CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6020|Reply: 105

Kami takkan serang BN di Sg Besar

[Copy link]
Post time 13-5-2016 08:28 AM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Besar: PAS janji tidak akan serang BN
Faiz Zainudin
| May 12, 2016


Rakyat negara ini sudah sedia maklum bahawa UMNO dan BN sedang menghadapi krisis sehingga tidak lagi diyakini rakyat.



PETALING JAYA: PAS berjanji tidak akan menggunakan teknik menyerang UMNO dan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti, kerana ia tidak mampu menarik pengundi Melayu menyokong parti Islam itu.
Ini kerana, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, rakyat sedia maklum UMNO dan BN sedang dibelenggu pelbagai kemelut sehingga tidak lagi diyakini rakyat.
Katanya, tindakan terbaik PAS ialah menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa parti Islam itu akan berjuang untuk membawa keadilan kepada semua lapisan masyarakat.
“Kempen perlu dilakukan secara berhemah dengan menampilkan mesej PAS sebagai parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua. Jangan gunakan gaya menyerang UMNO dan BN kerana ia tidak banyak membantu menarik pengundi-pengundi Melayu.




“Semua sudah maklum keadaan dan imej UMNO serta BN yang sedang merudum di mata masyarakat yang penting bagi calon PAS dan petugas menampilkan akhlak terbaik bagi memenangi hati-hati pengundi,” katanya kepada FMT.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, PAS juga perlu menurunkan calon yang mempunyai latar belakang akademik yang baik bagi menarik sokongan pengundi.
“Di Sungai Besar, PAS perlu mengemukakan calon yang mempunyai beberapa merit antaranya latar belakang akademik yang baik, anak tempatan yang mempunyai keluarga besar dan juga mempunyai nama dan kredit di kalangan masyarakat yang pelbagai. Ini sebagai kredit kepada sokongan berasaskan dasar perjuangan parti,” katanya.
Kerusi Sungai Besar kosong selepas penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak Khamis lalu.
Tarikh hari penamaan dan hari pengundian PRK Sungai Besar dijangka diumum esok.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2016 08:34 AM | Show all posts
tgk tajuk dah boleh agak dah kt luar
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 08:38 AM | Show all posts
mungkin dorang guna taktik puji pujian lak kot...UMNO bagus utk melayu..UMNO layak jd pemerintah..kalo ckp gini mungkin org melayu akan undi PAS..reverse pshycology gitu


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata jebatmustdie pas tak payah bertanding kalau setakat nak jadi geng.

Bila masuk dewan terkesima aja depan BN, x berguna wakil mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 08:46 AM | Show all posts
This is totally new - PAS takkan serang UMNO

akhirnya parti lobai mula menjilat kembali kahak yang sudah diludah

hahaha



Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 08:48 AM | Show all posts
eloklah, dah sedar
tak elok kata kata orang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2016 08:50 AM | Show all posts
Boo Hoo...pas eloklah masuk amno teruih...amno takyahlah kempen habis2an..pas Akan tolong kempen for amno..don'tcha worry....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 08:54 AM | Show all posts
pas=umno
jumpa orang pas, samalah macam orang umno.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2016 08:56 AM | Show all posts
hehe... bagusla
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 08:58 AM | Show all posts
bukan ka parti pas pun sudah tidak diyakini rakyat??mmg la da x menyerang umno..da umno bg jawatan
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 09:04 AM | Show all posts
bersatu bersetia
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Pas adalah UMNO versi pakai kopiah dan cakap Arab dan kelantan...tak gitu lebai  @namirulmukminin

Asyik cerita pasal bangsa agama.bangsa agama..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 09:32 AM | Show all posts
baguslah sedar juga akhirnya

sampai bila nak main politik kotor dan bodoh
dengan cara menyerang menggunakan fitnah
dan penipuan

rakyat yang waras dah cukup muak
dengan segala polemik negatif tak berkesudahan

cukup-cukup lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 09:41 AM | Show all posts
Haron Din dilantik ketua kluster dakwah MPI
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 FEBRUARI 2016

SHAH ALAM  - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melantik Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) yang diadakan kelmarin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan perkara itu dalam laman sosial Facebooknya, semalam.

Menurut Asyraf, antara resolusi penting MPI yang dipengerusikan Ahmad Zahid Hamidi ialah menghimpunkan ahli-ahli majlis seramai 87 orang daripada pelbagai latar belakang, ideologi dan fikrah di bawah tujuh kluster khusus.

Katanya, ia bagi membolehkan perbincangan secara tuntas dan telus dapat dilakukan bagi mencari formula terbaik dan mencadangkan penyelesaian kepada pelbagai isu yang menimpa umat Islam di Malaysia.

“Kluster ini seterusnya akan membawa cadangan kepada MPI bagi disepakati bersama,” katanya.
tak penah dlm sejarah, seorang mursyidul am PAS diberi jawatan dlm kerajaan...gila ko nak serang dorang
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 09:41 AM | Show all posts
PAS pun korup macm UMNO jugak ka sekarang ni...so kempen PAS pasni ala puji dan sokong segala tahik yg dibuat jibby n company la yer....cepat sikit lingkup...sia2 aku menyokong PAs selama ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 09:50 AM | Show all posts
ini adalah turning point ke arah politik lebih matang
dan bertanggungjawab di malaysia

syabas kepimpinan PAS,

parti2 pembangkang yang masih membawa pendekatan
bodoh dan kuno lambat laun akan tersisih juga dengan sendirinya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2016 09:54 AM | Show all posts
dizzek replied at 13-5-2016 09:50 AM
ini adalah turning point ke arah politik lebih matang
dan bertanggungjawab di malaysia

ini bukan politik lebeh matang ..ini politik bergantong hayat kat UMNO...dlm parti sendiri sudah berpuak2 berpecah2..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 09:59 AM | Show all posts
lvsg8 replied at 13-5-2016 09:54 AM
ini bukan politik lebeh matang ..ini politik bergantong hayat kat UMNO...dlm parti sendiri sudah b ...

jika memilih untuk bergantung, itu adalah satu bentuk pengiktirafan juga

selama ini pun semua rakyat malaysia tak kira parti
sangat bergantung kepada keamanan dan kestabilan serta
kemakmuran malaysia, lebih 60 tahun

di bawah teraju umno
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 10:16 AM | Show all posts
kata penasihat umngok, mmg la takkan buruk2 kan tuannya. kempen baik je gamaknya, pihak lawan senyum sinis lehat pas pecahkan undi pembangkang @namirulmukminin
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 10:18 AM | Show all posts
sungai besar...... totok gak la umno situ.....

so aku jangkakan bn menang.... ditambah dgn sokongan pas.....

hmmmm...... susah deal orang2 tua kat kampung ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.551021 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list