CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22408|Reply: 165

[Tempatan] Kek Bawal Sebiji Berharga RM15900!

[Copy link]
Post time 5-5-2016 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 5-5-2016 01:51 PM

Kek 2 tingkat RM15,900

Garret Dawum
garret@hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2016 12:11 PM | Show all posts
Edited by bluehedgehog at 5-5-2016 12:25 PM

Subang: RM15,900. Itu harga yang perlu dibayar untuk kek dua tingkat seberat 12 kilogram.


Bagaimanapun, kek semahal itu yang dihasilkan eksklusif untuk sebuah syarikat tudung terkenal di Lembah Klang menerima kejutan daripada orang ramai sehingga ada yang mempertikaikan harganya walaupun secara kasar ia nampak ringkas dan sederhana.

Pembuat kek itu, Anne Idris, 35, berkata, kek seberat 12 kilogram ditawarkan pada harga berkenaan kerana disusun dengan 5,000 batu swarovski pelbagai jenis.

“Memang saya tahu ada yang pertikaikan harganya tetapi bukan senang untuk saya hasilkan kek itu yang digunakan untuk peraduan jenama tudung itu.

“Saya berasa sangat teruja selepas berjaya menyiapkan kek itu dalam masa tiga hari dengan empat tenaga kerja,” katanya ketika ditemui di kilang membuat kek itu di sini, semalam.

Menurut Anne, dia juga menggunakan dua botol warna untuk mendapatkan warna biru yang diinginkan pelanggan dengan tiga botol pengilat bagi menaikkan seri kek itu.

“Pembuatan kek ini memang menguji kesabaran saya dan pekerja kerana pelanggan menitikberatkan ketelitian reka bentuk kek.

“Sudah pasti apabila pelanggan sanggup mengeluarkan belanja tinggi untuk kek yang diinginkan, bebanan kami itu juga tinggi.


“Saya juga perlu memastikan rasa mewah kek iaitu menggunakan resipi coklat Amerika kekal dan disukai pelanggan,” katanya.

Katanya, bentuk ikan yang diletakkan di atas kek itu dibuat dalam masa enam jam untuk kelihatan menarik.

“Itu juga memerlukan ketelitian tinggi kerana saya perlu pastikan ia menjadi bentuk ikan sebenar.

“Kekemasan yang tinggi memang menjadi perhatian setiap pembuat kek sehingga mampu memberi tekanan emosi jika bentuk tidak menjadi,” katanya.

Berkebolehan dalam pembuatan kek selama 10 tahun, anak kelahiran Taiping, Perak ini juga memberitahu, dia selalu mendapat tempahan daripada golongan kenamaan dan selebriti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2016 @ 7:13 AM




Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 12:15 PM | Show all posts
mak ai... simple je kek tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 12:16 PM | Show all posts
asal orang yang order tak merempan, why bother why bother..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 12:17 PM | Show all posts
kenapa ikan bawal tu tak di swavorski kan sekali..mesti lg cantek
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mizlyn replied at 5-5-2016 04:15 AM
mak ai... simple je kek tu...

tempat yabg betul utk simpan peti ais dalam perut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2016 12:17 PM | Show all posts
Macam tak berbaloi je harga dengan hasilnya walaupun menggunakan 5,000 batu swarovski bagai
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
La,kek ikan bawal pon mahal?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 12:18 PM | Show all posts
loh cntik ke ikan tu. aku ingat ikan tu dia potong polistrin je mula2. rupanya nk buat ikan tu 6 jam katanyaaaa: kira sekali masa berhnti berak agaknya lol:
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 12:19 PM | Show all posts
memang rega gtu pun kalau d saluti batu swarovski

cuma kreativiti untuk ikan tu agak mengecewakan

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikan tu mcm dibuat guna polistrine je..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Batu swarovki tu bole di makan ke?
"Kelihatan bentok ikan sebenar"
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 12:20 PM | Show all posts
tak naik seri pun kek nya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 12:21 PM | Show all posts
Edited by orenmango at 5-5-2016 12:24 PM

"Katanya, bentuk ikan yang diletakkan di atas kek itu dibuat dalam masa enam jam untuk kelihatan menarik.

“Itu juga memerlukan ketelitian tinggi kerana saya perlu pastikan ia menjadi bentuk ikan sebenar."

Aiyo nak buat ikan camtu pun enam jam ke? Tak nampak real bawal pun. Takpa la, tauke tudung yg membayar tu nampak rilek2 je... dah duit dia, walaupun kita yg tgk ni yg bnyk komen
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah,nt dh mkn keluar batu swarovski
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ikan tu mcm guna manila kad jah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 12:23 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 12:26 PM | Show all posts
kalau beli kek, dapat dua2 pompuan tu sekali aku nak la....
lawa gak akak taik lalat tu... bleh gilir2..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 12:27 PM | Show all posts
ikan kat atas tu buat nmpk murah. tp kalau dh yang membayarnya suka apa nak kata. huhu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2016 12:27 PM | Show all posts
zulka replied at 5-5-2016 12:26 PM
kalau beli kek, dapat dua2 pompuan tu sekali aku nak la....
lawa gak akak taik lalat tu... bleh gil ...

eh...jgn kacau anne qu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.142900 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list