CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1594|Reply: 9

Pakatan Tak Boleh Harap: Lim Kit Siang Akhirnya Mengaku Kalah

[Copy link]
Post time 27-4-2016 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SETELAH  gagal  menahan parti-parti pembangkang dari bertempur sesama sendiri berdepan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Sarawak kali ini, veteran DAP, Lim Kit Siang sudah angkat `bendera putih'. Dalam satu ceramah di Kuching malam tadi, Kit Siang tidak lagi dapat menyembunyikan putus asanya terhadap kegagalannya memandu pakatan pembangkang di Bumi Kenyalang.

“Saya memohon maaf kepada rakyat Sarawak dan Malaysia kerana kegagalan pakatan harapan untuk memastikan pertandingan satu sama satu dengan BN,” katanya.

`Bendera putih’ yang baru diangkat Kit Siang ini tidak berlaku dalam pilihan raya negeri 2011 yang menyaksikan kesemua parti pembangkang solid bertanding di 71 kerusi. Hasilnya DAP menang 12 kerusi, PKR 3 dan Bebas 1.

Walaupun Kit Siang merayu di Miri beberapa hari sebelum penamaan calon supaya pembangkang mengelakkan pertembungan sesama sendiri menghadapi BN, ini langsung tidak dihiraukan.

Dan penamaan calon di Sarawak semalam jelas menunjukkan terdapat percanggahan antara parti politik dalam pakatan Harapan.

Majlis Presiden yang kononnya menentukan pembahagian kerusi untuk pilihan raya  gagal  membahagikan kerusi dengan baik sehinggakan terdapat enam kerusi DAP bertembung dengan PKR iaitu di:

1. N13 Batu Kitang - DAP vs PKR

2. N19 Mambong - DAP vs PKR

3. N32 Simanggang - DAP vs PKR

4. N49 Ngemah - DAP vs PKR

5. N66 Murum - DAP vs PKR

6. N78 Mulu - DAP vs PKR

Tindak tanduk bebal yang ditunjukkan pakatan harapan untuk menyelesaikan pengagihan kerusi bagi pilihan raya  negeri ini   secara langsung menunjukkan bahawa dokumen perjanjian yang ditandatangani pada 9 Januari lalu di Shah Alam  langsung tidak dihormati.

Bahkan, langsung tidak mencerminkan perdirian mereka yang kononnya mereka berjuang untuk rakyat.

Berdasarkan dokumen perjanjian itu, Fasal 7.2 di dalamnya jelas menyatakan bahawa jika terdapat satu parti secara jelas telah melanggar mana-mana perkara  dalam perjanjian Pakatan Harapan, maka parti tersebut boleh digugurkan keahlian dari pakatan.

Maka jelaslah,  pertikaian lima kerusi antara DAP dan PKR menunjukkan bahawa kedua-dua parti ini secara tidak langsung telah melanggar perjanjian mereka sendiri dan perlu digugurkan keahlian dalam Pakatan Harapan.

Apabila persetujuan gagal diperoleh Majlis Presiden dalam menentukan apa-apa jua keputusan, maka pakatan harapan sudahpun terkubur.

http://klxpress.com.my/editorial ... -mengaku-kalah.html Last edited by sabbath_shalom on 27-4-2016 08:29 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2016 09:14 PM | Show all posts
kenaa calon asx dak

x dak org muslim a diserawakk
att semua kerusi as betandung,bia kua pun
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana macai sunyi sepi je....kruuuukkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak langkah kajang gila kuasa mb jadi lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dah lama tau...memasing gila kuasa...
baik bn pkr dap hatta pas sekalipun..
lantak korangla...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang nak bertempur sampai mampus pun lantakla  penyukong pun dah malas tengok gelagat2 org gila kuasa ni.
Tak payah ada parti politikpun lagi bagus. Zaman Nabi dan para sahabat serta Khulafa arrasyidin x payah pun ada parti2 semua krn org jd pemimpin bukan krn gila kuasa tp ikhlas krn Tuhan dan ikhlas tulong rakyat. Sekarang semua ada kepentingan. Pigi jahnamla politahik yg hanya menyusah dan memecahbelahkan rakyat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2016 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak dah lama kata PR jauh lebih tak guna banding BN di Sabah dan Sarawak.

So

Bak kata brader @cmf_shalom - selamat sembah busut buat macai2 PR.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 27-4-2016 10:54 PM
Akak dah lama kata PR jauh lebih tak guna banding BN di Sabah dan Sarawak.

So

Sayek sayang sarawak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2016 08:22 AM | Show all posts
Dap mmg xreti berkawan..tgk la sblm ni kt srwk..bkn nye gaduh ngan pas je..nga pkr pn perang gak.cash la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2016 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
DAP kene nilai diri tu balik....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.414281 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list