CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1136|Reply: 2

'Saya bukan nak jadi PM' - Mukhriz

[Copy link]
Post time 5-5-2016 03:30 PM | Show all posts |Read mode

SHAH ALAM - Adun Ayer Hitam,‎ Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini menyangkal dakwaan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri‎, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad terhadap‎ beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.


‎Menurut Mukhriz, beliau tidak pernah merancang konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menaikkan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

"Tuduhan liar Tengku Sariffuddin bahawa inilah niat sebenar Mahathir juga tidak masuk akal kerana jika ianya benar, tentu sekali Mahathir boleh terus melantik saya atau membantu dalam karier politik saya sewaktu beliau masih Presiden Umno dan perdana menteri selama 22 tahun.


"Tidak munasabah beliau hanya mempunyai niat tersebut setelah bersara dari jawatan tertinggi parti dan negara selama 13 tahun," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengesahkan telah menyaman dan membuat tuntutan gantirugi terhadap Tengku Sariffuddin atas beberapa kenyataan yang disifatkan sebagai fitnah terhadap Mahathir, Muhyiddin dan beliau.


"Tengku Sariffuddin telah memberi gambaran seolah-olah saya adalah seorang yang gila kuasa, hanya mempunyai motif untuk menjadi perdana menteri tanpa sebarang pertimbangan terhadap kepentingan rakyat.


"Sanggup bersubahat dengan Mahathir dan Muhyiddin semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan dan Najib daripada jawatan perdana menteri supaya saya sendiri boleh mengambil alih jawatan tersebut, dan bahawa setiap tindakan politik saya termasuk dalam menawarkan diri bertanding dalam pemilihan Umno adalah juga untuk tujuan menjadi Presiden Umno yang dikatakan menjamin jawatan Perdana Menteri.

"Tidak berasas tuduhan Tengku Sariffuddin yang saya bertanding jawatan Naib Presiden semata-mata untuk merealisasikan cita-cita saya untuk menjadi presiden dan perdana menteri," katanya‎ lagi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2018 10:26 AM | Show all posts
Pandai pandai ajer orang tuduh dia nak jadi PM.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Pui, anak babah ni tak jujur..mmg tamak kuasa punya sohai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.057986 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list