View: 1579|Reply: 10
|
Sertai blok ketiga: PKR belum bincang
[Copy link]
|
|
PKR kena pertimbangkan jugak jika mengambilkira sumbangan pengundi2 dari PAS yang membantu kemenangan calon PKR.
Sertai blok ketiga: PKR belum bincang
Wartawan Sinar Harian
11 Mei 2016
Tian Chua
SHAH ALAM – “Belum ada keputusan konkrit mengenai cadangan tersebut.” Itu jawapan ringkas Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika ditanya pelawaan Pas mahu PKR bergabung dengannya dan menyertai blok ketiga yang ditubuhkan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bagi menghadapi PRU14.
“Kita dengar dahulu. Setakat ini tiada apa-apa yang konkrit daripada parti mengenainya,” katanya.
Pas sebelum ini menolak tawaran PKR untuk menyertai Pakatan Harapan bersama DAP dan Amanah bagi menghadapi PRU14.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas sebaliknya lebih berminat jika PKR dapat menyertai blok ketiga yang ditubuhkan Pas bersama Ikatan.
Bagaimanapun menurut Mohd Amar, tiada perbincangan lagi ke arah itu dan Pas juga belum membincangkan tawaran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini yang menyatakan harapan untuk Pas bergerak bersama PKR, DAP dan Amanah bagi menghadapi PRU14.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, maklum balas Pas terhadap cadangan PKR menunjukkan permulaan yang baik untuk semua parti politik pembangkang bekerjasama dalam satu polisi.
“Ia satu permulaan yang baik dan kita harus memanfaatkan jawapan positif ini untuk terus membincangkan faedah dan bagaimana parti-parti pembangkang dapat bekerjasama bagi memastikan objektif untuk mengalahkan BN pada PRU14 akan tercapai.
“Saya fikir mekanisme itu kita boleh diperincikan kemudian. Seperti saya katakan terdapat tanda-tanda positif untuk menjalin kerjasama dan ini suatu perkara yang baik dan tentunya kedua-dua pihak akan berbincang lebih lanjut. Kita harapkan keterbukaan ini dapat digarap oleh semua pimpinan peringkat tertinggi di kedua belah pihak yang mahukan perubahan dalam negara,” katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Elok pas BUBAR masuk mana2 parti ada....hala tuju perjuangan pun haru....kata perjuangkan Islam...parti2 lain pun ada org Islam....lagian Malaysia majoritas Muslim...x perlu kot parti berteraskan Islam...cukuplah berdakwah di arus perdana dan masjid saja...tak perlu sampai lacurkan agama utk politik....tak gitu lebai
@namirulmukminin |
|
|
|
|
|
|
|
Parti lain sume campur2... PAS hanya islam dan majoriti islam adalah Melayu... Mcm mana UMNO nak kuat dgn Melayu mcm tu gak PAS perlu utk kuat dgn islamnya... PAS boleh jadi parti alternatif bagi UMNO.. PKR, DAP sume tu jauh sangat beza dgn UMNO sebab PKR campuran bangsa dan agama, DAP sah2 dimonopoli oleh cina... PAS perlu terus wujud... Itu pada kaca mata aku la...
|
|
|
|
|
|
|
|
PAS mmg parti lebai bongok selamanya...buat gabungan dgn Parti Ikatan pulak sedangkan Ikatan tu pun entah ada ahli ker tidak haha.....baik berjuang sendiri la lebaiii.... |
|
|
|
|
|
|
|
darpada dibuli, dipaksa mengikut telunjuk DAP dan PKR dalam Pakatan, lebih baiklah PAS bersendirian.
Sekarang nie baru PKR dan DAP terasa akan ketiadaan PAS dalam Pakatan, apabila AMANAH yg diharapkan dpt menggantikan PAS dalam Pakatan
tidak mendapat menarik sokongan akar umbi penyokong PAS.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana penilaian momod menilaikan sesuai ataupun tidak.
kerana ada berita politik di bod semasa masih lagi dikekalkan yg lebih kurang sama dengan isu politik yg saya postkan.
berkisar selepas PRN sarawak..
Isu yg saya postkan jugak, isu semasa disiarkan dimedia dan sedang diperkatakan skrg...
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang thread ini terang lagi bersuluh berkisar pasal politik lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
lingkupkanlah partai2 sarkis ini....! semoga kemenangan berpihak pada BN...!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|