CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1596|Reply: 3

Yuna Terpilih Nyanyikan Lagu Promosi Sukan Olimpik

[Copy link]
Post time 28-4-2016 01:58 PM | Show all posts |Read mode


PENYANYI kelahiran Malaysia yang sedang menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna,sekali lagi mengharumkan nama negara setelah dipilih untuk menyumbangkan suaranya bagi lagu promosi Olimpik 2016, yang turut dinyanyikan oleh Lenny Kravitz.

Lagu berjudul The Fire itu turut menampilkan beberapa orang penyanyi antarabangsa seperti Diogo Nogueira daripada Brazil, Nneka (Nigeria) dan Corrine Bailey Rae (Britain).
Berkongsikan berita gembira tersebut menerusi Facebook, Yuna berkata beliau amat bangga dipilih untuk menyanyikan The Fire.


“Saya teruja bekerjasama dengan semua penyanyi yang terlibat dalam lagu ini,” tulis pelantun lagu Terukir Di Bintang berusia 28 tahun ini.
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, telah mengukir kejayaan demi kejayaan di peringkat antarabangsa.
Selain daripada lagu promosi Sukan Olimpik itu, Yuna juga penah merakamkan lagu tema Hari Wanita Antarabangsa, pereka fesyen Diane von Furstenberg dan lagu tema bagi Tahun Melawat Malaysia 2014.
Nampaknya, pencapaian Yuna kini boleh dikatakan setaraf dengan penyanyi antarabangsa lain seperti Whitney Houston (One Moment in Time, Olimpik Seoul 1988) dan Celine Dion (Power of the Dream, Olimpik Atlanta 1996) kerana ketiga-tiga mereka telah diberi kepercayaan untuk membawakan lagu tema acara sukan terpenting di dunia itu!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2016 02:10 PM | Show all posts
u go girl!! tahniah yuna.. teringat dulu-dulu ella nyanyi lagu untuk sukan komanwel..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 02:26 PM | Show all posts
wow.. tahniah Yuna..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
oh yeah..thred ni yg iols dok tunggu2 kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.067467 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list