CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8568|Reply: 34

Gempar: Pocong Bt. 23 Sg. Nibong

[Copy link]
Post time 27-4-2016 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SUNGAI BESAR - Bayangkan jika pada tengah malam anda sedang menunggang motosikal seorang diri, tiba-tiba motosikal anda terasa berat seperti ada 'benda' membonceng di belakang.

Itu antara gangguan misteri yang dialami penduduk di Kampung Batu 23 Sungai Nibong di sini, yang didakwa berlarutan sejak tiga minggu lalu.

Ada penduduk mendakwa mereka sering diganggu pocong di simpang jalan dan belakang tandas selain mendengar dengkuran di belakang rumah pada waktu malam.

Penduduk, Mohd Hafiz Ridzuan, 25, berkata, pengalaman terserempak lembaga berkain putih seperti pocong berdiri di tepi pokok jenjarum ketika menunggang motosikal bersendirian menjadi pengalaman ngeri yang tidak boleh dilupakannya.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 10 malam, Rabu lalu itu berlaku ketika dia ingin pulang ke rumah yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian selepas bertemu rakan-rakannya di pantai berhampiran.

“Lepas solat Isyak di masjid, saya jumpa kawan-kawan... tapi sebaik nak belok ke simpang empat balik ke rumah, saya nampak ada lembaga berkain kafan dengan kesan tanah.

"Kecut perut saya... cuba juga pecut motosikal tapi rasa berat sangat macam ada makhluk yang duduk di belakang," katanya.

Sejak peristiwa itu katanya, dia tidak lagi berani pulang lewat malam.

“Hanya ALLAH yang tahu perasaan saya masa tu. Saya terus masuk rumah tanpa toleh ke belakang,” katanya.



Dengar bunyi dengkuran

Sementara itu, seorang penggali kubur, Kamarulzaman Mat Zin, 43, berkata, dia dan keluarganya pernah terdengar bunyi dengkuran kuat di rumahnya selama tiga hari berturut-turut, minggu lalu.

Menurutnya, dengkuran itu mula kedengaran sekitar jam 10 malam hingga 3 pagi hingga menyebabkan mereka sekeluarga ketakutan.

“Bunyi dengkuran tu lama sangat dan memang menakutkan kami. Lagipun, sepanjang duduk sini, tak pernah ada gangguan macam ni.

"Tapi kejadian ni memang buat hidup kami bercelaru," katanya.

Dia berkata, terdapat lebih 20 penduduk kampung datang ke rumahnya pada waktu malam untuk menyaksikan sendiri kebenaran cerita itu, namun mereka tidak mendengar suara pelik terbabit ketika berada di luar.

“Ada beberapa penduduk yang masuk dalam rumah saya cakap memang dengar bunyi suara, tapi di luar tak dengar pula bunyi," katanya.



Penggali kubur kena fitnah

Dalam pada itu, Kamarulzaman menyuarakan kekesalan apabila difitnah menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook, kononnya mencuri tali pengikat kafan dan kapas pada hidung mayat penduduk kampung berkenaan.

"Semua ni fitnah semata-mata... takkanlah saya tak tahu hukum agama sampai tergamak nak curi semua tu.

"Pelbagai andaian dibuat sampai timbul fitnah yang mengatakan saya curi kelengkapan mayat sebab nak kaya dan sebagainya

“Kejadian gangguan ni memang berlaku, tapi tuduhan itu tak berasas. Saya buat kerja gali kubur ni ikhlas kerana ALLAH, malah bila dengar ada orang meninggal dunia, saya sanggup henti sementara kerja dan terus turun ke kubur," katanya.



Nampak makhluk berbungkus kain putih

Kakak Kamarulzaman, Zainab Mat Zin, 52, berkata, dia yang tinggal berjiran dengan adiknya tergamam ternampak kelibat makhluk berbungkus kain putih ketika ingin membuang air di tandas di belakang rumah.

“Saya nampak depan mata sendiri... masa tu saya minta anak lelaki teman ke tandas, tapi saya tak nak cakap apa-apa masa tu sebab risau anak takut.

“Bila masuk semula ke rumah, saya jadi takut sebab dengar bunyi suara kuat dari luar rumah,” katanya.



Jumpa longgokan kain putih

Bagi Baharudin Mat Zin, 48, penemuan longgokan kain putih berhampiran pokok buluh ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sehingga kini masih menjadi misteri.

“Lepas balik dari laut saya terus ke rumah... masa tu saya nampak banyak kain putih atas jalan.

"Tapi bila saya lalu jalan itu esoknya, kain itu dah tak ada,” katanya.

Hamid Arshad, 73, pula berkata, walaupun tidak menjadi mangsa gangguan itu, namun dia mengakui kali terakhir menemui makhluk tanpa kepala ketika pulang dari masjid Disember tahun lalu.

"Saya sampai demam dua minggu... saya tak boleh makan dalam 19 hari sejak jumpa makhluk tu. Pernah juga saya ditumpang makhluk halus menyerupai isteri naik motosikal.

“Sampai di rumah, dia ikut tepi rumah tapi bila saya masuk isteri ada di dalam. Tapi misteri gangguan kali ni, nampaknya lebih ngeri dari apa yang saya jumpa dulu,” katanya



Perlu kuatkan iman

Sementara itu, Nazir Masjid As-Sirat Batu 23 Sungai Nibong, Sakip Mansor meminta orang ramai tidak mudah percaya cerita terjumpa makhluk halus yang tersebar.

Menurutnya, penduduk juga dinasihatkan tidak menyebarkan cerita tersebut yang belum tentu sahih kerana ia bukan sahaja boleh menimbulkan fitnah, malah mengganggu ketenteraman penduduk.

