CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ruzaini90

Percintaan bertahun akhirnya dapat bersama?

[Copy link]
Post time 28-4-2016 03:21 PM | Show all posts
Alhamdulillah 6 tahun single baru-baru ni dapat menjalin cinta baru. Indahnya rasa setelah lama kesunyian ingin berteman. Sekarang masing-masing dalam mood serius. Saling menyukai antara satu sama lain. Perkenalan di U pada tahun terakhir.

Cuma saya ingin bertanya, setiap percintaan pasti akan di akhiri dengan impian untuk berumah tangga bukan dalam kes kami saya berumur 26 dia 23, kami ada plan jika seperti di rancang 5 tahun dari sekarang baru akan berkahwin. Sebab masing-masing ada plan sendiri, nak sambung master dan juga kerjaya. Saya sendiri akibat gagal bercinta lalu pernah set target nak kawen pada umo 35 tapi tak jangka plan berubah. Bukan terburu-buru ingin berumah tangga. Cuma masa yang akan di ambil selama 5 tahun tu rasa cukup panjang. Kadang-kadang pkir kenapa jmpe skrg, kalau dah berkerja terus kawen je ni. Sebab selalu terbaca bercinta lama-lama akhir putus juga. Rasanya dah cukup bersyukur dengan yang ada sekarang. Pelajaran adalah penting tapi pada masa sama ingin mencari teman hidup.

Dalam forum ni ada yang bercinta lama tapi dapat mempertahankan cinta ni dan akhirnya berumah tangga? Nak amek semangat sikit, menghadapi tahun-tahun mendatang yang akan penuh mencabar. Bagaimana korang menghadapi semua cabaran. Jika bole share pengalaman amatlah di alu-alukan.
Saya sendiri, bercinta 8 tahun, termasuk 4 tahun berpisah jauh, sbb saya berada di luar negara. Alhamdulillah, jodoh panjang, kami berkahwin lepas saya balik dari overseas. Nasihat saya, jika ada ruang dan peluang utk bernikah awal, jgn ditangguh. Sy sendiri dulu, berkawan lama2 bukan pilihan saya, tapi keadaan dan situasi ketika itu memaksa kami menyulam cinta begitu lama. Bukan senang ya, kalau hati tak cukup kuat bila2 saja boleh putus. Tapi Allah dah jodohkan kami, maka kami akhiri perkenalan dgn perkahwinan. Sepanjang pjj itu, saya fokus kepada tanggungjawab yg saya perlu lunaskan di overseas. Saya takdelah fikir nak carik orang lain, hanya fokus kerja. And cara kami cope dgn tempoh lama itu ialah saling berhubungan melalui sms/call hari-hari. Kadang2 tak terasa sbnrnya saya berada di benua lain, dia di benua lain. Cuma kena adjust time zone yg berbeza.
Paling penting, selalu ingat, apa pun berkemungkinan untuk terjadi. Jangan terlalu berharap pada percintaan yang tiada apa2 ikatan. Sayangi seadanya, semampunya, selebihnya pada Allah jua kita berserah.


All the best

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2016 03:51 PM | Show all posts
saya bercinta hampir 13 tahun...7 kali putus...dan yang ketujuh adalah yang terakhir...masalah restu org tua...ingatkan bila pertahankan hubungan akan dapat restu...tp walaupun dah 13 tahun still x dapat2..so saya mengalah...mgkin mmg dah tertulis tiada jodoh kami...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 02:07 PM | Show all posts
biasanya arrangement mcmni merugikan perempuan.. sbb lepas dh 5 tahun takut lelaki tu dh berubah hati.. dh jumpa org lain ke.. gaduh besar. atau pun masing2 dh tawar hati.. nanti perempuan tu dh berumur sikit makin susah nak cari someone.

laki takpe umur 40 lebih pun masih laku lagi. masih kira eligible bachelor..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ruzaini90 replied at 24-4-2016 11:24 PM
Eh macam kenal, hai akak..ada lagi kat sini. Berjumpa kita lagi, masih igt saya tak? Baik kak..itu ...

Hahha ye..ingat lg adik..dah grad yea? Tahniah dik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2016 01:27 AM | Show all posts
siputsedut posted on 2-5-2016 01:47 PM
Hahha ye..ingat lg adik..dah grad yea? Tahniah dik...

Mestilah igt kak, kawan lama di board ini. Tak sangka jumpa lagi, ape kabar skrg? Saya dah habis belajar kak cuma skrg saya sambung ijazah. Syukur juga dapat sambung lagi. Insyaallah tahun depan habis. Lepas tu bermula langkah baru lagi.

