CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4306|Reply: 10

10 Sindiran Berfakta Dalam Filem Hantu Kak Limah Yang Anda Tidak Tahu !

[Copy link]
Post time 29-4-2016 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by AisyDani13 at 29-4-2016 09:05 PM

Setiap kali menonton filem ini, kami sentiasa terhibur dengan jalan cerita, latar belakang dan suasana di dalam filem tersebut. Itu kelebihan yang ada pada mamat Khalid, filem beliau banyak adegan menyindir yang baik dan membuatkan kita terdiam dan berfikir sejenak.

Oleh itu luangkan masa anda dan fikirkan sejenak setiap dialog yang terdapat di dalam filem ini, di bawah kami kongsikan dialog-dialog yang pastinya membuatkan anda tergelak dan berfikir memang benar dan tepat sekali apa yang dikatakan dengan kehidupan seharian kita yang berlaku hari ini…



“Itulah pentingnya English Education” (perihal PPSMI).

“Panjang ceritanya”, “Haa…cerita…cerita…cerita” (perihal orang Melayu yang suka lepak bersembang dan bergosip).

“Mana ada hantu. Di Singapura, rakyatnya hanya mementingkan kamajuan dan pembangunan. Mereka tidak percaya hantu. Kalau ada hantu pun di sana, hanya si tua yang cuba mengajar kita bagaimana untuk mentadbir negara kita sendiri” (menyindir Lee Kuan Yew dan mereka yang terlalu mengagongkan pemimpin Singapura itu).

“Kita bakar saja rumah Kak Limah” (menyindir para demonstraters yang menjadi rutin sesetengah pihak di Malaysia sekarang).

“Kita kena ketengahkan pemimpin muda bagi menggantikan pemimpin tua” (menyindir pemimpin lama hari ini yang masih nak menongkat langit sampai mati).

“Itulah orang kita, pembangunan depan mata pun buat-buat tak nampak” (perihal rakyat yang tak pernah bersyukur dan merasa puas).

“Saya orang Indonesia. Orang Indonesia memang hebat” (perihal orang Indon yang sentiasa merasakan diri mereka hebat berbanding orang lain, serta menyindir sebahagian masyarakat negara ini yang sering mengagongkan orang luar berbanding rakyat sendiri).

“Ini off day saya” dan “Saya banyak kerja lain lagi. Esok nak meeting pulak. Ini semua menyusahkan saya” (perihal kakitangan awam yang lebih banyak merungut dan mencipta alasan berbanding melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan).

Inilah ropenye masyarakat kat kampung kite ni. Haram tak peduli kan kepada masyarakat orang tua di kampung kita. Tapi, cube nampak je mak janda melintas balik. Haa, berebut la bertanya khabar.” (Orang kita yang tak peduli dengan org tua)

“Haa.. Elok la tu.. Pak Abu memang tak boleh memimpin dah. Inilah yang berlaku dalam parti politik kita. Dah tua masih lagi nak memimpin. Bila ada masalah, langsung tak boleh bertindak.” (INI PEDAS JUGAAAA)

sumber: www.harianblogger.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni cerita zaman hila nk viral skrg? Hadoi
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha boleh terbayang scene mana dialog2 tu disebut...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi paling win wheelchair usop gak lah. Cop hak milik kerajaan tu. Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih lagi terhibur dgn cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:19 PM | Show all posts
Betul tu pilem Mamat Khalid selalu ada maksud tersirat disebalik dialognya.  Selain citer Hantu Kak Limah ni lagi satu pilem dia yang menarik citer Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya walaupun lawak tetap ada maksud tersirat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2016 08:21 AM | Show all posts
xpenah jemu tgk cita ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyesal tgk citer ni.. cerita pasal orang gila dan pondan tua tak sedar diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 04:35 PM | Show all posts
cte ni best..iols suka sindiran tersirat. cte zombi kg pisang pun gtu gak, mmg kena batang idung sendiri ler hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2016 04:38 PM | Show all posts
chinta89 replied at 3-5-2016 04:35 PM
cte ni best..iols suka sindiran tersirat. cte zombi kg pisang pun gtu gak, mmg kena batang idung sen ...

besh kan cite2 mamat khalid ni.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 05:15 PM | Show all posts
AisyDani13 replied at 3-5-2016 04:38 PM
besh kan cite2 mamat khalid ni.. hehe

citer dia ade unsur pengajaran.. xde la lawak bodo semata2 mcm citer2 lawak sesetengah pelakon tuh.. sorry cakap ye, mcm cter lakonan yg ala2 hantu komedi yg melambak tu... kdg lawak x jadi, humor entah apa2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 1.048209 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list