CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1824|Reply: 5

[Dunia] Nenek berusia 81 tahun suka memandu kereta berprestasi tinggi.

[Copy link]
Post time 16-4-2016 01:53 PM | Show all posts |Read mode


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 970x704.


Michalina Borowczyk-Jedrzeje menceritakan pengalamannya kepada sebuah stesen televisyen di Poland berkenaan hobinya suka memandu kereta berprestasi tinggi. Agensi

WARSAW 15 April – Seorang nenek berusia 81 tahun membuktikan usia bukan penghalang untuknya memiliki dan memandu sebuah kenderaan berprestasi tinggi, Subaru WRX STI.

Portal Oddity Central melaporkan, Michalina Borowczyk-Jedrzeje berkata, kereta jenis Subaru sentiasa menjadi pilihannya dan dia sanggup menyimpan wang selama 13 tahun untuk memiliki kereta keluaran terkini itu yang berharga AS$50,285 (RM196,488).

Malah Michalina dilihat gembira memandu kenderaan tersebut hampir setiap hari.

Gambar dan klip video warga emas terbabit memandu kereta berkenaan yang menjadi viral menarik perhatian warga Poland khususnya golongan muda.

Ketika bercakap dalam satu temu bual, Michalina turut memaklumkan dia sememangnya teruja untuk memandu kereta berprestasi tinggi sejak kecil.

Oleh yang demikian, sebaik sahaja bersara, dia mempunyai banyak masa untuk berbuat demikian dengan kereta kegemarannya.

Menurut laporan, selain model Subaru, wanita itu pernah memiliki beberapa kereta lain termasuk jenis Opel, BMW, Mazda dan Honda.

Bagaimanapun, Subaru sentiasa menjadi pilihan Michalina.

“Saya sukakan bunyi enjinnya. Kereta ini mempunyai jiwa dan perasaan. Tidak seperti kereta lain, Subaru membuatkan saya ketagih untuk terus memandunya,” jelasnya.

Michalina yang menetap di Katowice selalu meluangkan masa bersiar-siar dengan keretanya di beberapa bandar lain di Poland dan mampu memandu sehingga lebih 14,000 kilometer setahun.

Pada masa sama, dia masih mampu menanggung kos penyenggaraan keretanya yang mahal hasil simpanan, selain pelaburan dan pendapatan daripada sewaan beberapa hartanah yang diwarisinya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar....pacJTWSF.dpuf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2016 01:55 PM | Show all posts
wowww besttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2016 01:57 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-4-2016 06:01 AM

Kalau di Malaysia orang tua orang cacat ataupun orang kurang upaya lebih baik duduk rumah. Sebab Di luar sana tak Ada or terlalu berkurangan kemudahan yang disediakan untuk golongan ni.

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 01:00 AM | Show all posts
dia sanggup menyimpan wang selama 13 tahun untuk memiliki kereta keluaran terkini itu yang berharga AS$50,285 (RM196,488).


wahh gigihnyaaa... jeles tengok kereta beliyaw. go babushka, go
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 04:52 PM | Show all posts
Wah. Vogue kau nenek.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 04:54 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 16-4-2016 01:57 PM
Kalau di Malaysia orang tua orang cacat ataupun orang kurang upaya lebih baik duduk rumah. Sebab Di  ...

klas sungguh taste nenek nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.141128 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list