CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1029|Reply: 0

Mengenali Jenis-Jenis Emas

[Copy link]
Post time 12-4-2016 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Hi readers.. Just nak share jenis-jenis emas pada sape2 yang tak tahu or nak tahu or just baca untuk tambah general knowledge.

Standard Emas Di Malaysia :
Mutu 999 – 24Karat
Mutu 950 – 23Karat
Mutu 916 – 22Karat
Mutu 875 – 21Karat
Mutu 835 – 20Karat
Mutu 750 – 18Karat
Mutu 585 – 14Karat
Mutu 375 – 9Karat
Apakah yang dimaksudkan dengan karat?
Karat adalah sistem pengukuran kandungan emas contoh :
Emas 23K ialah : 23K bahagi 24K x 100 = 95.8% iaitu Mutu 958
Emas 22K ialah : 22K/24K x 100 = 91.6% iaitu Mutu 916
Emas 18K ialah : 18K/24K x 100 = 75% iaitu Mutu 750
Mengapakah emas perlu campuran?
Emas tulen sifatnya amat lembut dan tidak sesuai untuk kegunaan harian maka ia perlu dicampur dengan logam lain supaya tahan lasak dan lebih keras.semakin tinggi mutu emas 999 semakin lembut emas@ barang kemas.
Kandungan dan keterangan emas sebagaimana berikut :
1) Emas 999
• Mempunyai kandungan 99.9% emas tulen
• Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’ dan ada juga berbentuk barang kemas tetapi lembut.
• Emas 999 berwarna kekuning-kuningan
2) Emas 916
• Mempunyai kandungan 91.6% emas tulen & 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.
3) Emas 835
• Mempunyai kandungan 83.5% emas tulen & 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
4) Emas 750
• Mempunyai kandungan 75% emas tulen & 25% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 18 Karat (18K)
• Sangat sesuai untuk mengikat batu permata kerana lebih keras
5) Emas 375
• Mempunyai kandungan 37.5% emas tulen & 62.5% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Suasa atau Emas 9 Karat (9K)
• Sangat sesuai untuk mengikat batu permata kerana lebih keras
• Warnanya kemerah-merahan seperti tembaga


Tu je ilmu pasal emas. Till we meet again. Thanks for reading



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.554068 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list