Kat u ni buat relationship baru, lama single. Tak sangka jumpa lgi, mudahan oklah. Hal dulu tidak diulang sama sekali. Terus maju kehadapan gitu. Mudahan bertahan  kak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2016 01:33 AM | Show all posts
Terima kasih semua atas comments, sedang menyelusuri hari-hari bahagia. Mudahan terus begitu, lagi beberapa bulan untuk jadi cinta jarak jauh. Tengok lah macam mana. Jeli-jeli sekarang tak de, tak mudah pkir bukan2. Masing macam ready je kali ni. Pernah juga tanya gf macam mana sebab dengar banyak masalah nanti. Jawapan di berikan agak memberangsangkan.

Cuma itulah sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Masing-masing pernah gagal bercinta. Si gf penuh dengan sikap sambil lewa, egois. Anak sulung mungkin tapi nampak berubah ke arah lebih baik. Hasil didikan si bf haha..

Harap berjaya menempuhi, jika ada nasihat serta cerita boleh share lagi ye ;)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2016 06:06 AM | Show all posts
Hakak bercinta dari form 1, bertunang pada umur awal 25 tahun, berkahwin pada umur 26 tahun






Dengan orang lain. Sekarang dah 8 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 10:39 AM | Show all posts
bg akak ok jer..

akak couple 6thn.. kawen dh 6tahun..

apa yg penting,hati..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2016 12:18 AM | Show all posts
CikguZara posted on 6-5-2016 06:06 AM
Hakak bercinta dari form 1, bertunang pada umur awal 25 tahun, berkahwin pada umur 26 tahun

Lama tu kan, mesti banyak cabaran tu kan? Bagaimana akak hadapinya?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2016 12:19 AM | Show all posts
Thuglife posted on 6-5-2016 10:39 AM
bg akak ok jer..

akak couple 6thn.. kawen dh 6tahun..

Bila hati berubah itu yang susah kan, dapat masing-masing jauh. Boleh tgk yang bila masing2 jauh mulalah berubah hati kan.

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 09:54 AM | Show all posts
Ruzaini90 replied at 8-5-2016 12:19 AM
Bila hati berubah itu yang susah kan, dapat masing-masing jauh. Boleh tgk yang bila masing2 jauh m ...

yup.. btol.. dulu kami selalu bjauhan.. keje akak perlukan akak slalu outstation. Sebulan, smggu jer ada ms ngn dia..
PAs tu Dia dpt plak keje bdn beruniform.. transfer jauh..
bknnya x penah d landa badai.. tp kalo hati mmg kuat.. sayangkan hubungan.. sygkan dia, kita akan ttp pertahankan..
InsyaAllah.. laki dan perempuan sama jer.. iman kene kuat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2016 03:06 AM | Show all posts
Tapi kan ada satu benda pelik sekarang, ramai kawan-kawan tahu sy ada gf sekarang. Nak kata becinta bagai nak rak tu tak delah sangat, ktorang jarang jumpa tapi mmg hari2 contact cara whatapps. Selalu dengar mulut2 belakang, jangan beria sgt jangan beri harapan. Nanti kecewa susah, masih tak faham ape maksud ini. Rasa pihak sana macam serius.

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 07:57 AM | Show all posts
taktaulah nak kata dik sbb 5 tahun kan? ini cerita akak ye..akak pun bercinta dan janji nak kawin dalam masa 6-7 tahun sbb dia ni nak sambung sampai master ( masa kenal dia baru 1st year degree)..rancang nak tunang dulu lepas grad sebelum sambung master.. ni dah 4 tahun dan nak grad bulan 11.. ko tahu apa jadi? baru2 ni dia kata dia taknak tunang or kawin sbb dia tak yakin dgn masa depan dia..see? Segala yg kami cerita dan angankan setiap kali chatting dan jumpa selama 4 tahun ni habis! Berkecai! Hopeless! Camnilah.. Kalau ko betul2 sayang dgn dia, ko kena bertahan dgn apa jugak cabaran dan godaan yg mendatang, Jgn ikut kata hati, jgn berjanji sesuka hati. Kesian wooo anak org tunggu lelama tuptup tak jadi pulak..Banyak berdoa pada Allah.. or sebelum ko berjanji ko buat Ishtikarah dulu..kalau itu jodoh kau Inshallah hubungan ni akan bertahan hingga time yg ko dah set tu. Gudlak dik..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 08:43 AM | Show all posts
Bercinta lama ni ada yg berakhir gembira, ada juga yang tak. Pokok pangkal terletak pada kejujuran kita dgn diri sendiri. Kadang dah dibagi hint tapi kita masih menidakkan dan teruskan jugak tu yg akhirnya tak hepi. Tapi tu la, bercinta lama ni kita dapat tau perangai sebenar pasangan.

