CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Tingkatan Dua Hilang Dua Jari Akibat Mercun

7-7-2014 09:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14114| Komen: 82

Description: Dalam Kejadian Jumaat Lepas Di Rumahnya Di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang, Mohd Idham Shafiq Mohd Tahar, 14, Yang Putus Ibu Jari Dan Jari Tengah Itu Dikatakan Mangsa Pertama Akibat Bermain M ...

Gambar hiasan



KOTA BAHARU
: Seorang pelajar tingkatan dua di Kelantan, putus dua jari tangan kanan apabila mercun jenis botol yang dipasangnya, meletup di tangan.

Dalam kejadian Jumaat lepas di rumahnya di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang, Mohd Idham Shafiq Mohd Tahar, 14, yang putus ibu jari dan jari tengah itu dikatakan mangsa pertama akibat bermain mercun di Kelantan.

Datuk kepada mangsa, Mohd Rasid Ibrahim, 59, berkata kemalangan berlaku dalam kejadian kira-kira 2 petang selepas solat Jumaat ketika mangsa bermain bersama rakan-rakannya.

"Memang saya dah nasihatkan dia jangan main mercun tetapi curi-curi main di belakang saya.

"Lepas kena mercun tu dia terus dibawa kawan-kawannya ke Hospital Pasir Mas kerana kecederaan itu termasuk sedikit di bahagian pipi," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim yang turut melawat mangsa berkata kes berkenaan merupakan kes pertama di Kelantan untuk tahun ini.

"Saya nasihat semua masyarakat di luar sana supaya tidak bermain mercun kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan parah.

"Ia juga merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 jadi saya harap orang ramai dapat mengambil iktibar," katanya.



17

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
26

Sedih
20

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myvios 7-7-2014 07:10 AM
Quote ultra78 7-7-2014 07:13 AM
Mangsa pertama mercun utk tahun ini?
Quote sapp73 7-7-2014 07:13 AM
Kes pertama tahun ni...jadi kecacatan kekal
Quote noor2 7-7-2014 07:14 AM
ya awloh....


seumur hidup belum pernah i belikan anak2 mercun lagi...dan depa pun tak suka main mercun...

bunga api ja...

i selalu tunjuk gambar2 mcm ni kat depa...

lagi satu gambar2 kesan org merokok dan yang menagih dadah...hihi
Quote noor2 7-7-2014 07:15 AM
myvios posted on 7-7-2014 07:10 AM

tak serik2 ko dik....dah ramai yang hampir hilang anggota badan...aduii..cemana nak belajar...nak dapat awek..huh

Quote RatuDunia94 7-7-2014 07:23 AM
kalau i ada kat situ i akan ckp kat budak tu "ITU MAKANNYA!"
Quote Simunggu 7-7-2014 07:38 AM
clasic story lagi bila time time mcm ini...
Quote ais_kosong 7-7-2014 07:41 AM
rasa nak marah ja kat dak nih..
gatei sangat main mercun
kesian apaknya nangis tengok keadaan anak
Quote Vellfire 7-7-2014 07:42 AM
tak serik2
Quote FanTasyCreaTioN 7-7-2014 07:48 AM
"Memang saya dah nasihatkan dia jangan main mercun tetapi curi-curi main di belakang saya.
salah sendiri dan padan muka. Atok dah larang dah


Quote c===8 7-7-2014 07:50 AM
selalu sgt kejadian macam ni berlaku di kawasan kurang bertamadun itu
Quote haryatie 7-7-2014 07:56 AM
tak serik2..
pelik ngn budak2 melayu ni..
asal bulan puasa ada je la yg putus segalanya akibat mercun
ank cina  main mercun berdentum dentum ...x de lak cacat cela nya..
Quote mahmoode 7-7-2014 07:57 AM
berita seperti yang dijangka setiap kali akan terjadi dalam bulan ramadan....
Quote Athrun.Zalaa 7-7-2014 08:09 AM
1ST KELANTAN... Last edited by Athrun.Zalaa on 7-7-2014 08:11 AM

Quote HANIMUSLIMAH 7-7-2014 08:10 AM
FanTasyCreaTioN posted on 7-7-2014 07:48 AM
salah sendiri dan padan muka. Atok dah larang dah

Bebudak sekarang ni tak makan nasihat,
dah kena baru nak timbul serik..
Quote enchikfitz 7-7-2014 08:14 AM
mangsa pertama raya tahun ni uols. Dah tau kan mercun tu bahaya. Degil tak nak cakap.

Selayaknya Tuhan bayar cash. Kudung sampai tua
Quote gaara_X 7-7-2014 08:15 AM
baik suruh dari melarang.....
Quote drivethru 7-7-2014 08:17 AM
mcm mane dorang boleh dpt stock mercun ni semua. barang seludup ke? mcm mane boleh lepas pemeriksaan sempadan plak?

depan rumah aku keluarga polis ddk. seminggu sblm puasa, dorang dh main dulu. bukan sekadar bunga api biasa, tp mercun yg bunyi kuat. anak aku pun x boleh tido sbb terkejut. sampai sekarang fobia tgk bunga api n mercun. tapi bagus gak, xde dia mintak beli kn.
Quote cmf_conan 7-7-2014 08:19 AM
Motip citer ni jd main news kat buletin utama smlm? Siap interbiu atok..polis segala.. atok siap nangis2..

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.167124 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top