CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6661|Reply: 40

Main cak-cak

[Copy link]
Post time 10-5-2016 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya newbie di sini. Haaaa saya dah lame jadi SR kat dalam MPS ni. Belum khatam semua kisah lagi. Tapi ada satu thread tu cik nana punye eh. Menyebabkan saya tak boleh tidur malam terngiang2 kedengaran ketawa halus cik ponti yang beliau kisahkan. Hahaha

Okeh lah. Kenapa tajuk thread saya macam bergurau. Sebab saya ni entah eh. Dari kecil lagi memang boleh nampak. TAPI masa kecil kerap, remaja kurang kerap dan makin tua makin jarang. Yang tak best nye masa tengah bergelak sakan duk muncul depan mata. Tersedak sepi saya. Ini pengalaman saya sendiri. Maaflah kalau tak seseram thread yang sedia ada. Tapi saja nak share. Mula dari kisah kanak2 ye.

P/S: saya ade nickname lain. Penah masukkan cerita dalam masalah peribadi. Bile membelek baru jumpa MPS. Berhari2 tak siap kerja dengan sempurna dok melayan cite hantu. Heh. Owh ya. Saya guru separuh masa dan housegirl separuh masa. Keje housegirl yang stuck angkara syok baca MPS.nah satu cerita sebagai pembukaan.

#KAKI SIAPA.

Berlaku ketika umur aku (sori guna aku sebab rase pelik jadi sopan sangat kalau bercerita.eheh) dalam lingkungan 6 tahun. Masa tu baru berpindah rumah kali ketiga atas desakan pekerjaan mak ayah sebagai guru. Maklumlah mencari tempat yang sesuai kenalah cari. Dah jumpa pindahlah. Okeh berhenti jap. Park thread takut ter delete tetiba.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2016 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
erkk .
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sila sambung tt...jangan biarkan mandi tak basah makan tak kenyang tidur tak lena...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2016 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sori2 solat isyak tadi. Ha kantoi duduk sabah. Okeh kejadian ni berlaku di johor. Aku pindah ke rumah yang strategik dekat dengan sekolah, masjid, dewan dan kedai dan lagi stesen minyak dan lagi lagi bank atm bagai. Okeh bukan itu nak cerita. Pada hari pertama pindah lepas mengemas bagai takde apa yang berlaku. Semua bilik okeh takde masalah. Satu bilik bawah dan tiga bilik di tingkat atas. Waktu tu aku tadika lagi. Jadi semestinya berteman tidur. Maka aku tidur lah dengan adik beradik lelaki. Bilik kitorang ni ada tandas dua pintu. Kira share dengan bilik satu lagi. Tapi tak boleh pakai. Tak tau ape masalah. Pasang mentol dalam berapa hari terbakar. Paip rosak dan tandas duduk pun tak boleh pakai. Jadi tak lah tandas tu digunakan. Masa minggu pertama okeh je perjalanan hidup aku kat rumah baru. Dalam minggu kedua aku start mimpi bebukan. Sebenarnye aku selalu mimpi ngeri dan susah tidur malam. Bila pindah seminggu ingatkan dah okeh lah. Sekaliasuk minggu kedua aku mimpi semuaaa tak best.

Biase sebelum magrib mandi kan. Bergilir tunggu turn. Aku biase lah sorang je perempuan. Semestinya kalah kalau nak berebut bilik air. So aku berteleku la membaca buku tunggu turn. Aku masuk bilik golek2 jap. Tiba2 aku kena panggil halusss je. "Kakkkk.."..suara mak aku sayup2. Aku bergegas la turun dari katil double dacker. Sekali aku perasan bilik air yang rosak tu lampu terpasang. "Aik sape pulak yang guna ni. Kan tak boleh guna"..aku rase meremang tiba2. Aku bergegas lah nak keluar. Aku kena lalu depan pintu tandas. Aku macam nampak kelibat dalam tandas tu. Aku tiba2 nak tau. Aku ngintai la. Kebetulan pintu tandas terbukak sikit. Ada dalam 1 inci la bukaan. Aku tengok. Mata aku meliar tengok sinki. Ada bayang2 atas lantai. Aku arahkan mata ke atas. MAKKKK!!!. Longgar lutut weyyyyy. Aku nampak kaki berjulur kaku tergantung2 buruk jugak lah kakinya. Kuku pecah2. Kain macam lusuh koyak2. Pastu macam terbuai2. Ah takdenye aku nak teruskan tengok lagi atas. Berdesup lari  turun sampai tergolek2. Ada la jugak benjol kat dahi. Kecoh sekejap parent aku tanya. Tapi aku tak cerita. Sebab ada sebab kenapa aku tak menjawab. Nanti aku cerita.

