CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3369|Reply: 13

Dah Hilang Idea Nak Simpan Barang-barang? Buat Saja Seperti Ini

[Copy link]
Post time 6-4-2016 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy
Sikit-sikit nak pergi IKEA beli bekas peralatan, perabot dan sebagainya semata-mata untuk menyimpan barang-barang anda yang banyak itu. Kini, tak payahlah anda membazir. Ala, sebenarnya terdapat banyak idea kreatif yang sangat mudah yang boleh anda boleh ambil contoh.

Seperti idea yang ingin dikongsikan dengan anda di bawah ini. Mudah dah tak perlu berbelanja besar pun. Guna sahaja peralatan yang tersedia ada di rumah anda. Jom, tengok. Anda boleh cuba terus nanti ya! - CARI Infonet

1.  Papan kayu


Papan kayu yang tidak dipakai anda boleh gunakan. Tebuk seperti biasa. Buat dalam lima ke enam lubang. Anda boleh letak pemutar skru dan anda boleh gantung seperti shawl atau kain dan lain-lain.



2.  Kasut

Kaum perempuan selalu bermasalah kalau mahu menyusun kasut. Anda boleh gunakan rak atau tangga. Mudah untuk digantung dan tersusun.




3. Anting-anting

Sekiranya ada bingkai gambar yang sudah pecah cerminnya, anda boleh letakkan wire netting sebagai ganti. Kemudian anda boleh letak anting-anting di situ. Mudah kan?




4. Penyangkut

Anda banyak scarf? Gunakan penyangkut baju kemudian ikat atau gunakan benda bulat untuk meletakkan scarf tersebut. Tidak nampak serabut dan ruang yang lain boleh digunakan untuk letak benda lain.




5. Kadbod

Dapatkan satu kotak kemudian kadbod yang ada anda gulung. Susun ke dalam kotak tersebut. Anda boleh letak pensil ataupun pen. Tidaklah semak atau hilang.




6. Gelang

Macam tak terfikir nak letak dalam botol kosong seperti ini? Baiklah, selepas ini jangan buang botol kosong selepas habiskan air. Bolehlah simpan semua gelang pada botol ini. Tak adalah asyik hilang dan bersepah di merata-rata kan?





Kredit : Sinar dan Bright Side


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2016 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Creative! I loike a lotza!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
blackwidowbae replied at 6-4-2016 11:19 AM
Creative! I loike a lotza!!

tak fhm.ayat mokcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 11:33 AM | Show all posts

Makcik pun tak faham
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 11:50 AM | Show all posts
mmg sgt kreatif!!!

tangga rumah iols mmg dh lama letak kasut.. sb jrg guna. tp bila nk guna ko imagine je la gegeh aku buang kasut2 tuh kekekeke~
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 6-4-2016 11:50 AM
mmg sgt kreatif!!!

tangga rumah iols mmg dh lama letak kasut.. sb jrg guna. tp bila nk guna ko im ...

Hahaha... jenuh tuh nak punggah dan susun balik I feel you dear
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2016 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kreatif dan inovatif.
I like.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 08:41 AM | Show all posts
Aiira replied at 8-5-2016 04:59 PM
Hahaha... jenuh tuh nak punggah dan susun balik  I feel you dear

jenuh woooo nak susun balik~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2016 03:36 PM | Show all posts
blackwidowbae replied at 6-4-2016 11:19 AM
Creative! I loike a lotza!!

jom try nak
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
qronaldo7 replied at 9-5-2016 03:36 PM
jom try nak

Jommmm~~kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 03:34 PM | Show all posts
Kreatif dan idea yang menarik tapi berapa ramai sangat le umat kat Malaysia ni yang minat bertukang untuk menghasilkan benda2 sebegitu.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik dan kretipnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu recycle cawan air tuk letak alat tulis
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 03:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Amazing....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.468584 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list