CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18427|Reply: 149

Tok Ti vs Adam Salleh wartawan Kertu Harian Metro vs peminat Tok Ti

[Copy link]
Post time 8-4-2016 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by qqOfficial at 8-4-2016 12:53 PM

Lantaran kejayaan konsert Tok Ti and Friends di Stadium Negara yang dipuji oleh peminat dan pemerhati industri seni dan melabelkan konsert tersebut sebagai 5 bintang dan antara konsert terbaik artis tempatan, seorang wartawan kertus telah mengeluarkan satu artikel mengenai konsert tersebut.....walau bagaimanapun cara penulisan wartawan tersebut sedikit menongkah arus dan antara lain pengisiannya ialah membandingkan konsert tersebut dengan konsert Sheila Majid pada zaman 90an..

Wartawan kertu tersebut turut menyindir, sarcasm dengan Tok Ti apabila Tok Ti mengambil keputusan utk berehat seketika daripada arena seni dan membandingkan tok ti dengan penyanyi Shila Amzah...malah membandingkan TokTi dengan Tina Turner

makanya ....apa PENDAPAT chuolssss sekalian????  ....

meols tepekkan artikel wartawan ni (Harap2 chuols leh nampak and leh baca yer....) :


dan ini jawapan balas tok ti atas penulisan tersebut :

ctdk : Terima kasih Abg Adam Salleh yg dari dulu tak jemu menulis dan 'menegur' Saya dalam penulisannya..Banyak ilmu dan pengalaman yg kami kongsi bersama sepanjang sama2 dalam industri yg mencabar tapi menarik ini..Walaupun Saya sebagai anak seni menjadi 'hak peminat' , Saya tetap berdiri di Bumi nyata yg saya adalah Hak suami dan keluarga yang mana perlu menjalankan tanggungjawab sbg isteri dan manusia biasa yg ada kemampuan dan batas tertentu.. Tulisan Abang Salleh menarik , tetapi masih ada fakta yg tidak tepat dan perlu di perbetulkan.. Antaranya..Stadium Negara hanya boleh di penuhi sekitar 5000 -7000 orang sahaja setelah di ambil kira penggunaan ruang pentas yg sangat besar😉, Manakala tentang Anugerah pula.Saya di CALONKAN oleh pihak pengganjur dalam beberapa anugerah (melibatkan undian sahaja)& Saya meminta peminat berehat dari MENGUNDI saya kerana saya sudah lihat kesetiaan mereka selama ini dan tidak perlu 'berlawan lawan' lagi untuk membuktikan kesetiaan mereka..cukup dengan kehadiran mereka ke Konsert memenuhi segenap ruang ,menyokong Album saya dan saya tak mimpi ke bulan & bintang tetapi jika ruang rezeki ada di hadapan utk ke peringkat lebih jauh , saya gunakan dgn cara terbaik..Tempoh berehat pun saya sudah maklumkan bukanlah ambil masa sampai bertahun lamanya(sampai lepas Raya)...mana tahu tup-tup...Hujung tahun ada pula Rezeki untuk Konsert lagi..seperti yg saya katakan ..saya adalah isteri yg punya tanggungjawab & batas kemampuan..Bagi Yang masih muda dan belum bekeluarga , terusla capai cita2 kalian ke mana sekalipun kerna sampai waktunya kita tetap kembali kepada Fitrah hidup kita.. 'Berdirilah untuk Terbang menuju Cita Cita& Berpijaklah Di Bumi Nyata '...itu saja secara ringkas yg boleh saya jelaskan sbb setiap penulisan sahabat saya adakalanya mereka tidak berada di situasi saya ..mereka melihat & menilai sahaja ..tetapi saya sangat bertuah kerana terus di sayangi oleh sahabat2 yang sentiasa menegur saya ..Terima Kasih Abg Adam ..😊💐💐👍🏻


TokTi tak melatah pun malah terus dipuji2 wartawan tersebut...huhuuu... tapi biasalah netizen dan pemenat TokTi terus terusan menghencap wartawan kertu tersebut dan turut menghentam Harian metro sbb masih benarkan wartawan ni bekerja dan membenarkan artikel ini disiarkan... (cuba chuols check komen2 kat IG tokti : ctdk)


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 12:56 PM | Show all posts
wartawan kertu masih duduk dalam era 80-an. biarkanlah dia~
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartwan pun tkbleh move on dah masih stuck dlm era lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartwan pun tkbleh move on dah masih stuck dlm era lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat Tina Turner Malaysia - Sahara Yaacob....teringat dedulu tgk dlm mag URTV, posing rocker atas motor besor...teteks pon membuaks sama besor....ngeri siotss...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ALDRIN replied at 8-4-2016 01:01 PM
Teringat Tina Turner Malaysia - Sahara Yaacob....teringat dedulu tgk dlm mag URTV, posing rocker ata ...

