CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1209|Reply: 1

ADUN BN Johor pertahan Khaled

[Copy link]
Post time 20-4-2016 02:16 PM | Show all posts |Read mode






Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di negeri ini mempertahankan kepemimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor.

Mereka yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13 hari ini, berpendapat kepemimpinan Mohamed Khaled berjaya membawa pelbagai pembangunan dan kemakmuran ekonomi di negeri ini.

Datuk Dr Adham Baba (BN-Pasir Raja) berkata, penambahbaikan yang dilakukan kerajaan negeri secara berterusan membuktikan keberkesanan dan kejayaan pentadbiran Mohamed Khaled bersama barisan kepemimpinannya.

"Kita dapat melihat bagaimana Menteri Besar Johor memperkenalkan banyak dasar dan program yang merangkumi pelbagai perkara untuk kemajuan serta ekonomi Johor.

"Antaranya, Pelan Suara Hati Johor, Dasar Johor Prihatin dan Pelan Pertumbuhan Strategik Johor (PPSJ) yang dilihat sebagai enjin penting untuk memacu ekonomi Johor," katanya.
Khamis lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dalam titah ketika merasmikan sidang DUN Johor ke-13, menzahirkan kepercayaan penuh terhadap Mohamed Khaled dengan barisan kepimpinan kerajaan negeri sedia ada.

Sementara itu, A Aziz Ismail (BN-Senggarang) berkata, kerajaan negeri menyediakan pelbagai perancangan dan program bagi setiap lapisan masyarakat supaya tiada rakyat negeri ini terpinggir dari arus pembangunan.

"Buat mereka yang tidak berpijak di bumi nyata dengan keikhlasan dan keupayaan Mohamed Khaled, saya sarankan jangan bermimpi di siang hari kerana semua ADUN BN di Johor berdiri teguh di belakang Menteri Besar Johor.

"Prestasi beliau amat baik sebagai seorang menteri besar yang rasional dan pragmatik lagi progresif serta kreatif tanpa perlu dikaitkan dengan apa juga drama sensasi," katanya.

Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (BN-Jorak) berkata, kepemimpinan Mohamed Khaled meletakkan nama Johor di persada Asia dan rantau antarabangsa.

Menerusi PPSJ, katanya, kerajaan negeri berupaya mengenali kekuatan dan potensi pembangunan setiap daerah di negeri ini.



sumber :http://www.bharian.com.my/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 08:13 PM | Show all posts
napa timbuo isu neh,tmj suruh die ltak jwatan ker
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.073723 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list