EVERETT, Washington 16 Dis. -
Pesawat baru Boeing 787 terbang diudara buat kali pertama semalam selepas beberapa kali kapal terbangkomersial pertama dengan separuh bahan binaannya daripada bahankomposit ini ditangguhkan sekian lama.
Pesawat itu berlepas dari Paine Field, Everett dalam satupenerbangan di ruang udara Washington dan memulakan program ujianmeluas yang diperlukan untuk mendapat kelulusan dari PentadbiranPenerbangan Persekutuan.
"Ia adalah sangat bersejarah. Saya tidak dapat memikirkan satuperkara yang tidak membuatkan saya kagum," kata seorang pengajarpenerbangan untuk Delta Connection di Jacksonville, Florida, Joe Bierceyang merupakan seorang daripada 25,000 orang yang berkumpul untukmelihat Boeing 787 itu berlepas.
Boeing yang beribu pejabat di Chicago telah menerima 840 tempahanpesawat berkenaan, merancang untuk melakukan penghantaran pertamakepada All Nippon Airways penghujung tahun depan.
787 menyaksikan perubahan radikal dalam reka bentuk kapal terbang.Ketika kebanyakan pesawat penumpang dibuat daripada aluminium dantitanium, kira-kira separuh daripada 787 dibuat daripada bahan kompositringan seperti gentian karbon.