CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matabelalang

[Tempatan] GELARAN DATO SERI MB TERENGGANU DITARIK BALIK

[Copy link]
 Author| Post time 24-4-2016 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
msxx replied at 24-4-2016 07:28 PM
Speaker zubir tu dh dapat dato ke blum?

Tuuuuu.....senarai nama2 kenamaan Terengganu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2016 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
PAS bawah Hadi Awang pecah belah.. Sama lah UMNO bawah Najib..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai sudah masih tak tau apa sebab sultan murka ya..semua komen kawan pada kawan cerita atas cerita..
Aku ingat sultan gannu ni suci murni..rupa2 kaki sentap juga ya
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 24-4-2016 09:09 PM
Dato sri vida,Dato sri sm salim,Datuk M Daud Kilau,Datuk Shah Rukh Khan....apa ada pada 'gelaran'?

Eh...tarik depa bt pe...
bekap la partai kesayangan ko....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
bluehedgehog replied at 24-4-2016 09:51 PM
Eh...tarik depa bt pe...
bekap la partai kesayangan ko....hehe

Dato seri blue.....(eh3..peliknyer nama mu),tak seindah wajahmu...mmmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dato seri blue....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2016 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 24-4-2016 07:41 PM
3 bulan mendernya...hat bulan 8 taun lepas pun tak bayar2 lagi, tu pun masih tak malu nak menambah ...

Hok oloh, baik blacklist je la yg tkg order tu. Peruntukan sbenanya ada & x lambat pon. Kalau peruntukan dun utk apa2 yg berkaitan dgn raya ni paling lambat pon 3 bln mesti dapat. Kalau ko dpt direct order dr pjbt dun la. Kalau melalui 3rd party tu haru tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Md said tu.masa jd MB pun banyak projek entah apa2 yg tak menjadi. Rugi ada la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2016 10:22 PM | Show all posts
i'm hoping that gelaran dato seri diraja utk si Adnan Yaakob (MB samseng Pahang) tu jugak ditarik...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 10:43 PM | Show all posts
Edited by zorrro_03 at 24-4-2016 10:46 PM
aechae replied at 24-4-2016 07:01 PM
bakpe nyaa....mat sabu bkn duk ganu pn...bkn muka dia pn ats kertas undi tu

Berat menanag taste kau.  Waste amat sgt....


Btw  ADUN berkampung di rumah rasmi MB sejak ptg tadi.  Malam ni sepatutnya saya ada discussion dgn sorang penyelaras DUN ni. Tapi sampai jam 22.46 ni masih menunggu.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 10:58 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 24-4-2016 09:07 PM
Kami xmahu kuasa, kami nak nasihat saje. Kahkahkah...

Takut tahan sepenggal je kottt..fobia
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 posted on 24-4-2016 09:30 PM
PAS bawah Hadi Awang pecah belah.. Sama lah UMNO bawah Najib..

Bawah mat Sabu macam mana pulak tu???

Bawah Lim Gun Eng...Wan Azizah tak tengok??
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 24-4-2016 12:04 PM
kat tanah Malon ni, semua menteri otomatik akan didatukkan, apa nak takut, ilang satu mai seribu..:l ...

Kj xdak ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2016 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena ingat esok 26 April 2016 adalah Hari Keputeraan Sultan Terengganu. Sepatutnya masa Hari Keputeraan biasanya Tuanku Sultan beri anugerah, jangan2 masa Hari Keputeraan umum anugerah yang ditarik balik pulak ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa agaknya sultan murka dengan dia? Adakah dia telah cross any line? Takkanlah sultan sentap pasal benda yang remeh-temeh je?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 07:38 AM | Show all posts
dari zaman derih dulu..kalau depa bergasak dgn sultan..
depa bergasak pasal apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2016 07:43 AM | Show all posts
Minami2013 replied at 24-4-2016 09:30 PM
PAS bawah Hadi Awang pecah belah.. Sama lah UMNO bawah Najib..

tp najib ada uang nk buat cover2..last2 semua hepi
parti2 lain mana ada mampu buat gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 07:43 AM | Show all posts
Spekulasi 'Datuk Seri' Razif ditarik balik, Hisham minta tenang

http://www.malaysiakini.com/news/339009

Alyaa Alhadjri     
24 Apr 2016, 5:28 petang      24 Apr 2016, 6:52 petang



Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa semua pihak supaya bertenang berikutan persoalan terhadap kemungkinan hubungan tegang di antara istana dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi bahawa Sultan Mizan Zainal Abidin telah membatalkan semua gelaran rasmi yang diberikan kepada Razif.

