Register Login
CariDotMy Return home

pbw2775's space https://mforum2.cari.com.my/?1517891 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

Tan Sri kena culik

Viewed 601 times16-12-2009 10:44 AM

Tan Sri kena culik Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
bhnews@bharian.com.my

Dr M Mahadevan

Dr Mahadevan disamun, ditinggalkan di ladang sawit

GEORGETOWN: Pakar psikiatri terkemuka, Tan Sri Dr M Mahadevan, 80, diculik dua lelaki bersenjata parang di hadapan bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini sebelum disamun dan ditinggalkan di sebuah ladang sawit di Gunung Semanggol, Perak, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Mahadevan yang juga pengasas dan pengarah pertama Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, dihampiri dua lelaki terbabit ketika hendak menaiki kereta Mercedes-Benz beliau selepas menghadiri satu perbicaraan kes sivil di mahkamah berkenaan.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Superintendan Mohd Nashir Ya, berkata mangsa diacu dengan parang dari arah belakang dan dipaksa menaiki keretanya sebelum dilarikan.

"Seorang daripada penjenayah terbabit memandu kereta itu, manakala seorang lagi mengawasi mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa ditemui orang awam di ladang sawit itu, kira-kira 50 kilometer dari tempat kejadian pada jam 6 petang.
"Lelaki terbabit melarikan barangan berharga milik mangsa, seperti rantai, cincin dan gelang serta kereta Mercedes Benz itu. Mangsa tidak dicederakan tetapi dilaporkan ada kesan lebam di beberapa bahagian badannya." katanya.

Nashir berkata, orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu menemui mangsa dan membawanya ke Balai Polis Gunung Semanggol.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca mangsa diculik. Mangsa juga dihantar untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Taiping," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan, iaitu samun bersenjata dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun atau sebatan.
Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 5(a) Akta Melarikan Orang dan Menakutkan Saksi Secara Jenayah 1947.

September lalu, Mahadevan yang juga pengasas Persatuan Psikiatri Malaysia (PPM) menjadi penerima pertama Anugerah Penaung Brandlaureate-Tun Dr Mahathir Mohamad sempena ulang tahun hari jadinya ke-80.

Comments (0 Comment)

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.032460 second(s), 18 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top