CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3360|Reply: 53

[Tempatan] Cedera di airport, tabib Cina minta pampasan

[Copy link]
Post time 30-4-2016 10:48 AM | Show all posts |Read mode



Seorang tabib Cina memohon pampasan daripada Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) kerana mendakwa tercedera akibat terkena serpihan jubin lantai pecah di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh pada 16 April lalu.

Mak Ming Wai, 50, datang ke Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak di Ipoh hari ini untuk membuat aduan.

"Semasa saya berjalan-jalan di sekitar koridor lapangan terbang, saya tergelincir kerana lantainya licin dan saya terkena serpihan jubin lantai yang pecah hingga menyebabkan tumit kaki kiri saya luka dan terbelah sebesar duit syiling 20 sen," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata akibat kejadian itu, beliau terpaksa berulang-alik ke klinik kesihatan bagi mendapat rawatan sehingga menjejaskan rutin hariannya.

"Oleh itu saya ingin menuntut pampasan dari MAHB melalui liabiliti awam kerana membiarkan lantai lapangan terbang pecah sehingga mendatangkan kecederaan kepada saya," katanya.

Sementara itu Pengurus Malaysia Airport Holding Bhd LTSAS, Mohd Ali Osman berkata pihaknya masih belum menerima aduan bertulis daripada mangsa mengenai kes tersebut.

"Mangsa ada menghubungi kami dan membuat aduan, namun kami belum menerima aduan secara bertulis daripadanya dan oleh itu sebarang tindakan lanjut agak sukar untuk dilakukan," tambahnya.

Beliau berkata pihaknya mengganggapp serius kes berkenaan dan lantai jubin itu telah dibaiki.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2016 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang wajar saman.....kecuaian pihak MAB
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 11:05 AM | Show all posts
malang nasib dia..

pakai selipar ke kasut..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Cina mainland mmg suka saman..... tolong dorg kena langgar pon silap2 kita yg kena saman walu bukn kita yg langgar..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 11:14 AM | Show all posts
siapa suruh ko buta x tgo jalan

pegawai airport
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
bunnyhoney replied at 30-4-2016 11:13 AM
Cina mainland mmg suka saman..... tolong dorg kena langgar pon silap2 kita yg kena saman walu bukn k ...

Siapa cakap dia Cina mainland?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2016 11:31 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 30-4-2016 11:15 AM
Siapa cakap dia Cina mainland?

elnino punya pasal..
sebut cina je, ingat mainland..perangai buruk mainland


kebayakan manusia mmg mcm tu,prejudis
sakit kut, ptt disaman, kalau kena kat kita,atas kecuaian orng lain..
tmpat dia jln pula koridor(kwsan lalulalang)..bkn tmpat terpencil
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Saman jah
.biar sedar sikit stok cincai2 tapu duit berjujuran havis..fookimark!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2016 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 30-4-2016 11:31 AM
elnino punya pasal..
sebut cina je, ingat mainland..perangai buruk mainland


Makwa, mungkin artikel tulis 'Tabib Cina'. Tu beliau mungkin salah faham kut.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
eloklah di saman
kalau tak..brapa orang.lagi akan cedera dan pihak airport pon buay xtau saja sebab xde aapa amek.tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
camne pulak tabib ni boleh lalu situ? MAHB tak cordoned off ke area tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 30-4-2016 12:05 PM
camne pulak tabib ni boleh lalu situ? MAHB tak cordoned off ke area tu?

Sebab tu la beliau nk saman sis....x jaga keselamatan org awam..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 12:08 PM | Show all posts
bunnyhoney replied at 30-4-2016 11:13 AM
Cina mainland mmg suka saman..... tolong dorg kena langgar pon silap2 kita yg kena saman walu bukn k ...

semua orang wajar mendapat pembelaan. samada they have a case let the court decide.
masyarakat bodoh sahaja yg redha atas penganiayaan tu pasal pihak lain bebas nak buat apa pun...

btw, aku tak fikir ini ummah prc....


Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 12:09 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 30-4-2016 11:34 AM
Makwa, mungkin artikel tulis 'Tabib Cina'. Tu beliau mungkin salah faham kut.

agaknya la, pas2 kejadian kat airport pula..
jadi kesimpulannya cina mainland..


terbelah tumit tu, agaknya dia pakai sandal kut...
xpakai kasut..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 12:13 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-4-2016 12:08 PM
semua orang wajar mendapat pembelaan. samada they have a case let the court decide.
masyarakat bo ...

mangsa ni tabib, berbangsa cina..
bukan cina mainland.
sbb tu dia pi jumpa pihak2 yg boleh bantu dia utk ketengahkan perkara ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
revolusi_30 replied at 30-4-2016 12:07 PM
Sebab tu la beliau nk saman sis....x jaga keselamatan org awam..

i see.. semoga jadi pengajaran lepas ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2016 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 30-4-2016 12:09 PM
agaknya la, pas2 kejadian kat airport pula..
jadi kesimpulannya cina mainland..


So pasni g epot wajib pakai kasut ke hihi
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 01:14 PM | Show all posts
myoujin replied at 30-4-2016 12:58 PM
So pasni g epot wajib pakai kasut ke hihi

kalau lalu2 kawasan memanan pun kalau pakai kasut,takdir la ular patuk kat kaki,kena kasut dulu..hihihi..

tapi kan kalau bawa motor pun kena berkasut,bawa kete pun..
penah viral kes kena saman dgn polis, bawa motor pakai selipar..
kasut melindungi kaki
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu kena kat aku pun, aku saman jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
BN  pembela mangsa teraniaya, DAP pembela penjenayah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.066445 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list