“Kiita tak nafikan kewujudan makhluk halus tapi jangan terlalu mudah percaya cerita khurafat sebegini dan jangan sebarkan cerita tu dengan mengaitkan nama individu tertentu sebab dikhuatiri timbul fitnah dan aib,” katanya.

Beliau menasihatkan masyarakat bertenang menghadapi situasi itu dan kembali mendekatkan diri dengan ALLAH SWT.

“Saya harap, isu ini reda dan tidak lagi diperbesarkan, kuatkan iman dan bersandar kepada ALLAH,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mo ... gai-nibong-1.514170
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2016 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
PERHATIAN.....rintihan kes pocong sejak akhir2 ini di kg kita....
1) Penduduk kg Bt 23 telah berusaha mencari punca sebenar kehadiran pocong ini...
2) Dgn bantuan ustaz Marwan dan ahli masjid Bt 23 telah berubat cara islam,antaranya smbhyg hajat.
3).Dgn izin Allah telah terungkai masalah dan punca sebenar kehadiran pocong ini...
4).Puncanya di sbbkn ingin cepat kaya dan percaya pd benda2 kurafat..
5)Seorg ahli pengali kubur ini iatu Kamal telah mencuri tali pengikat mayat dan kapas di hidung si mati..benda2 yg dicuri dr simayat ini telah di puja utk mendapatkn number ekor dgn tujuan cepat kaya...penggali kubur ini telah mengaku mengambil barang2 tersebut, ustaz marwan meminta dia memulangkn kembali semua brg2 tu...malangnya kapas telah hilang...
6) Di sbbkn setiap mlm pocong ini dtg ke rumah pengali kubur ini...barulh dia mengaku melakukn perkara terkutuk ini...pocong ini dtg ke biliknya seolah2 sedang berdengkor atau menghembus nafas dr hidung...rupa2 kapas penutup hidung telah di curi...
7) mesti semua nk tahu mayat siapa yg jadi mangsa ini.......
8) masih ingat kah lg satu kes budak oku di temui mati di dlm parit...mayat yg x berdosa tu lah yg menjadi mangsa...mayat tu di kebumikn di waktu mlm...mungkin di sbbkn waktu gelap memudahkn pengali kubur ini melakukn benda2 terkutuk ini....
9) jadikn la pengajaran dr apa yg berlaku skrg ni....sepatutnya penggali kubur ini insaf dgn setiap kematian yg di kebumiknya...bknya lg melakukn kerja2 yg terkeji ini....
10) insyallah kes ini dh hampir ke penghujungnya....byk yg mengambil kesempatan kes pocong ini utk menyebarkn fitnah dan cerita2 yg x betul....sama2 la kita berdoa semoga kita semua di jauhkn dr terserempak dgn pocong ini.

# copy page dri grup sblah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2016 09:54 PM | Show all posts
Dlm fb Kamal buat laporan polis katanya fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom replied at 27-4-2016 09:45 PM
PERHATIAN.....rintihan kes pocong sejak akhir2 ini di kg kita....
1) Penduduk kg Bt 23 telah berusa ...

betul ke ni? susah nak caya mende yg "copy dari group sebelah" ni..
reti viral jek tapi sahih ke tak langsung tak peduli...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
1st time denga pocong berdengkur

Tak kan pocong tertido kot.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
bnda konon2 mistik camni pon masuk paper ke...tak ilmiah langsung nilai berita:zz:zz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2016 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ada org menyamar kot..gomen nak ambik tanah
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalan cerita kalau difilemkan, boleh laku rm10 juta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2016 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi pocong kuatnya hembus dh serupa serombong kapal titanic..marah benor org curik kapas hidung...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
red_cattleya replied at 27-4-2016 02:58 PM
ada org menyamar kot..gomen nak ambik tanah

kalau kita baca yg mangsa semua tua tua. saya suspek mangsa pertama punya angkara
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 08:55 AM | Show all posts
kalo ikut cite old folks kg iols ... makhluk 'gula-gula' ni memang bunyi berdengkur mcm lembu kena sembelih...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 09:25 AM | Show all posts
asal jumpa je kain putih
ada kenalan yg bole nampak benda tu kata dia selalu nampak benda tu pakai ibarat mcm baju kelawar, warna gelap yg dah koyak rabak, lusuh dan kotor
xde pulak dia kata nampak berbaju putih
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 09:30 AM | Show all posts
ko kena kacau x tt???
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 09:47 AM | Show all posts
dah dkt kat tmpt tu dr kg aku..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
pocong merayau tuntut balik kapas idong beliau kah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 04:13 PM | Show all posts
fitnah org sampai mcam tu sekali
duk sebar2 dlm wasap..
teruk betullll
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2016 05:10 PM | Show all posts
amon_79 replied at 28-4-2016 08:55 AM
kalo ikut cite old folks kg iols ... makhluk 'gula-gula' ni memang bunyi berdengkur mcm lembu kena s ...

bukan dia bunyi baby menangis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 05:18 PM | Show all posts
myakayina replied at 28-4-2016 05:10 PM
bukan dia bunyi baby menangis ke?

baby menangis ni bukan mcm bunyi hantu komolok yg kat lenggeng tu kar...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ni dekat dgn tempat aku ni. aku duduk tg karang..sg besar kira depan sikit dri tempat aku. benda ni kita tak boleh tuduh sebarangan. jin & syaitan ada byk cara nak sesatkan anak Adam. bringatlah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ni dekat dgn tempat aku ni. aku duduk tg karang..sg besar kira depan sikit dri tempat aku. benda ni kita tak boleh tuduh sebarangan. jin & syaitan ada byk cara nak sesatkan anak Adam. bringatlah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.087219 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list