@qqOfficial sila ke fb wartawan kerty ittew kerana heshe dah meroyan dituduh bapok tua oleh sitizoners..walhal katanya bapok2 tua yg lain jua yg mengangkat siti selama ni... dan majoriti lelaki dlm sitizoners pun terdiri drpd bapok kertu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2016 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sepitsiput at 8-4-2016 01:19 PM

Komen meols yg sering dilabel "haters DCT"; tp meols sbnrnya pemerhati yg konstruktif ttp x dpt diterima oleh sitizoners

1. Meols x g konser...just tgk dr clippings
2. Utk skala konsert cam tu....siti dh buat yg terbaik.
3. Kene faham siti skrg susah nk dpt sponsor..so bila yonder nk sponsor..sapu je la..although kene join skali dgn retis2 jemputan setengah dozen... maybe yonder/celcom fikir if siti stand alone... susah nk tarik various crowd...
4. Bukan meols kata kalau siti sorg crowd x full...surely full..tp if celcom paggil retis2 lain yg lain market dr siti so dptlah celcom merasa demografik penonton yg pelbagai instead of just acik2 felda sitizoners.
5. Kene be realistik la..konsert ni pun bukan 6 months punya plan...tetiba je ada. Dan siti mesti ada kekangan utk be more creative....in fact creative control mesti dibawah seliaan celcom jugek..bukan 100% from siti.
6. Siti skrg bukan siti yg dulu....dah kertu, bini org...imej muslimah. Xkan nk expect siti buat akrobatik mcm zmn konsert mega khuenn?
7. Although siti deserve bigger stadium...tp std negara just nice for her wlupun x cukup 10k crowd sbb kene fikir faktor ekonomi.
8. To compare style siti entertain crowd dgn sheila majid mmg ibarat langit dan bumi....siti bukan good communicator on stage...her strength is her voice..its her instrument... sheols bukan entertainer yg boleh sembang 10 minit..nyanyi 5 minit. So be realisitic on siti punya capabilities without denying she is a good singer.. xyah ckp byk pun xpe..nyanyi jee. Lainla kalau sheols kuat semput mcm nek jenna..konfemlah kene cover dgn bcakap byk.
9. Kira untungla siti dpt buat konsert...retis lain usahkan konsert...showcase pun belum tentu dpt buat gah2.
10. Adam salleh x salah nk kritik siti...tp siti skrg bukan in her primetime...skrg ni sheols focus to her niche market...sitizoners yg setia tu...dan bukan mass market mcm dolu2.. so kene fikir faktor life cycle jugek. Sheols no longer popstar...but legendary star.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 01:22 PM | Show all posts
batak  mek iti mmg over.kat sini je dapat lehat cthnyatapi kalo ct nak rest kejap pun apa salahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 8-4-2016 01:06 PM
@qqOfficial sila ke fb wartawan kerty ittew kerana heshe dah meroyan dituduh bapok tua oleh sitizo ...

Mmg dr awal Adam Salleh ni sakan tulis up kan CT, iols rasa dr menang bintang rtm pki baju merah tu lagik...selain Adam, yg seangkatan memuja2 Saniboey, Roslen...

terima je laa komen, klu Adam nk meroyan lantak je laa...iols tgk konsert aritu pon nk nengok Afgan iols jer...yg lenlain biasa2 je laa..konsert mmg superb sbb mcm uols ckp tu laa..cam konsert amal TELETON dedulu... barisan artis kenmahin ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Terharu plak dengan jawapan balas siti. Ala2 terbang tunduk gitu. Masih terbang di awan tapi still humble & down to earth. Biasalah tak semua orang suka, kritikan ada yang membina dan pedas berapi. Lumrah hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 01:30 PM | Show all posts
tokti sendiri dah keluar arahan jangan undi dia lagi....
ada retis lain penah kuar statement camni?
sheols dah penat attend awards2 nih.... baik berehat duk umah je
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 01:35 PM | Show all posts
nah...article i jumpa..jom baca sama2

Sabtu lalu, Datuk Siti Nurhaliza beraksi dalam konsert istimewanya di Stadium Negara. Melalui kenyataan pihak pengurusannya di laman sosial, Siti mahu berehat panjang. Peminat juga diminta agar tidak mencalonkan Siti dalam mana-mana anugerah selama tempoh dia berehat. Artis lain kalau berehat panjang jawabnya tidak berasaplah dapur. Apatah lagi dalam situasi ekonomi negara yang pasang surut ini, ada artis yang kais pagi, belum tentu boleh makan tengah hari. Untungnya insan seni bernama Siti Nurhaliza, dia dah kaya meliana bolehlah tidur lena.

