CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 744|Reply: 0

Calon Langsung BN Adalah Formula Unik- Zahid

[Copy link]
Post time 27-4-2016 02:49 PM | Show all posts |Read mode





PAKAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kaedah calon langsung yang digunakan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN) sebagai formula politik yang terlalu unik.

Beliau berkata, walaupun sudah memiliki empat parti komponen, BN Sarawak tetap menampilkan calon mampu menang daripada kalangan parti yang mesra BN.

"Formula meletakkan calon langsung BN ini terlalu unik kerana ia dilaksanakan atas semangat BN. Walaupun kita ada parti komponen, kita menampilkan calon langsung atas semangat kerjasama sesama BN.

"Calon langsung ini sanggup melepaskan jawatan dalam parti mereka yang mesra BN, kerana yakin hanya BN mampu melaksanakan akujanji kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang George Chungot, Nanga Nansang,sebentar tadi.

Yang turut hadir, calon langsung BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom. BN Sarawak menampilkan 13 calon langsung pada PRN-11.




sumber : www.bharian.com.my


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.050188 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list