Baru2 ni isu rokok elektronik ni jadi debat besar jugak. Adakah vaping/rokok elektronik selamat? 1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya. 2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai - bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus). 3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”. 4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.” 5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”
|
MrSyakir posted on 18-2-2013 10:42 PM
Liow Tiong Lai setuju dengan anda.
beberpaa pakar seluruh dunia tak begitu setuju.
MrSyakir posted on 18-2-2013 10:42 PM
Liow Tiong Lai setuju dengan anda.
beberpaa pakar seluruh dunia tak begitu setuju.
kucingTomey posted on 18-2-2013 10:45 PM
saya pelik apa yang selamat ntah dengan merokok.....saya dulu nyaris mampos sebab merokok.....takk ...
kenarikelabu posted on 19-2-2013 08:52 AM
sejak layan rokok karen nih, duit saya byk berlebih. jd saya boleh la menabung dgn aman. sambil tu t ...
ADVERTISEMENT