Macam kitorang, bercinta saja dah 8 tahun. 8 tahun tu penuh dugaan. Fuh, tak terkata kalau nak kata hati ni dah bercalar-calar. Apek pulak jenis susah nak jatuh cinta.

Macam apek dgn pasangan 'ter'mengamalkan tinggal bersekali. Dalam pada tu tau dia ni jenis mcm mana. Nasib baik la dia tu lelaki yg menepati ciri-ciri pembersih dan teratur mcm apek nak. Kalau tak sia-sia je saja dara ku dirobek. 8 tahun dik.

Tapi jgn ikut pulak. Rasa bersalah sampai mati.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 12:27 PM | Show all posts
apech replied at 10-5-2016 08:43 AM
Bercinta lama ni ada yg berakhir gembira, ada juga yang tak. Pokok pangkal terletak pada kejujuran k ...

"Macam apek dgn pasangan 'ter'mengamalkan tinggal bersekali. Dalam pada tu tau dia ni jenis mcm mana. Nasib baik la dia tu lelaki yg menepati ciri-ciri pembersih dan teratur mcm apek nak. Kalau tak sia-sia je saja dara ku dirobek."

aku x phm... care to explain more please..

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 02:10 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 10-5-2016 12:27 PM
"Macam apek dgn pasangan 'ter'mengamalkan tinggal bersekali. Dalam pada tu tau dia ni jenis mcm ma ...



Erk!!

Bersekedudukan tau?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2016 12:04 AM | Show all posts
apech replied at 10-5-2016 02:10 PM
Erk!!

Bersekedudukan tau?

owh... tu mmg lifestyle korang atau kesempitan hidup menyebabkan terpaksa tinggal bersekali?..

jgn salah fhm.. aku tanya ni sbb aku suka mengenali cara hidup dan personaliti org lain terutamanya diluar komuniti tipikal melayu malaysia..

kalau ada aib yg tak mahu diceritakan, then takpe.. tak payah cite pun takpe... abaikan je soalan aku ni..

kalau sudi berkongsi cerita, pastikan relevan dgn topik thread ni so that cik momod tak marah..





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 12:17 AM | Show all posts
tembamgirl09 posted on 10-5-2016 07:57 AM
taktaulah nak kata dik sbb 5 tahun kan? ini cerita akak ye..akak pun bercinta dan janji nak kawin da ...

Terima kasih atas perkongsian ye kak, takot pulak saya dengar. Kang dah jejauh masing-masing berubah hati. Saya harap hubungan kali ni tak lah begitu, serik dah nak bercinta. Nak sulam-sulam manis ni alahai, makan masa. Sblum nak capai kata sepakat org kata, buat masa ni hati kuat cakap dia. Saya dan dia berkenalan pun kak sebab kat u saya, sy ada buat servis repair laptop. Kbetulan sem lepas laptop dia problem, dia msj saya sibuk dengan fyp. Bila saya balas, sebab dah lewat dia kata dah settel problem laptop dia. Jadi sya endahkan, tak lama lepas tu dia wee chat sy. Blas comments terus dapat sangkut. MMg dia approach hbis, tapi ini bukan isi siapa suka siapa. Cuma macam mana nak bertahan.

Akan saya cuba yang terbaik, istikarah serta yang mana sesuai kak. Harap jangan bergaduh masing2 bole faham seperti sepatotnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 12:22 AM | Show all posts
apech posted on 10-5-2016 08:43 AM
Bercinta lama ni ada yg berakhir gembira, ada juga yang tak. Pokok pangkal terletak pada kejujuran k ...

8 tahun ye masa yang amat lama tu bukan mudah saya rasa mesti banyak cabaran. Mujur masa yang ada tu dapat di gunakan untuk mengenali siapa lelaki itu. Hati tercalar-calar ni buat risau makan hati semua, mgkn kene toleransi kan. Buat masa skrg xde isu gaduh mungkin masih2 sesi mengenali lagi. Akan datang mintak janganlah begitu.

Baik kak, amek aura dlu tapi tak delah ke situ ye.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 12:23 AM | Show all posts
terma2nkondisi2 posted on 11-5-2016 12:04 AM
owh... tu mmg lifestyle korang atau kesempitan hidup menyebabkan terpaksa tinggal bersekali?..

...

Menarik tu nak tahu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.111075 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list