CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2442|Reply: 2

[Tempatan] {12} Pesara pukulan KO diarah jalani pemeriksaan mental !

[Copy link]
Post time 11-5-2016 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2016 12:10 PM | Show all posts
Terkini May 10, 2016


IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang pesara kerajaan yang didakwa mencederakan pemandu bas di Simpang Pulai pada 19 April lalu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Hakim Indra Nehru Savandiah mengeluarkan perintah itu terhadap Mohd Sani Baharuddin, 61, selepas didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah ke atas S.Samydore, 60, di tepi jalan hadapan kedai di Taman Chandan Desa, Simpang Pulai di sini, kira-kira pukul 7.50 pagi.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Indra Nehru memerintahkan bekas juruteknik Jabatan Kerja Raya itu menjalani pemeriksaan kesihatan mental selama sebulan di hospital itu mulai hari ini, mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguambela Muhammad Farhan Ahmad supaya anak guamnya dirujuk ke hospital itu kerana mempunyai masalah mental dan penyakit sawan.

Terdahulu, Mohd Sani mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.

Mahkamah menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mengetahui laporan perubatan kesihatan tertuduh. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali. - MyNewshub
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 12:19 PM | Show all posts
ini letak 1 jel dgn perempuan yg hina Nabi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.167801 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list