Okeh aku lupa bagitau. Pintu toilet kitorang masa tu yang stail lipat tu..ala pintu plastik tu. Sejak tu aku g lilit tali rapia pintu tu bagi jangan bukak atau sesiapa bukak. No. Aku tak sanggup nak tengok atau tertengok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2016 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sori tertriple.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2016 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
#KENAPA TAK SUKA BUKAK MULUT BILA NAMPAK BUKAN2

Aku tak tau bila aku boleh start nampak semua benda yang tak semua orang nampak. Ada lah peristiwa sebelum pidah rumah baru. Kitorang pergi kenduri naik moto. Aku dalam umur 6 tahun jugak. Kira pindah pun tahun yang sama. Umur sebelum tu pun masih nampak bukan2 tapi aku tak ingat sangat. Aku cerita yang betul2 jelas di mata. Aku kecik je so naik la depan kaki dalam raga moto. Mak dan ayah. Masa dah nak balik tu mak aku borak lah dengan kawan dia. Aku jenguk2 luar rumah. Aku nampak ayah aku baju kuning dan moto. Bunyi moto aku kenal. Ada ayah aku kat hujung jalan. Dia tunduk je. Aku panggil lah kekuat. Tapi ayah aku tunduk je. Nak kata belek telefon. Zaman aku dulu telefon tangan belum pakai lagi. Mahal kan. Mak aku dengar aku jerit2 ayah. Pastu mak aku salam2 dan pergi tempat aku. Aku toleh mak aku dengan sengihan lebar. Aku toleh balik ke arah ayah aku. Aik takde dah. Mak aku tengok pun tak de. Pe lagi kena sound lah aku. Bebel2 kat aku. Habis aku kena marah sebab sebelum2 pun banyak kali kes aku cakap aku nampak tapi dorang tak nampak ape aku nampak sampai kena cop pembohong. Sebab tu aku malas nak cerita. Kang kena lagi cop pembohong dan kuat berangan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2016 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Adehai pening baca tt...cuba rgkaskan dan tak bebelit
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:07 PM | Show all posts
TT sambung lagi rasa macam tergantung aje ceritanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2016 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayat aku sr je selama ni. Bru terdetik nk register.. Wajib ade eh? Kira mcm format sebelum buka cerita la ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Minta maaf kalau ayat agak terbelit. Hahaha. Aku cube perbaiki eh.

Taklah bukan menda wajib. Saje je nak mention. Jangan kecam aku eh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa zaman kekanak aku selalu nampak bukan2. Aku tau tu syaiton dan jin sebab aku suka membaca masa tu (mata ke atas tangan ke bahu). Tapi family aku jenis tak ambil endah pasal benda entiti ni. Sabau je lah.

#SIAPA ITU

Ada satu malam tu hujan lebat dan petir memancar-mancar. Semua ahli keluarga tengah syok buat kerja memasing. Aku join makayah aku tengok tv. Tiba2 blackout. Aku dengar derapan kaki macam berlari turun tangga. Mehh adik beradik aku lettew. Tau takut gelap semua turun bawah duduk kat ruang tamu. Ayah dan abang aku g cari lilin. Sementara tunggu lilin ktorang duduk senyap la sambil dengar mak aku bercerita. Aku termenung je lah masa tu. Ada satu kali petir memancar. Aku nampak ade satu muka aku tak kenal. Aku fokus lagi muka tak berapa kenal. Petir lagi sekali. Memang sah tak kenal. Muka tua berkedut. Takde pulak rambut gerbang. Tapi yang pasti aku tengok dia. Dia tengok aku. Tekup muka terus aku. Gila tak cuak. Sejak tu aku takut blackout. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..Cerite la lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 08:41 AM | Show all posts
seram nye tt..
mesti banyak jenis hantu jembalang jin syaiton yang kau dah nampak kan..
dari kecik pulak tu,
x stress ke bila nak cerita je orang tak percaya?
padahal memang kau betul2 nampak pun..
takut sengsorang la ni ea..
cerita la banyak2..
nak jd sr jg ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
#CAKARAN MANJA