"Saya minta semua bertenang. Kita belum tau apa perkembangan sebenarnya (Di Terengganu).

"Tetapi selaku mantan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, ini bukan satu perkara yang tak pernah kita lalui. Yang penting sekarang adalah untuk pastikan apa dia perkara yang boleh pecah-belahkan kita, kita kurangkan," kata menteri pertahanan itu selepas pelancaran Program Khidmat Negara 2.0 di KLCC Kuala Lumpur.

"Saya minta jangan beremosi, bertenang. Pastikan kelebihan kepada badan perhubungan dan negeri itu lebih dari kepentingan individu," katanya.

Ditanya sama ada BN Terengganu dalam bahaya kerana ia hanya mempunyai majoriti dua kerusi, Hishammuddin menafikannya.

"Kita telah buktikan sebelum ini kalau kita letak kepentingan parti dan negeri lebih besar, dua kerusi bukan suatu yang membimbangkan," katanya.

Termasuk bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, BN kini mempunyai 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 14 kerusi daripada PAS dan seorang daripada PKR.

Ahmad awal bulan lalu memfailkan undi tidak percaya terhadap Razif, mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran menteri besar.

Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Razif mengambil alih jawatan menteri besar daripada Ahmad pada Mei 2014.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 07:45 AM | Show all posts


@dizzek
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 07:49 AM | Show all posts
Hubungan Ahmad Razif, istana kini timbulkan persoalan

http://www.malaysiakini.com/news/339007

Alyaa Alhadjri     
24 Apr 2016, 4:59 petang      24 Apr 2016, 6:11 petang



Hubungan antara istana dan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman kini menimbulkan persoalan selepas beliau diperkenalkan dalam dua majlis rasmi tanpa gelaran darjah kebesaran 'Datuk Seri'.

Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail berkata majlis yang diadakan semalam dan pagi ini hanya menyebut Ahmad Razif sebagai 'Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tanpa gelaran lain.

"Ini sudah tentu bertentangan dengan amalan biasa," kata ADUN Bandar itu kepada Malaysiakini.

Portal AMANAH, Malaysia Dateline semalam memetik sumber yang mendakwa Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat lepas telah menarik balik gelaran kepada Ahmad Razif hingga mencetuskan khabar angin mengenai pertukaran menteri besar.

Menurut laporan Harian Metro pagi ini, Razif turut hadir semasa pelancaran majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016 di Hotel Primula di Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Mizan.

Razif, bersama-sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Osman Muda, bagaimanapun dilaporkan meninggalkan majlis sebelum wartawan mendapatkan komen mengenai perkara itu.

Satu kejadian yang sama telah dilaporkan berlaku pada majlis Umno Dungun malam tadi.

Berita Harian memetik sumber sebagai berkata bahawa gelaran itu dibatalkan melalui perintah secara lisan.

Malaysiakini telah menghubungi Ahmad Razif untuk mendapatkan komen.

Mengulas lanjut, Azan menegaskan bahawa semua pihak perlu menahan diri daripada membuat spekulasi ke atas perubahan menteri besar kerana perkara itu di bawah budi bicara penuh sultan.

"Sebagai ADUN, saya bersimpati dengan MB. Tetapi saya bersimpati lagi dengan rakyat kerana kerajaan negeri tidak akan dapat memberi tumpuan kepada menjalankan tugasnya," katanya.

Azan berkata, 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kini "tergantung" selepas Razif menafikan bekas MB Datuk Seri Ahmad Said peruntukan di kawasannya. Ahmad Said adalah ADUN Kijal.

"Dengan menafikan peruntukan tersebut kepada Ahmad, menteri besar tidak lagi mengiktiraf beliau sebagai seorang ADUN BN," dakwa Azan.

BN mempunyai 17 ADUN, termasuk Ahmad, manakala kerusi pembangkang terdiri daripada 14 daripada PAS dan Azan merupakan ADUN PKR tunggal di Terengganu.

Ahmad bulan lalu memfailkan undi tidak percaya terhadap Razif tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Undangan Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Ahmad mengesahkan Razif telah mengambil alih peruntukan untuk DUN Kijal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.143421 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list