CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1441|Reply: 0

‘Bila bos suruh lompat, saya tanya dari tingkat berapa’

[Copy link]
Post time 29-4-2016 04:23 PM | Show all posts |Read mode
MUKADIMAH: UNIKNYA pemilihan calon daripada Barisan Nasional (BN) Sarawak kali ini ialah dipilih daripada serpihan parti komponennya sendiri.

                  


William Mawan Ikom

Tetapi syaratnya, individu yang terpilih mesti melepaskan jawatannya. Apabila memenangi kerusi yang ditandingi nanti, barulah dia dibenarkan memilih mana-mana parti komponen BN yang disukainya untuk disertai.

Bekas Presiden  Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) iaitu serpihan Parti Demokratik Progresif  Sarawak (SPDP,) Tan Sri William Mawan Ikom tidak terkecuali berbuat demikian.

Ahli Parlimen Saratok yang juga Menteri Pembangunan Sosial Sarawak itu meluahkan kepada wartawan MD AZRIN ROSLY semalam isi hatinya sebagai calon langsung BN.

Apa perasaan Tan Sri apabila terpaksa meletak jawatan Presiden Teras untuk menjadi calon langsung BN?

WILLIAM MAWAN
: Ini adalah syarat BN yang diperuntukkan oleh Perlembagaan BN, kita buatlah.

Kalau hendak bertanding di bawah panji-panji BN, tidak ada pilihan. Saya serahkan surat peletakan jawatan pada pagi 18 April lalu.

Bagaimana Tan Sri melihat peluang bagi tiga lagi calon langsung BN yang merupakan penyandang kerusi dan bekas ahli Teras pada pilihan raya kali ini?
Ketiga-tiga calon ini boleh menang termasuklah saya sendiri. Sebab itulah kami penyandang ini dipilih untuk mempertahankan kerusi.

Adakah komponen BN khususnya SPDP akan membantu kempen di kawasan yang ditan-dingi tiga calon langsung bekas Teras ini?
Ya, saya masih mempunyai hubungan baik dengan keba-nyakan mereka, lagi pun mereka semua kawan lama saya. Semua pihak tidak harus melihat isu ini sebagai terlalu peribadi.

Semua ini atas nama BN, jika anda tidak membantu kami, orang lain pun tidak akan membantu anda. Kita yang akan rugi.

SPDP dan saya sebenarnya amat sukar dipisahkan. Saya merupakan Presiden pertama dan pengasasnya.

Sebelum ini Tan Sri ada menimbang menyerahkan kerusi DUN Pakan kepada calon lain tetapi sebaliknya masih menjadi calon Pakan, mengapa?
Saya hanya menunggu arahan diberikan, jika beliau (Ketua Menteri) meminta saya kekal (bertan-ding DUN Pakan), saya akan berjuang bagi BN.

Bila bos saya meminta untuk membuat sesuatu seperti melompat dari bangunan, saya tidak tanya mengapa mengarahkan sedemikian tetapi saya tanya dari tingkat berapa?

Tan Sri ‘diserang’ pihak ter-tentu kerana mencadangkan anak Tan Sri bertanding dalam PRN ke-11. Apa pandangan Tan Sri.
Ketika saya memberi indikator untuk meletakkan anak saya, Jakson kerana saya telah memegang dua jawatan, pelbagai pihak ‘me-nyasarkan’ dia.

Mereka melihat wujudnya jurang dan peluang untuk ‘mem-belasahnya’ dengan menghidu apa jua kekurangannya. Tetapi golo-ngan ini tidak pula menyerang saya.

Kenapa mereka tidak tembak saya? Jadi, saya terpaksa kembali dan menyelamatkan keadaan. Tidak ada yang berani ketika itu.

Anak saya tidak sempurna. Dalam politik, kalau anda tidak bankrap, anda waras, dan anda tidak disabitkan pada mana-mana kesalahan, anda dikira okey.

Tetapi kalau anda mencari kesempurnaan individu, carilah di syurga.

Sumber : Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.048737 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list