Untuk berehat, bolehlah diterima sebab Siti pun manusia biasa. Alasannya mahu tumpu pada keluarga cuma usahlah terlalu lama. Sebabnya sejak masyarakat kita kenal mana satu pelakon, mana satu pula penyanyi tidak pernah pula kita mendengar artis mahu berehat lama.

Era seniman dan seniwati di Shaw Brothers dan Cathay Keris Filem di Singapura, jika ada artis nak berehat panjang, pasti ‘tauke’ sarankan supaya balik kampung saja. Allahyarham Tan Sri P Ramlee sendiri tiada istilah berehat selama beliau memerah keringat di bidang seni sehinggalah kematiannya. Di akhir usia pun P Ramlee sibuk dengan Pawagam P Ramlee dan mahu mengarahkan filem Airmata Kuala Lumpur.

Kita maklum P Ramlee dan Siti Nurhaliza, dua insan seni dari era berbeza. Bagaimanapun populariti kedua-duanya tidak jauh berbeza kerana selain dilakar media, sokongan padu peminat yang tidak berbelah bagi meletakkan kedua-dua penggiat seni ini pada kelasnya tersendiri.

Lalu semacam tidak kena jika peminat diminta untuk menyisihkan Siti dalam apa bentuk anugerah. Penyanyi ada hak, peminat pun ada hak. Samalah seperti wakil rakyat dan rakyat masing-masing mempunyai hak. Jika di arena sukan, Siti Nurhaliza ini persis Datuk Lee Chong Wei, peminat badminton tempatan masih menagih keringatnya, begitulah dengan Siti yang statusnya sebagai diva tidak boleh ditandingi artis lain.

Di kala Siti mahu berehat panjang pada usianya 37 tahun, aneh pula penyanyi Tina Turner yang sudah menjangkau 76 tahun, masih ligat menari dan menyanyi. Dua penyanyi hebat mempunyai kelompok peminat tersendiri, tetapi semangat yang berbeza sebagai penyanyi sejati.

Tina yang berasal dari Tennessee, Amerika Syarikat pernah beraksi dalam konsertnya di Kuala Lumpur pada 1987, tidak salah jika kita berkira-kira suatu hari kelak Siti yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini pula menjayakan konsert istimewa di Amerika Syarikat.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, siapa tahu suatu hari kelak Siti berduet, tidak pun beraksi di pentas sama dengan Tina Turner yang sudah berstatus ‘nyai’ itu. Dalam tempoh Siti berehat panjang bagaimana pula strategi pihak pengurusan untuk melebarkan ‘sayap’ Siti?

Ini pun satu persoalan, sebabnya selepas Konsert Datuk Siti Nurhaliza & Friends tempoh hari, majoriti wartawan memuji persembahan Siti selari dengan jolokannya sebagai penyanyi nombor satu negara. Pujian kian membuak-buak dengan kehadiran pemuzik yang ‘diterbangkan’ khas dari New York. Semacam satu penyakit segelintir orang kita asal pemuzik luar dilabel maha hebat walhal dalam negara bersepah.

Kehadiran lebih 5,000 penonton di stadium yang boleh memuatkan 25,000 pengunjung itu belum cukup berbaloi mengukur kejayaan. Sedangkan Sheila Majid pernah menjayakan konsert di Stadium Merdeka anjuran Roslan Aziz Production dihadiri lebih 25,000 pengunjung.

Di kala kerjaya seni Siti sudah mencecah 20 tahun selepas menjuarai Bintang HMI 1995, kembara seninya sewajarnya sudah semarak lebih global bukan sekadar di Singapura, Indonesia dan Brunei. Di sinilah pentingnya pihak pengurusan merangka strategi pemasaran baru buat Siti.

