View: 1701|Reply: 16
|
[Jenayah]
{edisibangla}bai'ia fulltime jual barang feberet kak mah- gred A!
[Copy link]
|
|
Edited by bluehedgehog at 7-5-2016 08:03 AM
Lanun barang tiruan
Fardy Bungga
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 5:32 AM
Kuala Lumpur: Masuk ke Malaysia dengan menggunakan pas pelajar namun sekumpulan ‘Mat Bangladesh’ dikesan ponteng kelas kerana mahu menjalankan kegiatan menjual produk tiruan secara sepenuh masa.
Semua mereka didapati membuka premis perniagaan di sebuah pusat beli belah terkemuka di Jalan Imbi, di sini, sejak beberapa bulan lalu.
Tindakan tiga peniaga haram itu dibongkar selepas anggota bahagian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur menyerbu enam premis di pusat beli belah itu jam 10 pagi semalam.
Serbuan hasil kerjasama KPDNKK dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu berjaya merampas pelbagai barangan tiruan bernilai hampir RM15,000.
Timbalan Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur Wan Mohd Yusof Wan Taib berkata, semua premis diserbu selepas mereka didapati menjual pelbagai produk tiruan berjenama terkenal hasil aduan dan risikan pihaknya.
Katanya, sebanyak 430 unit barangan berjaya dirampas antaranya tali pinggang, pelbagai jenis beg, kasut, seluar dan baju yang disyaki tiruan.
“Antara produk berjenama cetak rompak dirampas adalah Micheal Kors, Loius Vuitton, Gucci, Chanel, Levi’s, Adidas, Nike, Hermes, Puma dan Bonia.
“Semua suspek ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun,”katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, pihaknya turut mengambil keterangan daripada pekerja premis untuk membantu siasatan lanjut bagi mengenalpasti pembekal barangan tiruan berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
#kipidap #dongibab |
|
|
|
|
|
|
|
I love abam bangla, dieorg rajin xmcm jantan melayu byk tumpang duit bini |
|
|
|
|
|
|
|
Pakat jual la dah ada jg yg hadap nak beli even gred A sj |
|
|
|
|
|
|
|
Serbu juga di uptown2 milik meleis yg bak cendawan tumbuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tangkap blacklist nama.. jgn kasi masuk msia lg |
|
|
|
|
|
|
|
macam la semua org mampu nak pakai beg macam kakmah tu...
dulu aunty mcm habis2an menentang beg tiruan, tapi sejak 2015; aunty dah nuetral
pd aunty, kalau those seller claim benda tu ori, pastu jual dgn harga ori tapi ternyata tiruan;itu leh la nak tangkap.
tapi kalau buyer dah sedia maklum dengan benda tu tak ori and willing to buy, that is her freaking decision,you idiot, lol.
lain la pemakai beg tak ori, masuk ke butik ori, tu dah jadi kisah lain pula... |
|
|
|
|
|
|
|
longchamp x mahal
|
|
|
|
|
|
|
|
statement terbakar diri dikkkkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
x mampoo kalau buat cara x mampoo kan.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Pusat beli belah terkemuka Jln Imbi....sah2 le berjaya times square
Ms akak cikcur nk gi kedai buku Borders kt situ hari tu mmg banyak jah kedai2 jual brg2 tiruan ni
Dah lamaaaaa kot...
Kejadah baru nk buat serbuan bagai |
|
|
|
|
|
|
| |
|