CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1473|Reply: 2

Setia kepada UMNO sebagai institusi Melayu - Veteran UMNO

[Copy link]
Post time 11-5-2016 06:52 PM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR: Kelab Veteran UMNO percaya konsep 'setia sepanjang hayat' yang dizahirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, perlu difahami dalam konteks setia kepada parti, bukan kepada setia kepada kepemimpinan semata-mata. Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub, berkata pemimpin boleh ditukar ganti apabila sampai masa mereka berundur atau digugurkan tetapi UMNO sebagai institusi perlu dikekalkan dan dipertahankan walaupun tidak semua orang Melayu menyokong UMNO. "Apa yang dimaksudkan Presiden UMNO dengan kesetiaan ialah setia kepada UMNO sebagai satu institusi Melayu yang banyak berjasa kepada negara dan bangsa tanpa menafikan sumbangan serta jasa dicurahkan pemimpinnya. "Konsep itu perlu bersandarkan kepada semangat bahawa UMNO adalah parti yang orang Melayu boleh menaruh harapan untuk membela nasib mereka," katanya kepada BH. Justeru, Mustapha berkata, UMNO perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli tanpa mengira kedudukan dalam parti jika melakukan tindakan yang dianggap mengkhianati parti seperti bersekongkol dengan pembangkang mengkritik kepimpinan parti. Katanya, membiarkan mereka yang menimbulkan masalah untuk terus kekal dalam parti tanpa diambil tindakan boleh menghilangkan keyakinan ahli kepada parti dan pucuk kepemimpinan. "Ia sama seperti seperti membiarkan api membara dalam sekam dan menyembunyikan gunting dalam lipatan," katanya.


sumber berita :www.bharian.com.my

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku generasi muda tak dapat apa pon kalau sokong  umno inikan pula macai yang dah berkerak dari zaman berzaman. Harapkan BR1M dan gula2 senang nak beli rumah kalai jadi ahli umno..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2016 02:49 AM | Show all posts
aku bukan melayu, aku sokong UMNO  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.056602 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list