CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15205|Reply: 83

Pap smear mengapa Dan apa keperluannya?

[Copy link]
Post time 2-5-2016 09:42 AM | Show all posts |Read mode


PAP SMEAR DAN WANITA : APA ANDA PERLU TAHU DAN AMBIL TAHU?
Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.

BILA WAKTU YANG SESUAI?
Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.

APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN SEBELUM UJIAN PAP SMEAR?
Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :
1. Melakukan seks
2. Menyembur kawasan vagina
3. Menggunakan tampon
4. Menggunakan krim vagina

APA YANG DILAKUKAN SEMASA UJIAN PAP SMEAR?
1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.
Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.

APAKAH KELEBIHAN LAIN PAP SMEAR?
Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan-jangkitan lain.

BERAPA LAMA KEPUTUSAN AKAN DIKETAHUI?
Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.
Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:
1. Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.
2. Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan
squamous calamus menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V. Sila rujuk jadual di bawah.

SIAPA YANG BERISIKO UNTUK MENDAPAT KANSER SERVIKS?
Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok.

DI MANA SAYA BOLEH MENJALANI UJIAN INI?
Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2016 09:44 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2016 09:57 AM | Show all posts
Ujian Pap smear ni apa yang super-m Tahu,ujian awal yg kita Boleh lakukan untuk membantu memastikan kesihatan Serviks kita.samada Ada terdapat sebarang jangkitan atau pun masalah.bulan Lepas masa pergi klinik Doctor sendiri cakap masih kurang lagi kesedaran Wanita terutamanya melayu untuk jalani ujian Pap smear.mak super-m sendiri setiap Tahun beliau Akan call Dan Tanya samada super-m dh jalani pemeriksaan Pap smear atau belum.thanks mom.








Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah pernah buat.
Segan nak buat lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2016 10:02 AM | Show all posts
amyza replied at 2-5-2016 09:58 AM
Dah pernah buat.
Segan nak buat lagi

Jangan segan-segan ya.
Antara kesihatan Dan segan mana yang penting.
Bertindak awal,super-m banyak Sejarah ipar Duai yang menghidapi pelbagaikan kanser.
Pemeriksaan awal Mampu mencegah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 11:28 AM | Show all posts
anak dara boleh buat ke? tak terusik ke dara tu?

n macam sakit je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-5-2016 01:17 PM | Show all posts
hayati_soraya replied at 2-5-2016 11:28 AM
anak dara boleh buat ke? tak terusik ke dara tu?

n macam sakit je..

Tak Silap Pap smear ni untuk yg dh buat hubungan seksual.
Walau belum Kawin Tp aktif seksual kena buat juga.
boleh bertanya Doctor.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 01:36 PM | Show all posts
Super-M replied at 2-5-2016 01:17 PM
Tak Silap Pap smear ni untuk yg dh buat hubungan seksual.
Walau belum Kawin Tp aktif seksual kena ...

sebab dekat atas tu tulis

Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun.

serius nampak mcm sakit je masa dia buat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
hayati_soraya replied at 2-5-2016 01:36 PM
sebab dekat atas tu tulis

Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan se ...

Tunggu doktor bg pencerahan. Sbb kalau ikut doc kat klinik aku ni dia kata tak perlu kalau belum pernah melakukan sex lg, tp kalau berumur tp belum lg melakukan sex perlu.

Dia sebenarnya tak sakit. Yg sakit bila kita keraskan punggung mcm kemut, jd benda tu masuk sakit. Masa pertama kali buat doc tepuk peha super-m suruh relaks kn diri.ambil nafas mcm biasa,  Jd bila masuk xsakit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 01:51 PM | Show all posts
Super-M replied at 2-5-2016 01:49 PM
Tunggu doktor bg pencerahan. Sbb kalau ikut doc kat klinik aku ni dia kata tak perlu kalau belum p ...

kalau gitu iols tunggu lepas kawin baru buat.

nampak mcm dia guna besi utk besarkan vagina. seremmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2016 03:19 PM | Show all posts
hayati_soraya replied at 2-5-2016 01:51 PM
kalau gitu iols tunggu lepas kawin baru buat.

nampak mcm dia guna besi utk besarkan vagina. se ...

Haha.. Mcm muncung itik vaginal speculum tu.
Tak silap ada besi ada plastik.
Ok lah tu dh ada sikit pengetahuan. Yg penting
Dah kawin jgn malu segan buat k.


Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 03:23 PM | Show all posts
Super-M replied at 2-5-2016 03:19 PM
Haha.. Mcm muncung itik vaginal speculum tu.
Tak silap ada besi ada plastik.
Ok lah tu dh ada  ...

heee tq yerr

maksudnya kena relax kan badan je la yer baru tak rasa sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Br je buat pap smear last week sbb gyne ckp ade fibroid kt pangkal rahim..Fibroid tu pun nk kene op.hrp pap smear punya result normal la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2016 03:49 PM | Show all posts
hayati_soraya replied at 2-5-2016 03:23 PM
heee tq yerr

maksudnya kena relax kan badan je la yer baru tak rasa sakit.







Hadiah untuk awk.haha..aa.Kalau keraskan badan Susah lah nak masukkan.kita sakit nanti.
Prosedur tak Sampai 10minit.masa awal2 mmg takut.biasanya kita buat doc Akan bg masa tunggu result.
Biasanya dia Akan call kita Kalau Ada masalah Suruh dtg klinik.kalau xda masalah dia Cuma call cakap xda pape
Semua ok.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2016 03:52 PM | Show all posts
4everMore replied at 2-5-2016 03:29 PM
Br je buat pap smear last week sbb gyne ckp ade fibroid kt pangkal rahim..Fibroid tu pun nk kene op. ...

Insyaallah semua ok.
Yg penting fibroid Ke apa pun masalah,
Jgn Lupa Dapatkan rawatan segera,
Ada org suka bertangguh,pg traditional lah.
Ingat tu bukan penyelesaian yg Baik.
Ni super-m cakap berdasarkan pengalaman org kena sakit iTu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 04:01 PM | Show all posts
x penting kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2016 04:02 PM | Show all posts
tpi lau ade sesapa nk di "papsmear" kn oleh bukn doktor

pm saya..............haxhaxhaxhaxhaxhax
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2016 04:04 PM | Show all posts
revoc replied at 2-5-2016 04:02 PM
tpi lau ade sesapa nk di "papsmear" kn oleh bukn doktor

pm saya..............haxhaxhaxhaxhaxhax ...

Sebelum awok nak papsmear kan orang,
Meh saya tolong papsmear kan awok dulu.
Baru adil saksama.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 04:05 PM | Show all posts
Super-M replied at 2-5-2016 04:04 PM
Sebelum awok nak papsmear kan orang,
Meh saya tolong papsmear kan awok dulu.
Baru adil saksama.{ ...

woitttttttttt

ko nk papsmear aq kt celah mne

aku mne de laluan gajah bole keluar
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 04:07 PM | Show all posts
Super-M replied at 2-5-2016 03:49 PM
Hadiah untuk awk.haha..aa.Kalau keraskan badan Susah lah nak masukkan.kita sakit nanti ...

huhu ngeri tengok. kalau 10 minit je ok la kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.121264 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list