CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Terkini Lihat artikel

Sumbat Naza Ria dgn 2 ekor lembu

25-1-2013 10:21 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 2483| Komen: 13

       Kuala Terengganu: Seorang janda enam anak bersama kekasihnya serta dua rakan ditahan ketika cuba mencuri lembu di sini awal pagi semalam.
Mereka ditahan ketika cuba memasukkan ternakan itu ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria.      

       Tindakan mereka disedari seorang penduduk kira-kira jam 3.45 pagi ketika dia melalui kawasan jirat Cina di Jalan Pusara di bandar raya ini apabila melihat kelibat empat individu bersembunyi di celah kubur.      
      
       Lelaki berusia 25 tahun itu yang juga anak seorang anggota polis terus melaporkan perkara itu kepada polis.


       Sepasukan polis yang tiba di lokasi menahan seorang ibu tunggal berusia 30 tahun bersama kekasihnya berusia 47 tahun dan dua rakan mereka, masing-masing berumur 23 dan 48 tahun.

      “Ketika soal siasat, semua suspek mengaku mahu mencuri dua lembu milik penduduk kampung untuk dijual RM500 seekor bagi anak lembu atau RM7 sekilogram bagi dagingnya.      
      “Polis turut menemui beberapa peralatan seperti dua batang besi tajam, pisau dan tali dipercayai diguna untuk melakukan jenayah berkenaan. Malah cukai jalan Naza Ria terbabit juga sudah tamat tempoh,” kata sumber.

       Difahamkan, keempat-empat suspek mempunyai rekod jenayah iaitu penyalahgunaan dadah dan curi, malah semua turut positif dadah hasil ujian air kencing yang dijalankan.

       Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, ketika dihubungi mengesahkan suspek direman empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.                                


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote kivio 31-1-2013 07:53 AM
mmg betol2 multipurpose naza nih!
Quote mute 26-1-2013 01:18 AM
MPV penggunaan yang practikal
Quote J1orenzo 26-1-2013 12:38 AM
ini semua salah kak jat
Quote degil81 25-1-2013 11:56 PM
kesian lembu tu...
Quote suamsejuk 25-1-2013 07:58 PM
ni geng2 sharizat ker???
Quote cikatilia 25-1-2013 07:46 PM
ganas siot curi lembu
nasib la anak2 6 org tu sapa nak jaga kak oii
Quote annehuda 25-1-2013 04:21 PM
errr.... biar betul smpi nk sumbat 2 ekor skali???
Quote vamplave 25-1-2013 02:43 PM
ish2....kalo ye pun....
Quote billythecat 25-1-2013 02:28 PM
gigih lembu tu baring n bersempit nak nek naza ria. ko mampu?
Quote Darien_Fawkes 25-1-2013 02:18 PM
nie kes 4 ekoq lombu culik 2 ekoq lombu...
Quote neez_cookies 25-1-2013 12:37 PM
apa la nasib lembu tu..ahaha
Quote Leha_Johnson 25-1-2013 12:29 PM
*pengsan depan pc*
Quote orgkpg 25-1-2013 11:29 AM
hebat lembu naik naza kihkihkih

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.132185 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top