Sebelum ni aku ada bagitau korang kan yang aku selalu mimpi tak best. Anyara mimpi aku seperti jatuh bangunan, kena kejar lembaga hitam besar yang nak bunuh aku, kene kejar dalam air (tak rau nak explain tapi dalam keadaan berenang, letih gila), cederakan diri sendiri dan family kena bunuh satu persatu. Dalam banyak2 mimpi aku tak nampak satu pun entiti ngeri yang kejar aku secara detail, semua kabur. Tapi cukup menyebabkan aku takut nak tidur. Lepas aku nampak kaki tergantung dalam bilik air. Aku kerap mimpi cik pon. Tapi macam silent je la tak lah dia mengilai bagai. Dia diri jauh dari aku. Lama2 makin dekat. Sampai tahap satu masa tu aku separa sedar tak pasti la mimpi ke bukan. Badan aku tak boleh gerak. Kepala je boleh angkat sikit. Aku rasa kaki kene cakar pedih woo. Aku cube angkat kepala nak tengok kaki. Masa ni aku dalam keadaan terlentang. Apa yang aku nampak ada cik ponti rambut kusut masai. Dia tengok aku sambil pegang kaki aku. Aku nak jerit tapi tak dapat keluar suara. Kendian cik ponti melebarkan senyuman hingga ke telinga. Gigi dy macam ikan jaws, gigi karat, mata dia terbeliak urat2 merah berselirat, kulit dia macam dah membusuk terjuntai isi daging kulit dia. Lepas dia cakar kaki aku dah puas tarik2. Cik ponti panjat atas badan aku..aku cuba jerit nama Allah. Makin hampir bahagian dada aku dapat gerakkan hujung kaki. Dan terbangun dalam keadaan tersentak macam bangun dari lemas. Makin la aku takut nak tidur.

Aku rase pedih kat kaki. Aku belek kaki aku. Ada kesan merah2 garit2 halus. Pedih. Tapi peliknya esok pagi lepas subuh elok je hilang kesan cakar tu. Dah macam mana aku nak cerita dengan parent aku cenggitu. So pendam je leee.
-SEKIAN-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
hanamunir replied at 11-5-2016 08:41 AM
seram nye tt..
mesti banyak jenis hantu jembalang jin syaiton yang kau dah nampak kan..
dari kecik ...

Seteresss nokkkz...sebab tu aku jadi pendiam masa kecik. Aku tak nak tegur nanti menda natang tu sume tau aku nampak dorang (logik aku masa tu lah) plus family tak caya cakap aku pasal benda mengarut ni. Hahaahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
raunna replied at 11-5-2016 05:24 AM
Hahaha..Cerite la lagi.

Dah hupdate. Nanti sambung kisah lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2016 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
#PARTI LEMBAGA HITAM

Tak semua entiti aku nampak jelas. Ha ni aku nak cerita. Ada satu hari tu aku ponteng sekolah. Hahaha. Biase laaa. Acah2 sakit perut malas pergi sekolah. Adik beradik semua pergi sekolah pagi. Dalam pukul 10 macam tu mak aku pergi rumah jiran yang selang beberapa buah rumah. Adik bongsu aku ikut. Tinggal lah aku sorang berpura2 sakit di pinggiran tilam. Beberapa minit dorang keluar tetiba hujan lebat selebatnya. Aku wat rileks je la. Pagi kan. Alah blackout pun hape lah sangat (belagak gila). Aku nak sambung tido lah. Tiba2 aku dengar bunyi tapak kaki dan angin ala macam orang lalu sebelah kite kan ade rase2 angin sikit gitu. Aku bukak mata. Ruang tamu penuh bayangan hitam tinggi. Serius. Aku mengigil ketakutan. Semua macam diri sekeliling tilam nipis yang aku pakai tu. Aku gagah kan diri cabut keluar rumah. Gopoh nak bukak pintu. Masa tu mendung teruk la. Agak gelap. Aku keluar rumah pergi bawah pokok depan rumah aku.

