut, bantu dia sendawa dan belajar cara-cara untuk merawat kembung bayi daripada pakar. Cuba kenal pasti makanan yang diambil oleh ibu hingga memungkinkan masalah kolik atau kembung seperti susu lembu dan kafein. Jika itu penyebabnya, elakkan daripada mengambil makanan tersebut. Untuk pengetahuan, protein susu lembu boleh hadir di dalam susu ibu dan menyebabkan bayi mendapat alahan perut.




9. Perah susu awal terlebih dahulu (susu yang mengandungi nisbah laktosa kepada lemak yang lebih tinggi) dan susukkan bayi dengan susu akhir (lebih berlemak, nisbah laktosa kepada lemak adalah kecil). Habiskan penyusuan sehingga bayi benar-benar kenyang di sebelah payu dara. Sebagai maklumat tambahan, jika laktosa tinggi berbanding lemak, proses penapaian laktosa akan menghasilkan banyak gas dalam usus bayi yang akan menyebabkannya kembung. Jadi, kandungan lemak yang lebih daripada laktosa akan mengurangkan risiko kembung.




10. Amalan mengurut bayi dengan cara yang betul boleh mengurangkan risiko refluks dan kembung perut. Urutan bayi bukan sahaja dapat menenangkan bayi malah melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan ototnya.


Kredit: bondamiza
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.338392 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list