Dalam hal ini, pengurusan Shila Amzah lebih bersistematik mencari alternatif baru dengan menjadikan China sasaran. Kelebihan Shila berbahasa Mandarin, membolehkannya menjadi satu-satunya penyanyi Melayu bertudung dapat menambat peminat China.

Cuma daripada segi jalinan keharmonian perhubungan antara artis dan wartawan, pengurusan Siti lebih bijak dan berhemah berbanding pihak Shila. Berbaki tiga tahun sebelum mencecah 40 tahun, ia umpama ‘masa kecederaan’ buat pengurusan Siti untuk merealisasikan nama Siti Nurhaliza itu di pentas antarabangsa sebagaimana diimpikan Adam Kidron, atau nama itu kekal sebagai penghibur di nusantara Melayu ini.

Penulis Pengarang Rencana Metro Ahad
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128339#sthash.VgTTCGZk.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 01:35 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 8-4-2016 01:13 PM
Komen meols yg sering dilabel "haters DCT"; tp meols sbnrnya pemerhati yg konstruktif ttp x dpt dite ...

Kenapa akak punya fakta kalo saya baca memamg buat saya pikir betul jugak ekk.. Fakta2 akak selalu logik
Akak ni lulusan apa ha???

--Dari adik yang nak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 01:46 PM | Show all posts
siti should hire better management team utk kembangkan lagi kerjaya dia ke luar negara
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 01:54 PM | Show all posts
sian pulak kat ct...
i ni suke lagu2 ct..tapi tak minat sgt dgn dia...
macam sepit tulis d point 8.. dia ni bab communication kalau 10 bintang i boleh bagi  6 saja walaupun dia dah bergelumang dengan dunia seni berpuluh tahun.
Pagi tadi tertukar channel rancangan ulangan she kat astro apatah namanya Siti..
i tak bole nak masuk dgn cara dia bercakap.. lantas terpaksa tukar channel asian food  
i rela dgr she menyanyi dari bercakap ..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 01:56 PM | Show all posts
haha sukahati siti laa nak berehat ke taknak. nak rehat lama ke sekejap ke ikut dia la woi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 02:02 PM | Show all posts
Kenapa nak sentap dgn komen Adam Salleh tu?
Komen dia sgt membina
Bukan jenis komen dan kondem mcm wartawan sampah Jubir
Adam Salleh menyuntik semangat di pihak pengurusan Siti utk membawa Siti ke arah yg lebih tinggi lagi
Apa salahnya membandingkan konsert Siti dgn konsert Sheila Majid? Bandingan dari segi jumlah penonton, bukan dari cara mereka menyanyi atau cara mereka menghibur di atas pentas. Kalau itu yg dibanding kan mmg jauh panggang dari api lah
Pada pandangan Adam, Siti masih terlalu 'muda' utk bersara awal. Instead of bersara, ada baiknya dia buat perancangan utk maju kan diri sementelah usia muda masih bersisa
Tak nampak 'keponenan' dlm komen Adam Salleh tu pada meols
Instead ia sangat membina!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cloudfly at 8-4-2016 02:14 PM

Ape2 pun bagus tok ti ni..dia pun dh penat jd org popular agaknye..rest tok ti jgn x rest..:zz
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 8-4-2016 02:02 PM
Kenapa nak sentap dgn komen Adam Salleh tu?
Komen dia sgt membina
Bukan jenis komen dan kondem mcm ...

Kau baca x baca ni? Tokti sentap? Tokti retis plg jrg nk melayan news2 psl die. Die komen punyela berkhemah. Dia hanya membalas point pkcik Adam yg kau ckp membina tu disebabkn fakta2 die yg salah. Slh compare? Mmg salah Tokti kene explain sbb netizen kte mudah percaya dr penulisan org lain walau fakta2 yg salah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 8-4-2016 02:02 PM
Kenapa nak sentap dgn komen Adam Salleh tu?
Komen dia sgt membina
Bukan jenis komen dan kondem mcm ...

Masalah skrg ni ialah sitizoners yg kuat melenting..

Dlm porem ni pun ramai.

Meols igt lagi dedulu ada sorg sitizoners tegat ni jd moderator kt board sebelah....dia organize kuiz... meols jawab almost semua betul...tp time bagi tacang meols x dpt langsung. Bengong x? Sgt x pro & kuat sentap...sbb heshe dh banned meols sbb suka kritik siti.

Masalah bukab siti...tp karatznya yg x anggap siti tu maksum bak nabi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.075057 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list