Ntah ape aku fikir masa tu. Duduk bawah pokok bajet selamat lah. Tak pulak fikir kena panah petir kang. Nauzubillah. Alhamdulillah tak jadi ape2. Cuma lecun jelah. Aku tengok rumah aku. Ramai. Banyak lembaga hitam berduyun2 masuk rumah aku. Ada keluar dan ada masuk. Tak jelas sangat rupa tapi aku nampak macam kelabu asap pekat sikit. Ade besar, kecil melompat hilang, dan merangkak. Semua lalu pintu. Dalam setengah jam mak aku balik. Aku kena marah duduk luar rumah. Hahahaaha. Tapi peliknya mak aku langkah je masuk rumah. Zuppppp hilang semua bayangan hitam tu. Aku demam panas esok nya. Hmmmmm.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
#PENANGGAL

timeline story aku agak tunggang tebalik sebab aku cerita secara rawak mana yang u rase nak cerita dulu. Penanggal atau orang sabah panggil B kuasa dua giteww. Kejadian ni jadi kat rumah aki aku kat sabah. Aki tu atok belah mak aku.

Family aku kan jarang balik kampung kat sabah. Jauh kottt. Bila balik. Fuh hepi kemain lagi aku. Berjimba dari celik mata hingga ke malam selepas tutup generator. Ha dlu letrik belum ada. Guna generator je le. Masa ni aku ingat lagi langsir bahagian tingkat dua (bahagian luar bilik) semua kena basuh. So malam tu tidur takde langsir. Aku suka tidur dengan sepupu sepapat. Tidur ramai2 seronok okeh. Dah tengah malam semua tidur. Aku tak boleh tidur. Aku tengok jam aku yang glow in the dark. Dah melepasi pukul 1 pagi. Lama kelamaan aku tertidur jugak. Tapi mamai lah. Tak lena sangat pun. Dalam area pukul dua lebih aku terjaga sebab anak makcik aku yang baby lagi menangis. Dorang tidur dalam bilik. Menangis mengejut macam tersentak. Aku pun tekejut sama. Ceh potong stim betul baby ni. Aku cuba tidur. Sambil pejam mata sambil berangan aku terdengar bunyi dengkuran + deraman. Tak pasti macam mana nak bunyi kan. Pelik lah. Macam desing anjing mintak kesian tapi ada bunyi ayam mengeram. Agak nyaring tapi perlahan bunyi dia. Memang pelik. Masa ni tak fikir apa tapi suhu yang sejuk jadi membahang. Aku ingat nak alihkan badan mengiring sebelah kiri. Menghadap tingkap yang tak berlangsir. Aku terrrrr nampak lah makhluk yang disinari cahaya bulan yang aku kira tak berapa terang dan tak berpa gelap. Berlegar2 kat tingkap penganggal tu. Rambut tak panjang sangat. Macam paras bahu lah, kusut masai (hantu memang kusut masai eh?), mata tak nampak sangat tapi nampak berkilat terbeliak besar, muka biase je cuma macam nampak ade urat2 besar berselirat, gigi karat, lidah jelir2 macam anjing. Macam mana aku boleh perati? Sebab mata aku sepet. Aku bukak ke pejam ke sama je macam tidur.hahahaha. Aku duk membelek lah dengan mata katup rapat sikit je. Perlahan je bunyi dia. Tapi yang aku perasaan agak panas membahang dan ada bau busuk ntah eh macam mane nak describe. Ada bangkai sikit ada bau macam tengik herba dan ada macam bau masam muntah. Selama dia berlegar lebih kurang beberapa minit baby makcik aku nangis lagi kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 01:21 PM | Show all posts
so tt x bukak kitab2 ke atau bace ayat2 suci?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 11-5-2016 01:21 PM
so tt x bukak kitab2 ke atau bace ayat2 suci?

Mase tu kanak2 lagi. Macam tak berapa amalkan bacaan surah2 ke apa. Entah lah tak tau nak cakap. Aku pun tak paham ape aku buat zaman tu. Hahahaa. Ade jugak baca2 surah yang hafal alfatihah ke ape. Alahai sekolah rendah kot masa tu. Dalam kepala dok ingat main game ja. Aih. Noob kot masa tu. Bila terserempak selalu sangat dengan syaitonirrojim tu tak jadi takut sangat. Eh jap. Meremang dan seram ada lah. Takut tapi nak tengok jugak. Hahaha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.075010 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list